KUALA LUMPUR → SEREMBAN 『28, 29 & 30 MAC 2014』

08:00:00 Rafzan Tomomi 6 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian. Harap semuanya sihat sejahtera. Cuba senyum sikit? Kan manis tu. haha Okeylah minggu lepas 28 Mac sampai 30 Mac 2014 saya bertandang ke rumah kawan saya, Ara Kimora. Alaa Ara yang cantik dan kelakar tu. (dipaksa taip) haha Selepas 18 hari tak jumpa sejak 9 Mac hari tu [Klik sini untuk entri 9 Mac 2014], macam tak jumpa 10 tahun. haha Jom baca kisah ke sana. hee


28 Mac 2014, Jumaat : Lepas balik kerja je, terus bersiap-siap nak ke Seremban. Macam biasa akan naik Keretapi Tanah Melayu (KTM) ke sana. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 40 minit kalau tak silap. Dari ramai gilers orang sampai takde orang, dari berdiri sampai ke duduk baru la sampai Seremban. hee Setibanya disana, terus call Ara tanya kat mana. Beberapa minit lepas tu, dah sampai. Sebelum ke rumah Ara, Mama ajak pergi makan malam dekat "Marry Brown" kat Mydin kecik. Fuh~~ kenyang makan burger dengan bubur yang Mama orderkan. Alhamdulillah~ Lepas makan tu, asyik gelak tengok si Wawa dengan Aniq yang lawak. hahaha Adoii~~ Lepas tu, kitorang pon terus ke rumah Mama.


29 Mac 2014, Sabtu : Bangun jam 8 pagi, sempat berborak dengan Mama & Ara. Semestinya borak benda yang lawak. haha Pastu Ara paksa pergi mandi hahaha Lepas siap-siap, kitorang terus keluar. Sebelum ke Jusco Seremban 2, pergi cuci kereta kejap. Tapi nak dekat 45 minit jugaklah hahaha Mase tu mula dah posing mengarut haha Selepas itu, barulah gerak ke destinasi yang nak dituju.


Setibanya je disana, terus pergi tengok tiket wayang. Kami memilih "Zombi Kilang Biskut" untuk ditonton. Wayang tu pukul 11.30 pagi. Lepas beli tiket, book bilik karaoke pulak. Harga RM24++ (Biasa) dan RM15++ (Student). Lepas book, kami ke Mc Donalds untuk sarapan pagi (walaupun dah pukul 11 pagi. haha) Makan punya makan punya makan, dah pukul 11.30 pagi , kitorang terus ke panggung wayang TGV.


Selepas tengok wayang, kitorang jalan-jalan sekejap. Wayang habis awal pulak, lepas tu karaoke mula pukul 2 petang, so banyak lagi masa. Kitorang jalan-jalan dekat dalam Seremban tu, Ara nak carik kasut bagai. haha Lepas beli kasut, jalan-jalan lagi pastu cari photobooth yang comel comel tu. haha Dengan bayaran token RM13 ringgit, korang akan dapat 2 keping gambar. Macam-macam posing keluar , serius lawak! hahaa


Kerana keseronokan bergambar, lupa pulak karaoke dah mula. Lewat dalam 10 minit pulak. lol haha Masa diberi selama 3 jam, menyanyi lah puas-puas. haha Macam biasa cari lagu GERAK KHAS takde pulak *kecewa~* jadi kitorang pilih je la pape lagu pon hahaa. Antara lagu yang kitorang pilih ; Let It Go, Takkan Terpisah, Kini, Untukmu, Aidilfitri Di Alaf Baru, Dendang Perantau, Janji Manismu dan banyak lagi. hahaha Nyanyi lagu raya memang style kami hahaa 3 jam berlalu, setelah puas menyanyi terasa lapar la pulak. Jadi saya memaksa Ara makan KFC. haha Tujuan asal memang nak makan KFC dengan Ara. haha Setiap kali keluar tak pernah miss KFC hahaa Mase tu macam-macam cerita #throwback keluar hehe Tak lupa jugak duduk atas kerusi urut tu, RM1 untuk 3 minit. hahaa


Malam tu pulak saya dengan Ara sekeluarga pergi makan kat luar. hee Terima kasih kerana belanja makan malam. Sedappp ;) Lepas tu, mase balik ade ternampak Fun Fair, terus menyinggah sekejap. haha Memang main macam-macam seperti main kereta, naik roda ferris, main tangkap itik mainan dan macam-macam lagi. Sangat seronok. Dapat la beberapa patung lawak. hehe


30 Mac 2014, Ahad : Bangun 8 pagi jugak. Pagi tu kitorang nak ke Port Dickson sekejap, nak kemas rumah Ara lagi satu. hee Lepas kemas tu, Aniq, Aqilah dan Wawa pulak. Kitorang lepak-lepak jap pastu pergi pasaraya dekat Port Dickson. Seronok shopping barang dapur bersama keluarga Ara. haha Lepas shopping, Mama Jee belanja aiskrim. Nyum Nyum~~ Selepas itu saje menyinggah dekat hotel mahal, saja nak bergambar hahaha Konon-konon pergi bercuti tepi pantai gitu, padahal bergambar je. haha adoii. Lepak-lepak kejap pastu terus hantar saya dekat KTM Seremban dan saya pulang. hee Jom tengok beberapa kenangan yang sempat dirakam :



 Hasil tangkap itik mainan haha

Kudap-kudapan 

 Sebelum keluar. haha


Sebelum guna mesin gambar tu haha

main Bingo. tapi masih tak faham haha


motif? haha

Suasana Fun Fair hehe

acah-acah check out. haha

shoppings. hehe

Haa begitulah kisahnya ke Seremban kali ini. Ini rasanya kali ke-5 jejak kesana. Terima kasih buat keluarga Mama Jee/ Ara Kimora sebab sudi bagi saya tumpang 3 hari 2 malam kat rumah. Seronok sangat. hee Okeylah sampai disini dulu entri kali ini, jumpa di entri seterusnya Isnin . Assalamualaikum & Bye Bye ^___^ v


6 comments:

  1. suka tgk ara . die cantik . kirim salam kat die yer . - tuminah haron-

    ReplyDelete
  2. thanks anonymomus bernama Tuminah Haron. hahahaa

    **aku kenal kau.

    ReplyDelete
  3. Amboi. Cerianya rafzan nii :)

    ReplyDelete
  4. hee. kite kene ceria selalu ^__^

    ReplyDelete