Movie Review - CEO


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Entri kali ini nak review sikit pasal filem melayu "CEO" (CEO The Movie). Filem ni ditayangkan dekat Malaysia mulai 12 Jun 2014 (Khamis). Jom baca review selanjutnya. :)

Tempat : GSC Mid Valley Megamall
Hall : 15
Tarikh : 20 Jun 2014
Masa : 6.00 Petang

Filem ini diarahkan oleh Razaisham Rashid dan direleasekan mulai 12 Jun 2014 (Malaysia). Durasi filem ni ialah 100 minit (1 Jam 40 Minit). Antara barisan pelakon dalam filem ini ; Remy Ishak (Adam), Beto Kusyairy (Sufian), Cristina Suzanne (Nina), Datuk Jalaluddin Hassan (Tan Sri Amri) dan ramai lagi.


Ini filem melayu ke-2 saya tengok lepas "Kami Histeria". Okey, Bila cerita pasal CEO, mesti korang fikir pasal filem korporat dan serius tetapi lain untuk filem CEO ni. Dengan tagline "Semua orang nak jadi bos", ia merupakan sebuah filem yang lain dari cerita korporat. Saya suka grafik dalam filem ni, menarik dan nampak class. Lakonan Beto Kusyairy & Remy Ishak memang awesome dan banyak buat saya gelak. Tak lupa, watak Cristina Suzanne yang comel sangat dalam filem ni. Scene paling best of kos bila si Adam tu bengang dengan Sufian dapat jawatan CEO, dengan ayat-ayat ala-ala Hang Tuah tetiba ada bunyi macam kompang. hahaha Sekali tengok si Aloy tu yang tengah main. hahaa Ada 3 kali scene yang sama . Adoii. Lepas tu, scene gaduh ulang ayat yang sama. Banyak kali jugak perasan scene gaduh ulang ayat yang sama. Contoh masa Sufian masuk lokap pastu gadoh dengan banduan lain dengan ayat “Siapa abang Long Kau?” sampai la pagi esoknya haha Kebanyakkannya sangat kelakar dan rasa relaks je tengok filem ni. Nak rasa ke-best-an filem ini? Please tengok dekat wayang okey! hee Sure tak kecewa dan banyak gelak. ^__^

Rating : 4.8/5


Post a Comment

2 Comments

Fatimah Nabila said…
bess sebb beto kot..dia brlakon kn sempoi..hehe..
Rafzan Tomomi said…
Beto still awesome! hehe tapi jalan cerita dia best. hehe