AIDILFITRI 1435H : 1 Syawal

23:30:00 Rafzan Tomomi 1 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada korang semua. Wahh~ dah lama tak update blog dah ni.. Last update 2 minggu lepas. Maklumlahh busy nak buat persiapan raya lepas tu tahun ni pulak beraya dekat kampung. Tak sempat nak update pape. hahaa Okey jom baca kisah raya saya! hee




Al kisahnyaa~ Awal Ramadan hari tu , Ayah bagitahu tak balik kampung tahun ni. Jadi kitorang pon okey je, siap dah amek mood Raya dekat KL dah ni. haha Tiba-tiba beberapa hari sebelum nak Raya, Ayah kata "Tahun ni kita balik kampunglah~", semua macam terkejut hahaha Dengan tak prepare pape lagi. Akhirnya kami bertolak malam raya, tepat jam 11.00 Malam. :) Mase kat R&R tu sempat lagi singgah makan tengah malam hahaha dan sempat berselfie satu keluarga.


Pagi raya tu semangat sikit, bangun, mandi dan terus siap-siap ke masjid. Lepas sembahyang raya terus balik, dan makan. Menu pagi raya ada Lontong, Ayam Masak Merah dan macam-macam lagik. Fuh~ kenyang okey. Lepas makan lepak dekat depan plak dan photoshoot bersama keluarga. Memang meriah haa bergambar, Cik Amran dengan Mak Lily & Mak Usu dengan Fina pon join.


Lepas photoshoot niatnya nak tido tapi kene pergi beraya pulak! haha Pergi beraya rumah Tok Su je. Tapi memang meriah la jugak, dengan story mory dan gossip gossip. hahaha Maklumlah dah lama tak berjumpa kan? haha Lepas beraya tu, baru la balik. Bila masing-masing dah takde idea nak buat apa, haaa memang semua tido la ceritanya. hahaa Malam tu pulak pergi beraya sebuah rumah lagi, ingatkan sekejap je, haa sampai pukul 12 malam. hahaha Itulah cerita raya pertamanya. Jom tengok moment sepanjang 1 Syawal ni : 






























Haa. keesokan harinya kami pulang ke Kuala Lumpur. Sebab raya ketiga, den kojo! haha Raya masih panjang lagi, jom la pergi beraya rumah sedara mara, kawan-kawan. Merapatkan silaturrahim gitu. hahaha Okeylah Sampai disini dulu entri kali ni, jumpa dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^__^

BONUS PHOTO! haha :


1 comment:

  1. haish. comelnya family rafzan niii! rafzan pun comel sekali. hehe

    ReplyDelete