#SiarSiar [Momi & Mora Edition] : KL Tour

10:04:00 Rafzan Tomomi 4 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Dah masuk bulan Oktober lah~ Semoga bulan Oktober ni lebih baik dari sebelumnya kan? hehe Okey. Ini bukan nak cerita pasal bulan Oktober, ni nak story sikit pasal #SiarSiar sebenarnya. #SiarSiar kali ni nak bawak korang jalan-jalan dekat Kuala Lumpur pada Sabtu, 27 September 2014. Siapa bersama saya untuk KL Tour ni? Jom baca cerita seterusnya. :) [Caution : Entri Panjang Gilers. haha]



Yes! Dia adalah Siti Nooraihah atau dikenali sebagai Ara Kimora dilaman sosial. Siapa tak kenal Ara Kimora, selalu jadi tetamu jemputan saya. hahaha (macam rancangan tv pulak) #SiarSiar kali ni special sikit sebab bersama Momi & Mora. (Rafzan Tomomi, Ara Kimora.)


Pukul 8 Pagi jumpa dekat KL Sentral. Kali ni Ara sampai awal dari saya. Selalunyaa saya sampai dulu. hahah (sorry weh~) Kitorang memulakan pagi dengan sarapan. Masa sarapan tu dok bincang nak pergi mana. Ara siap buat peta sendiri untuk kitorang jalan haha. Setelah berbincang, kitorang akan ke MUZIUM NEGARA → PLANETARIUM NEGARA → TAMAN BURUNG → KLCC → NUSENTRAL. 


DESTINASI #1 : MUZIUM NEGARA
Pukul 9.00 Pagi sampai dekat Muzium Negara dengan menaiki Teksi. Sampai sana bergambar sekejap lepas tu terus beli tiket. Tiket masuk Muzium Negara ialah RM2. Kalau dulu pergi, percuma je. hahaha Rasenya last pergi muzium ni mase umur 12 tahun (2003). Dekat Muzium Negara ni ada tersimpan banyak sejarah yang berlaku di Malaysia. Mase masuk dalam tu semestinya banyak bergambar je, sambil-sambil tu baca la jugak beberapa info dalam tu. Sekali sekala pergi Muzium ni, bukan selalu kan? hahaha Korang cubalah kalau tak tahu nak kemana, jom datang sini. hehe :)


DESTINASTI #2 : PLANETARIUM NEGARA
Lepas seronok bergambar dengan Muzium Negara, kitorang teruskan perjalanan ke Planetarium Negara. Planetarium ni sebelah Muzium Negara je. So kitorang naik tangga ke sana, memang letih weh! Menapak je haha Sempat lagi berhenti rehat kerana tinggi sangat. Setibanya kat atas sana, tengok ramai budak sekolah rendah (memang dah agak dah~). Masuk adalah percuma okey. Yang kene bayarnya (RM6) kalau korang nak tengok 'tayangan' ala-ala wayang. Tayangan berlangsung pada 10 pagi - 4 petang (setiap 1 jam). Planetarium Negara di buka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang (kecuali pada hari Isnin, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji).


Planetarium ni dulu saya pernah pergi 11 tahun lepas, mase tu sekolah rendah lagi. Dalam tu ada pameran ala-ala sains dan teknologi, ada bilik anti graviti, ada tempat yang berkaitan dengan angkasa dan beberapa lagi berkaitan dengan sains. Yang jadi tarikan kat sini ialah ada tayangan filem pendek tentang sains & teknologi, screen dia berbentuk 'separuh bulat' so korang kene mendongak sikit kepala, Mase kitorang masuk, sekali dengan budak sekolah, memang riuh rendah @.@. Lepas tu , Cikgu nak tenangkan diorang, dia kata "Haa tu belakang tu ada 2 orang artis", semua budak tu pandang atas sambil lelambai tangan hahahahahaa, kitorang pon membalas lambaian tersebut. hahahaa Memang seronok dan sesuai untuk yang tengah belajar tu. Haa Jangan terlepas peluang untuk datang sini.

(Klik gambar untuk saiz lebih besar).

DESTINASTI #3 : TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR
Lepas letih turun tangga dari Planeterium tu, kitorang tunggu teksi plak nak ke Taman Burung, dekat je sebenarnya dari Planetarium Negara. Tapi kitorang masih order teksi hahahaa Haa nak bagi info sikit, Taman Burung ni dibuka setiap hari dari 9.00 Pagi - 6.00 Petang. Tiket masuk ialah RM25 (Dewasa) & RM12 (Kanak-Kanak) dengan MYKAD.


