100 days before #twentythree!

23:13:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada korang semua. Sekali lagi, dah lama takde mood nak update blog (sebab takde cerita sangat! hahaa) Ni baru ada mood tu datang balik. haha Okeylah. Tadi saje main kira-kira hari, lepas tu teringat nak kira birthday berapa hari lagi. Jadi setelah dikira-kira, 100 hari lagi saya akan sambut hari lahir ke #twentythree (23)! Kebiasaannya, saya adalah orang paling teruja dengan hari lahir sendiri. Saya lebih suka kira detik hari lahir sendiri. hehe Bagi saya, bila masuk hari lahir, saya adalah seorang yang 'istimewa' dimata sendiri! haha Lepas tu macam biasa bila hari jadi konfem akan ada ucapan dari kawan-kawan. Ucapan-ucapan ni paling penting untuk saya, lagi lagi siapa yang ucap tu sangat bermakna. haha


Tahun lepas lebih bermakna bila kawan-kawan buat surprise! Untuk pertama kalinya kawan buat surprise yang sangat suprise! haha Memang tak terfikir pon masalahnya. hahaha Tahu-tahu je ade kek bersama lagu 'Selamat Hari Jadi', memang rasa sebak dan tak terkata apa. hahaa Terima kasih sangat-sangat. (rasenya dah banyak kali cerita pasal ni tapi sebab kene mengena dengan topik, cerita je laa hahah) Okeylah sampai disini untuk entri kali ni. Jumpa lagi dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^__^


2 comments: