Movie Review - Kami Histeria


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sedang membaca entri ini. hee Selamat Hari Isnin ye korang. Yang mana bekerja, Selamat Bekerja. Yang mana bercuti tu, untunglahhh hahahaa Okey entri kali ini agak istimewa sikit sebab saya akan meng-review pasal filem melayu yang dah seminggu lepas keluar panggung wayang iaitu filem "KAMI HISTERIA". Saya akan review dengan style saya sendiri hahaha


------------------

Jalan Cerita


Jalan cerita filem "KAMI HISTERIA" sangat menarik bagi saya. Kebanyakkan unexpected jugaklah, ingatkan akan jadi macam ni rupanya jadi macam ni pulak. Banyak scene yang kelakar dan gelak tak ingat! hahaha Okey masa Histeria jumpa Cik Lang (lakonan Fazura) tu memang kelakar habis scene makan kit kat. hahaha Boleh si Peanut ni ajar Cik Lang macam mana nak makan kit kat. adoiii. Serius lawak gilers . aahahaha Grafik dan CGI dalam filem ni sangatlah saya suka! Cantik, Nice, Cool dan Smart! hee Pergi tengok sekarang!! hahaha

Watak


Diana Danielle, Sara Ali, Mila Jirin, Nad Zainal dan Umi Omar memang berjaya bawak watak masing-masing. Tak kurang jugak lakonan Izzue Islam, Afdlin Shauki dan of kos, Fazura memang menarikkan lagi filem ini. Bagi saya peminat Fazura sangat seronok tengok Fazura bawak watak Cik Lang. Sangat lawak dan seram jugak. wuuuu~~ Watak paling senang dan paling disukai, watak Peanut  (lakonan Nad Zainal). hahahaa Walaupun tak banyak cakap tapi gayanya cukup buat orang ketawa. . hahaha 

Lagu


"Muzik" memang pilihan nombor satu lagu dalam filem ni. Tak tahu kenapa sebab lagu dia best dan seronok didengar. Bukan sebab suara Cik Lang ye saya suka lagu ni, tidak sama sekali! haha Suka sangat dengan lirik ni "Lupakan semua masalah cinta, Yang remeh temeh suka buat leceh, Mari menari bergembira, Seperti dunia kita yang punya". Best! Sampai sekarang pon masih dengar lagi ni hahaa Lagu "Pujaan Hatiku" dan "Kami Histeria" pon layan jugak! hee

LIRIK "MUZIK" - Histeria

Pabila ku sedih
Aku terus memetik gila
Pabila ku lapang
Pelbagai irama yang ku dengar

Lupakan semua masalah cinta
Yang remeh temeh suka buat leceh
Mari menari bergembira
Seperti dunia kita yang punya

Muzik menerangkan hari gelapku (irama hidupku)
Muzik tenang ku tika cemas
Lantas ku menyanyi yeah yeah yeah

Pabila ku rungsing meleraikan kekeliruan
Di petang yang hening memecah kesunyian

Lupakan semua masalah cinta
Yang remeh temeh suka buat leceh
Mari menari bergembira
Seperti dunia kita yang punya

Muzik menerangkan hari gelapku (irama hidupku)
Muzik tenang ku tika cemas
Lantas ku menyanyi yeah yeah yeah
Yeah yeah yeah yeah yeah yeah

Lupakan semua masalah cinta
Yang remeh temeh suka buat leceh
Mari menari bergembira
Seperti dunia kita yang punya

Muzik menerangkan hari gelapku (irama hidupku)
Muzik tenang ku tika cemas

Muzik menerangkan hari gelapku (irama hidupku)
Muzik tenang ku tika cemas
Lantas ku menyanyi

Muzik
Muzik
Muzik

Ending & Bintang



Ending dia okeylah jugak. Puas hati. hee tapi lagi best la kan kalau Cik Lang tu dimanggakan paku dia sampai dia tak boleh berubah dah jadi langsuir tu hahahaa lol macam kejam la pulak bunyinya? Nak tahu ending macam mana? pergilah tengok wayang. Gerenti puas hati dan berbaloi dengan tiket yang korang beli. hehe Dengan ini setelah ditolak tambah. haha saya beri 4.8 dari 5 Bintang! Tahniah kepada pengarah, Shamyl Othman dan semua yang terlibat! hee Harap panggung wayang extend lagi mase tayangan filem ni ^__^

------------------

Ini adalah filem melayu yang saya suka sangat-sangat selepas filem "Istanbul Aku Datang" (2012). hehe Okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Sekali lagi, silalah pergi menonton filem ni okey. haha Jumpa lagi dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^___^ v


LIRIK "PUJAAN HATIKU" - Histeria 

Bila ku keseorang kau selalu datang teman
Walaupun ku berikan beribu alasan
Kau hadir berbekalkan seribu harapan

Chorus:
Bila malam ingatan ku tergiang-ngiang
Teringat padamu seorang yang penyayang
Kau selalu membuat hatiku ini girang
Alangkah indahnya aku mabuk kepayang

**:
Walau ku selalu malu jua membisu
Jauh di lubuk hati kau tahu apa yang ku mahu
Apa lagi tunggu-tunggu jangan ragu-ragu
Hanya kau pujaan hatiku

Bila ku kesepian
Kau tak jemu melayan
Walaupun ku selalu membuat muka bosan
Kau hadir berbekalkan seribu senyuman

[Ulang Chorus]

[Ulang **]

Hanya kau pujaan hatiku
Pujaa.. an hatiku
Kau pujaan hatiku
Pujaan hatiku

[Ulang **]

Kaulah pengisi ruang perasaan di jiwa
Kaulah warna warna yang teristimewa
Tiada yang selainmu
Hanya kau pujaan hatiku



LIRIK "KAMI HISTERIA" - Histeria


Histeriaaaa

Tengok kiri kanan
Masa kawan datang tawan
Tengok kiri kanan
Tengok kiri kanan

Jaga jaga dekat nanti kami sengat
Jaga jaga jangan dekat
Jaga jaga jangan dekat

Tunggu tunggu kami datang
Tunggu tunggu kami serang

Awaslah semua kami sangat berbahaya
Awas awas semua
Awas awas semua

Sila dengar dan lihat kami bersuka ria
Sepantas guruh sekuat kilat
Kami histeria

Tunggu tunggu kami datang
Tunggu tunggu kami serang
Tunggu tunggu kami datang
Tunggu tunggu kami serang
Tunggu tunggu kami datang
Tunggu tunggu kami serang

Tengok kiri kanan
Masa kawan datang tawan
Tengok kiri kanan
Tengok kiri kanan

Sila dengar dan lihat kami bersuka ria
Sepantas guruh sekuat kilat
Kami histeria

Sila dengar dan lihat kami bersuka ria
Sepantas guruh sekuat kilat
Kami histeria
Kami histeria
Kami histeria

Post a Comment

1 Comments

Rafzan Tomomi said…
thanks komen Ajez. okey macamni, for me tak tergantung pon. hee ni mesti berkait masa scene Pit (Izzue Islam) ada 2 tempat dalam masa yang sama.

yang dengan bad (Sara Ali) tu maybe lah 'Cik Lang' yang menghasut, so dengan Laila (Diana Danielle) tu yang betul punya. hee itu pendapat saya la kan. hehe