BUKA PUASA 1435H #1 : ARA KIMORA 『12.07.2014』

09:14:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Sudah masuk hari ke-16 kita berpuasa? Eh 16? Wahh~~ Tak sangka dah 16 hari eh. Harap semuanya puasa penuh. hehe Bulan puasa semestinya akan keluar berbuka dengan kawan-kawan atau keluarga. Entri kali ini nak bercerita pasal hari Sabtu (12 Julai 2014), berbuka puasa bersama Ara Kimora. Jom baca kisah selanjutnya ^__^




Kalau tahun lepas puasa ke-24 jumpa Ara (Klik sini), kali ni awal sikit. Macam biasalah bila berjumpa dua, memang akan gelak sentiasa. haha Saya bertolak dari rumah pukul 12.00 Tengah Hari, sementara tu Ara dari Melaka terus datang Seremban amek saya kat KTM Seremban. Sampai sana dalam pukul 2.00 Petang, lepas tu singgah kejap dekat rumah Mama Jee sebab Ara nak bersiap-siap.


Pukul 4.00 petang keluar semula, kitorang terus terjah Palm Mall, Seremban. Sampai sana macam awal la pulak, so kitorang pon jalan-jalan la dalam tu. Besar jugak Mall dia. Tak sah la kan kalau tak bergambar hahaha Paling best, kitorang rakam video (sebenarnya nak tunjuk macam mana kitorang keluar berdua. hahaha) , memang lawak dan kecoh. haha Sempat lagi reserved tempat kat Secret Recipe, masalahnya 2 orang je tapi reserved meja panjang. hahaha


Lepas dah selesai, kitorang terus berjalan-jalan dalam mall tu. Masa jalan-jalan tu, nampak macam ade orang mewarna-warna. Mula-mula kitorang segan la sebab takde orang pelawa, lepas kali kedua datang tu, ada Mak Cik pelawa, "Adik nak warna ke?" , Kitorang tanya "Boleh ke?" sambil terus duduk. hahaha Sebenarnya kitorang tak faham asal nak mewarna batik tu tapi kitorang pon layan je la. hehe Macam awal la pulak habis mewarna, abang tu kata dalam setengah jam boleh ambik, lepas tu kitorang sambung dulu bergambar dan jalan-jalan.


Sedar tak sedar dah 6.30 petang, jadi kitorang terus masuk Secret Recipe dan order makanan. Masa order makanan pon ada isu, tak tahu nak makan apa? hahaha Mase order air rupanya diorang bagi air free tapi kitorang still order air jugak. hahaha Alhamdulillah, akhirnya kenyang jugak lepas makan. Lepas makan pon masih lagi bergambar. hahaha Selesai semua, Ara hantar saya dekat KTM Seremban. End. hehe (mengah berlari kejar Keretapi tetiba sampai time saya baru masuk haha) . 

"Belanja sikit muka kerek. haha" *parody to someone lol*

This is me.

Ara Kimora in the house!

Kau muat weh, aku tak hahaa

Thanks abang brightness tangkapkan gambar.

Rasenye lepas makan ni. haha

Eskalator ni kitorang punyers hahaa

Ara & Rumah

Ara & Tiang Gol


Sebelum gambar ni ditangkap, ia lebih lawak. hahaa
Ara lagi

Weh kau lagi

Thanks kakak Secret Recipe sebab tangkap gambar kitorang. *Gambar akak dekat cermin. haha*

Dessert. bye

Terima kasih Ara sebab berbuka puasa dengan saya. InsyaAllah, tahun depan buka lagi okey. hee Okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Ada beberapa lagi temujanji berbuka dengan kawan-kawan , bakal update kemudian. Jumpa dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^__^

Special Video (Dari Instagram)

video
"Dekat Seremban"


video
"Booking Meja"


video
"Mana Kerusi?"


video
"Mari Mewarna"

video
"Nak makan apa ni?"

video
"Bye Seremban"

0 comments: