KEMBARA KE KAMPUNG SANTEH SG. SIPUT, PERAK 『21~23 FEBRUARI 2014』

08:00:00 Rafzan Tomomi 4 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Tanpa membuang masa meh nak bercerita pasal Kem yang saya pergi pada 21 hingga 23 Februari 2014 di Kampung Santeh, Sg. Siput, Perak. Atas arahan bos, jadi saya pon kesinilah yer. *muka tak rela.. haha*. Ini sesuatu yang baru jugak untuk saya. Bayangkan last pergi kem mase tingkatan 2 (9 tahun lepas), tu pon kem Pebimbing Rakan Sebaya (PRS) dekat Pahang. Jom baca kisah seterusnya. Panjang ni hewhew

21 Februari 2014


Berkumpul depan Foyer Radio pada pukul 8.30 pagi. Lepas daftar, urusetia bagi makanan. hee Mi Goreng dengan telur mata. Makan la dulu nak isi perut yang lapar tu haa. Kem ni ramai jugak la yang kenal pergi macam Lan, Kak Zura, Nadia, Kak Illy, Abang Nash, Azmi dan Shafiq. Memang ramai geng MDI gitu. hehe Bertolak ke Kampung Santeh pada pukul 10.00 pagi. Sampai dekat pasaraya TF dalam pukul 2.30 petang macamtu, sebab urusetia nak beli barang dalam pukul 4 petang bertolak semula ke Pos Yum. 


Setibanya di Kampung Santeh kami berkumpul di satu tempat sebelum nak ke kampung yang nak dituju tu. Perjalanan mengambil masa 1 jam jugak nak masuk dalam kawasan tu, dengan keadaan jalan yang tak berapa okey. Sampai terhantuk dalam van tu ahhahhaa Setibanya disana carik la tapak khemah, rupanya memang takde. hahaha Tempat tidur kami kat Balai Sewang. Dia macam rumah yang diperbuat dari buluh. wahhh. Teruja betul. Nak cuba naik la kan? Sekali naik ade bunyi "krakkkkkk!" Memang mase tu terkejut dan berhenti melangkah hahahhaa Petang tu sempat jugak la pergi mandi sungai . Mandi mandi anak je laa. -.-" Yang lain dah bersyampu bagai haha


Lepas Maghrib, ada makan malam dan lepas tu ada sedikit briefing untuk masuk hutan dan naik bukit keesokannya. Mase tu kitorang kenal dengan Tok Batin Kampung Santeh. Haa lepas je briefing tu, penduduk kawasan tu buat sedikit persembahan "Tarian Sewang" orang asli. Memang layan habis, semua orang menari sekali. Memang sangat seronok. Selain menari, dapat jugak main alat muzik yang guna buluh tu. hee Seronok sungguh. Lepas tu ada sesi bersama Orang Asli, diorang buat nyanyi nyanyi karaoke. hee Memang sedap-sedap suara orang kampung tu. Lepas selesai semua, kitorang masuk tidur. Terima kasih kepada penduduk kampung sebab bagi bantal hahaha ^__^

22 Februari 2014


Dengan tak mandinya, hanya basuh muka dan berus gigi je terus pergi sarapan. Nak mandi sejuk woiii.. hahaha Pagi tu makan lagi Mihun goreng. Lepas makan terus siap-siap la nak masuk hutan tu. Sedikit briefing bersama orang kampung. Dan kami memulakan perjalanan dalam pukul 9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa dalam 1jam 30 minit nak masuk ke dalam tu. Dengan bawak beg "Acer" dan pakai kasut jalan kesayangan *kesuntukan masa nak cari kasut sukan haha* memang belasah je masuk hahaha


Kebanyakkannya memang ikut kawasan anak sungai. Mula-mula tu memang tak nak basahkan kasut la kan? Sekali kaki terjatuh dalam sungai tu, ahh ape lagi memang pijak je la air hahaha Tapi seronok jugak, rase segar sikit kene air tu. Macam-macam nak kene lalui ni lalu atas kayu, pijak batu, pijak pasir dan paling popular kawasan begini adalah pacat. hahaha Acah-acah macam tak kena, sekali gatal je rasa kaki ni. Oh yeaaah! Memang dia. Memang meminta tolong orang buang dengan penuh senyuman hahaha 


