Movie Review - How To Train Your Dragon 2


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Entri kali ini nak review sikit pasal filem kartun omputeh "How To Train Your Dragon 2". Filem ni ditayangkan dekat Malaysia mulai 12 June 2014 (Khamis). Jom baca review selanjutnya. :)




Tempat : GSC Mid Valley Megamall
Hall : 3
Tarikh : 15 Jun 2014
Masa : 3.30 Petang

Filem ini diarahkan oleh Dean DeBlois dan direleasekan mulai 13 Jun 2014 (Beberapa Negara) dan 12 Jun 2014 (Malaysia). Mengikut wikipedia, kutipan hari pertama selepas ditayangkan sebanyak $18,500,000 (18.5 Juta). Durasi filem ni ialah 102 minit (1 Jam 42 Minit)


Korang pernah tengok filem pertamanya, "How To Train Your Dragon" (2010) ? Dan semestinya kene tengok yang kedua ni. haha Selepas mengetahui punca kenapa nenaga ni datang menyerang 'Berk', diorang dah benarkan la nenaga duduk dekat 'Berk'. Filem ke-2 bagi saya boleh tahan dan ade jugak gelak-gelak tengok. (oh come on, cerita kartun sure ade gelak-gelak sikit hahah) Permulaan filem ini penuh dengan aksi terbang dan si Hiccup & Toothless ni mencarik kawasan-kawasan baru yang dia tak pernah jumpa. Kali ni dia jumpa dengan emak kandung dia dan jumpa tempat naga yang tenang lagi damai. Mereka kali ni berhadapan dengan seorang pemburu naga, Drago Bludvist ingin menguasai semua naga (konon nak jadi hebat gitu). Adakah Drago yang jahat tu dapat menguasai semua naga ? Apakah bakal terjadi pada Hiccup dan Toothless? Jangan lupa tengok dekat panggung berdekatan. Sebenarnya cerita ni memang menarik, sedih dan seronok untuk ditonton. :)

Rating : 4 / 5 Bintang

Post a Comment

1 Comments

Fatimah Nabila said…
nak pi tgk jumaat ni!