"Happy 2nd Anniversary" Rafzan Tomomi Story!

09:00:00 Rafzan Tomomi 3 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada korang semua. hee Hari ini dah masuk 8 Jun 2014 (Ahad). Selamat Ulangtahun ke-2 Rafzan Tomomi Story! *bunyi mercun~* Seronok sangat! haha Sempena ulang tahun ke-2 ni macam-macam gak buat, ada 10 Teaser Image, "2ND ANNIVERSARY PROJECT" dan seperti biasa update tema blog! Background tu dari mereka-mereka yang menghantar gambar mereka bersama ucapan '#Happy2ndAnniversary Rafzan Tomomi Story' dari 2 Jun - 7 Jun 2014. Korang masih lagi boleh hantar sebab masa extend sepanjang bulan Jun 2014. Tema blog ni akan bertahan sehingga bulan 8 (Lepas Raya). Dengan ini saya pon nak berucap jugak :
Terima kasih kepada korang sebab masih membaca dan menyokong blog ini. Kini blog "Rafzan Tomomi Story" sudah berusia 2 tahun. Dalam masa dua tahun ni, macam-macam halangan sebenarnya blog ni tapi Alhamdulillah masih lagi wujud blog ni hahaha Pertama sekali of kos, terima kasih kepada keluarga saya yang selalu bagi support dalam dunia blog ini. Ini je kemampuan yang saya ada, jadi saya jadikan sebagai satu hobi. Tak lupa kawan-kawan, follower blog dan anda! yang selalu bukak je link blog saya ni. Terima kasih sangat-sangat. 

Million Thanks kepada mereka yang sudi membantu dalam 2ND ANNIVERSARY PROJECT ni, terutama kepada Ara Kimora, Eza, Bihah yang work hard carik kawan-kawan diorang untuk tangkap gambar. Sungguh terharu. T^T Terima kasih jugak kepada rakan office, kawan facebook dan Instagram yang sudi menghantar gambar. Tak lupa jugak beberapa komen dan wish. Walaupun tak ramai tapi saya bersyukur sebab masih ada sudi menghantar. hee Saya seronok ^___^ Teruskan sokong saya , insyaAllah blog ni akan dikenali seluruh dunia! hahaha

Ikhlas daripada hati,
Rafzan Tomomi
8 Jun 2014
Nampak tak panjang ucapan saya. Haha Setiap orang ada impian dan cita-cita memasing, begitu jugak saya. hee Okeylah sampai disini dulu entri kali ni. Kalau nak buat ucapan, boleh post dekat page "2ND ANNIVERSARY" . Assalamualaikum & Bye Bye ^___^




3 comments:

  1. HOPE U ALWAYZ SUCCESS
    HAPPY 2ND ANNYVERSARY

    ReplyDelete
  2. "HAPPY 2ND ANNIVERSARY"
    serius arini baru tergerak hati nak skodeng blog rafzan..
    heheheh..
    hope alwayz success..
    •~_^•v

    ReplyDelete
  3. happy 2nd anniversary.. Tahniah

    ReplyDelete