Movie Review "The Hunger Games : Mockingjay - Part 1"

15:35:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Entri kali ini nak review sikit pasal filem ke-3 The Hunger Games "The Hunger Games : Mockingjay - Part 1". Filem ni mula ditayangkan di Malaysia pada 20 November 2014 (Khamis). Jom baca review yang ringkas dari saya. :)






Tempat : GSC Berjaya Times Square
Hall : IMAX
Tarikh Tonton : 22 November 2014 (Sabtu)
Masa : 11.30 Pagi

Filem ini diarahkan oleh Francis Lawrance dan direleasekan mulai 20 November 2014 (Malaysia) & 21 November 2014 (US). Mengikut wikipedia, kutipan terkini selepas seminggu ditayangkan sebanyak $311,858,000 (312 Juta Dollar). Durasi filem ni ialah 125 minit (2 Jam 5 Minit). Filem ini menampilkan pelakon seperti Jennifer Lawrence sebagai Katniss Everdeen, Josh Hutcherson sebagai Peeta Mellark, Liam Hemsworth sebagai Gale Hawthorne, Woody Harrelson sebagai Haymitch Abernathy, Elizabeth Banks sebagai Effie Trinket, Julianne Moore sebagai President Alma Coin dan ramai lagi.

Sipnosis Pendek
Filem "The Hunger Games : Mockingjay - Part 1" mengisahkan perjuangan Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) selepas The Hunger Games ke-75. Dalam filem ke-3 ni, Peeta (Josh Hutcherson) ditangkap oleh President Snow (Donald Sutherland) dan menjadi penghalang Katnis untuk melawan The Capitol. Katnis telah dilantik sebagai 'Mockingjay' untuk memimpin pemberontakan bersama District 13, Presiden Coin (Julianne Moore) dan misi selamatkan Peeta, Johanna & Annie  dari The Capitol;. Katnis bersama beberapa orang di District 13 cuba untuk menjatuhkan The Capitol. 

Review
Filem ke-3 siri The Hunger Games ni memang ditunggu tunggu oleh kami (saya, abadik & amy). Kitorang memang layan siri filem ni sebab Abadik beli buku dia dan dia cerita kat kitorang, so jadi agak teruja bila dah difilemkan. hehe Bagi mereka yang nak tengok filem ni, pastikan dah tengok la filem pertama dan kedua, karang korang tak faham plak. Surprisingly, cerita dia masih lagi best, kali ni misi untuk mengajak semua District untuk melawan Presiden Snow yang sangat jahat tu. Sedih juga masa Katniss balik semula ke District 12, tengok-tengok semua dah musnah, merasai kesedihan yang berlaku. haha Lepas tu masa lagu yang dinyanyikan oleh Katniss sendiri "The Hanging Tree" memang sangat sangat best. Saya sarankan jom la pergi nengok, tetap awesome! ahaha 

Rate
Saya bagi 4.8/5 Bintang!

(^__^) v

2 comments:

  1. are are you coming to the tree..hahaha setuju. monkingjay best tapi lama sangat nak tunggu part 2 tahun depan

    ReplyDelete
  2. tahu takpe. hahaha tak sabar dah ni hahaha

    ReplyDelete