Paling susah nak naik bukit ke air terjun tu. Kene guna satu kaki je setiap langkah, tangan memang berharap kat akar-akar kat tepi tu. Nasib ada Abang Nash kerana membantu. haha Terima kasih. Setibanya kawasan air terjun tu, kitorang terus membersihkan kawasan tu. Ok untuk pengetahuan korang, kawasan tu kire empangan air jugak la sebab ia punca air ke kampung yang kitorang stay tu. Selepas selesai semua tu, masa untuk turun semula. Nak turun pon sama jugak, memerlukan pertolongan Abang Nash , inilah gayanya dah lama tak jungle tracking gitu. hahaa Ikut laluan yang sama untuk pulang. Sebelum keluar tu, diorang pergi petik buah Cempedak. Seronok tengok orang makan. Mase tu memang saya dah battery low. hahaha


Setibanya kat kampung tu, duduk rehat jap. Lepas tu kitorang semua serang sungai! Yeahuuuu! Mandi Mandi. Mandi sekali dengan anak orang asli yang cecomel dan aktif. Seronok jugak layan budak-budak ni. hahaha Selepas mandi memang ramai dah terbaring. Dengan cuaca yang sangat panas memang mula-mula nak tido petang tu tapi tak boleh. Pakai kipas bateri pon tak rasa angin. hahaha Pergilah menolong apa yang patut. Kawasan tu memang tiada line telefon apetah lagi internet hahaa


Petang tu, sempat kitorang dapat tengok diorang anyam daun nipah untuk buat atap rumah yang nak dibuat tak lama lagi. hee Mase ni ade yang cuba menganyam jugak. Lepas tu dapat berborak dengan orang kampung pasal kampung tu la. dan sempat kenal dengan adik Nasrul dan Shafique. hee comel je diorang ni hahaha.  


Malam tu makan sedap sikit, ada ayam goreng. *mata bersinar~* Macam tak pernah makan ayam gitu padahal hampir hari hari saya makan hahaha  Lepas tu, ade pertandingan karaoke untuk penduduk kawasan kampung. Nak tahu, sayalah antara juri yang judge mereka menyanyi walaupun tak rasmi. hahaha Ganti Nadia je hahaha Memang layan habis la malam tu. Aktiviti tu sampai 12.30 malam. Seronok tengok diorang menari. haha 

23 Februari 2014


Pagi tu sangat sangat sangat sejuk dari hari sebelumnya. hahaha Nak keluar selimut pon tak mampu hahaha Lepas sarapan terus siap-siap untuk pulang. Diorang ada bagi ubi kayu dan cempedak untuk kami bawa pulang. *tapi saya tak amek pon hahaa* Lepas tu sempat bergambar dengan peserta kem, urusetia dan beberapa penduduk kampung. hee Rasa macam sekejap je duduk sana. hee Okeylah jom tengok beberapa foto yang sempat kami rakam :



























































Foto dari Khairil Adzlan Kazuan, Abang Nashrul Fadhli, 
Saiful Buble & Kak Illy Adrina
Edit oleh Rafzan Tomomi.

Haaa nampak seronok kan? Macam-macam benda yang saya dapat sepanjang kem ni. Seronok! hee dan paling best jauh dari kerja hahaha Takde internet or talian telefon ni dapat mengeratkan pertalian dengan peserta kem yang lain. hee *ayat nak kemana hahaa* Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat, yang banyak membantu saya . Memang best dan sempoi. Sampai Nora nak bagi empat bintanggg! hahah Kalau ada rezeki pergilah lagi ye hahhaa okeylah sampai disini entri kali ini . Jumpa lagi dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^___^

4 comments:

  1. best gila dapat pengalaman macam ni walaupun muka tak rela. hehehe..

    salam perkenalan dari blog www.misterzarif.my

    ReplyDelete
  2. serius mmg bess..dlu timm penah join aktiviti cmni..tpi kat sabah la..

    ReplyDelete
  3. Incik Zarif : HAHAHHAH. tu laa.. seronok jugak kan pergi sana. release tension pon ada ^___^
    dah follow Zarif balik dah.

    ReplyDelete
  4. timm_Bill : haah kan... waaa sabah lagi best punya! hee

    ReplyDelete