Ini pertama kali saya jejak kaki kat sini, sebelum ni tak pernah pergi haha Memang menarik dan sangat best. Burung-burung kat dalam tu bebas terbang dan berjalan. So sila hati-hati jika burung berak dari udara hahaha Taman Burung ni ada banyak tempat yang korang boleh lawat, sebab tempat dia sangat-sangat-sangat luas. Kitorang pilih nak ke kawasan belah kiri dulu. Paling bestnya bergambar dengan burung ni, tapi susah sikit sebab burung-burung ni asyik nak lari je. hahaha Kat situ kalau perasan, banyak jugak burung merak yang dibiarkan jalan-jalan kat sekitar kawasan Taman Burung ni, tapi sombong sikit sebab tak nak tunjuk kecantikan ekornya hahaha.


Korang jugak boleh bagi makan kat burung kat situ, dia ada sediakan makanan korang beli je. Letih jugak dalam tu sebab berjalan banyak, so sila-sila bawak air masak bebanyak (sorok dalam beg okey hahaha) . Paling best, saya dan Ara cuba bergambar dengan burung yang ada kat Photobooth tu. Kalau nak bergambar dengan burung tu, kene bayar RM10 (seorang) kalau nak pakai kamera sendiri atau RM35(sekeping) kalau nak diorang tangkap dan cucikan. Teruja nengok burung Kakak Tua tu, kaler dia cantik. Tak sempat nak pegang burung hantu. Kitorang berjalan dan berjalan dan letih, lalu terus keluar dari situ.


DESTINASTI #4 : KLCC
KLCC? Setelah letih berjalanan, jom menikmati aircond dekat KLCC hahaha. Tujuan ke KLCC sebab nak makan dekat tempat yang tak pernah pergi. Jadi kami memilih Ben's sebagai makan tengah hari (walaupun dah 2.30 petang). Oleh kerana tak pernah datang kat situ, kitorang tak pasti nak makan apa. Jadi saya pilih Hainanese Chicken Rice & Air Peach Tea, Ara pulak pilih Traditional Nasi Lemak & Air Jus Tembikai dan dessert, Banoffee Sundae. Kami pon menjamu selera dengan selesanya , dapat pulak duduk dekat kerusi macam sofa tu, hampir tertidur. hahaha Jom tengok senarai harga, kot-kot korang nak cuba makan jugak :


1) Hainanese Chicken Rice (RM23)
2) Iced Peach Tea (RM10)
3) Traditional Nasi Lemak (RM29)
4) Watermelon Juice (RM12)
5) Banoffee Sundae (RM 15)


Masa tengah makan tu, kitorang borak macam-macam pasal KPTM Ipoh dulu. Tengah borak tu, Ara berkata,"Weh tu bukan Hanez Suraya ke?", semestinya saya tak pasti sebab tak pakai spec mata. Setelah diteliti, memang dia. Lepas tu , si Ara Kimora ni paksa pulak nak bergambar. So sempatlah kitorang bergambar dengan Hanez Suraya.  Lepas bergambar, masa untuk menikmati dessert pulak, fuhh Alhamdulillah kenyang jugak akhirnya. Rehat berbelas minit lepas tu keluar dari situ. hahaa

DESTINASI #5 : NU SENTRAL


Tempat ni baru je bukak beberapa bulan lepas, so tak banyak lagi kedai bukak. Tapi kalau nak tetengok tu okey je, dia macam shopping mall biasa, ada kedai berjenama, kedai makan, kebai buku dan paling tak sabar, akan datang ada Panggung Wayang GSC. Kat Nu Sentral hanya duduk dan berborak sahaja. hee Dalam pukul 7.00 malam, kitorang pun balik.  Okeylah, jom rehatkan mata anda yang penat membaca dengan beberapa gambar yang sempat dirakam;







































Photo by Rafzan Tomomi & Ara Kimora
Edit by Rafzan Tomomi.

Seriously, sangat seronok dan letih tapi berbaloi sebab dapat jugak pergi tempat tempat yang best kat KL ni. Sebenarnya banyak lagi tapi tak sempat nak pergi semua, InsyaAllah nanti mana tahu nak buat lagi tapi tempat lain pulak. hee Terima kasih kepada Ara Kimora sebab menjayakan #SiarSiar kali ini, kau memang lawak. Banyak betul isu 'kamera' yang dibangkitkan namun kau memang lawak. Okeylah sampai disini dulu entri kali ni, jumpa dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^__^ v


Search Keywords : 
Taman Burung Kuala Lumpur | Taman Burung Kuala Lumpur Ticket Price | Harga Tiket Taman Burung Kuala Lumpur | Makanan Menarik di Ben's | Harga Tiket Muzium Negara | Cara Nak Pergi Ke Muzium Negara | Harga Tiket Muzium Negara | Harga Tiket Planeterium Negara | Cara Nak Pergi Ke Planeterium Negara

4 comments: