Girls Group #1 : Morning Musume.

14:05:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua followers & readers. Selamat hari Isnin semuaa... hehee Hari ini sudah masuk hari ke-24 bulan Ramadhan. :) Setiap minggu saya akan memperkenalkan lah kumpulan wanita dari Jepun dan Korea. 


PENGENALAN

Minggu ini saya akan perkenalkan kumpulan yang sudah lama menapak dalam industri muzik Jepun. Kira-kira tahun ni dah masuk 15 tahun sejak tahun 1997. Kumpulan tersebut ialah MORNING MUSUME. (モーニング娘。) . "Musume." dalam bahasa melayunya, "Anak Perempuan". Sepanjang 15 tahun penubuhannya, kesemua hasil jualannya (termasuk Album dan Single) terjual sebanyak 17,746,446 unit.

SEJARAH
**scroll ke bawah


Morning Musume Begins (1997-1998) 

Pada tahun 1997, kumpulan Sharan Q telah mengadakan beberapa siri ujibakat dalam rancangan ASAYAN untuk mencari penyanyi wanita. Bilangan peserta ditapis sehingga tinggal 11 orang sahaja, dan Heike Michiyo telah dipilih sebagai pemenangnya. Lima naib johannya; Nakazawa Yuko, Ishiguro Aya, Iida Kaori, Abe Natsumi & Fukuda Asuka telah dicabar oleh Tsunku untuk menubuhkan sebuah kumpulan dan mengeluarkan album single, dimana sekiranya mereka berjaya menjual 50,000 unit dalam masa 5 hari, mereka akan dapat satu 'record deal'. Mereka menubuhkan kumpulan bernama 'Morning Musume', merakamkan lagu Ai no Tane dan berjaya menamatkan cabaran tersebut. Pada 28 Januari 1998, mereka telah memasarkan single rasmi yang pertama, "Morning Coffee".


First Audition, First Album, First Sub-unit & First Award (1998-1999) 

Pada tahun 1998, Morning Musume telah mengadakan ujibakat untuk pencarian anggota baru sebagai "2nd Generation" dan keputusannya, 3 orang telah terpilih; Yasuda Kei, Ichii Sayaka & Yaguchi Mari. Pada Julai 1998, Morning Musume. telah memasarkan album pertama yang berjudul "First Time". Pada tahun itu juga, Morning Musume. telah dianugerahkan "BEST NEW COMER AWARD 1998" di 40th Japan Record Awards. Unit pertama Morning Musume., "Tanpopo" telah ditubuhkan dan anggotanya terdiri dari 3 anggota Morning Musume.; Ishiguro Aya, Iida Kaori & Yaguchi Mari.


Graduation & Golden Era (1999-2002) 

Pada tahun 1999 menyaksikan "Graduasi" (Graduation) pertama atau anggota pertama yang akan meninggalkan kumpulan itu. Asuka Fukuda telah graduasi dari Morning Musume. pada April 1999 untuk fokus pada pelajarannya. Single terakhir bersama Fukuda, "Memory Seishun no Hikari" telah dipasarkan pada Februari 1999. Pada Julai 1999, album ke-2, "Second Morning" telah dipasarkan. Tahun 1999 juga menyaksikan bermulanya era emas (Golden Era) Morning Musume. Ujibakat untuk generasi ke-3 Morning Musume. telah diadakan dan Goto Maki telah terpilih. Album single ketujuh Morning Musume, "LOVE Machine" telah dipasarkan pada September 1999. Album single ini terjual sebanyak 1,646,630 unit dan masih lagi jualan album single tertinggi sehingga hari ini. Pada Disember 1999, Aya Ishiguro graduasi dari Morning Musume. 


Pada tahun 2000, album ke-3, "3rd -LOVE Paradise-" telah dipasarkan dan terjual sebanyak 800,000 keping CD. Ujibakat untuk generasi ke-4 Morning Musume. telah diadakan. dan Ishikawa Rika, Yoshizawa Hitomi, Nozomi Tsuji, dan Kago Ai telah terpilih. Single pertama bersama generasi ke-4, "Happy Summer Wedding" telah dipasarkan pada Mei 2000. Dalam masa yang sama, Ichii Sayaka telah graduasi dari Morning Musume untuk meneruskan karier muziknya sendiri.


Pada tahun 2001 pula, Album 'Best-of' pertama Morning Musume., "Best! Morning Musume. 1" telah dipasarkan pada Januari 2001. Album itu mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah Morning Musume. apabila terjual sebanyak 2,259,510 keping CD. Pada April 2001, ketua pertama Morning Musume, Nakazawa Yuko telah graduasi dari kumpulan itu dan Iida Kaori telah menjadi ketua Morning Musume. seterusnya. Ujibakat untuk generasi ke-5 telah diadakan dan Takahashi Ai, Konno Asami, Ogawa Makoto, dan Niigaki Risa telah terpilih dari 25,827 orang yang menyertainya. Single pertama bersama anggota generasi ke-5, "Mr. Moonlight ~Ai no Big Band~" telah dipasarkan pada hujung Oktober 2001.


Pada tahun 2002, album ke-4 yang berjudul "4th Ikkimashoi!" telah dipasarkan pada Mac 2002. Pada Julai 2002, album single ke-15 "Do it! Now" telah dipasarkan dan merupakan kemunculan terakhir Goto Maki dalam single tersebut. Goto Maki graduasi pada Julai 2002 untuk meneruskan kariernya sebagai artis solo.


Split into Two groups & Sales goes down. (2003-2007) 

Pada tahun 2003, album ke-5 yang berjudul "NO. 5" telah dipasarkan pada Mac 2003. Pada April 2003, album single ke-19, "AS FOR ONE DAY" telah dipasarkan dan merupakan album single terakhir bersama Yasuda Kei. Selepas graduasi Yasuda, Yaguchi Mari telag mengambil alih jawatan naib-Ketua yang seterusnya. Ujibakat generasi ke-6 telah diadakan tahun 2002. Lebih kurang setahun selepas itu, empat anggota baru telah diperkenalkan; Fujimoto Miki, Kamei Eri, Michishige Sayumi & Tanaka Reina. Single pertama bersama anggota Generasi ke-6, "Shabondama" telah dipasarkan pada Julai 2003. Setelah masuknya generasi ke-6, anggota kumpulan Morning Musume. Ketika itu jadi 15 orang, merupakan yang teramai dalam sejarah kumpulan itu. Tahun 2003 juga, kumpulan ini dipecahkan dua sebagai unit; Morning Musume. Sakura Gumi & Morning Musume. Otome Gumi. Dua unit itu hanya memasarkan 2 single sahaja.


Pada tahun 2004, Abe Natsumi telah graduasi pada Januari dan single ke-21, "Ai Araba ITS ALL RIGHT" merupakan single terakhir bersamanya. Pada April 2004, album best-of kedua "Best! Morning Musume. 2" telah dipasarkan. Pada Ogos 2004, pasangan duo Kago Ai & Tsuji Nozomi telah graduasi kerana ingin meneruskan karier dalam kumpulan duo, "W". Pada Disember 2004, album ke-6 "Ai no Dai 6 Kan" telah dipasarkan.



Pada tahun 2005, Iida Kaori telah graduasi pada Januari 2005 dan kemunculan single terakhirnya, "THE Man Power!!!". Selepas graduasinya Kaori, Yaguchi Mari menjadi ketua seterusnya dan Yoshizawa Hitomi sebagai naib ketua. Pada Februari 2005, Tsunku sekali lagi memulakan ujibakat untuk anggota kumpulan generasi ketujuh dan telah memilih Kusumi Koharu sebagai ahli baru. Pada 10 April 2005, gambar Mari Yaguchi bersama Shun Oguri (telah dikeluarkan dalam majalah Friday! pada 15 hari bulan) telah dipaparkan. Pada 14 April 2005, Yaguchi telah mengumumkan bahawa dia telah "berhenti" dari Morning Musume dan meneruskan aktiviti solonya. Dalam kenyataan awamnya, Yaguchi mengatakan mengenai skandal & publisiti, dia rasa tidak sesuai untuk menjadi "idola" dan merosakkan imej Morning Musume. Yaguchi tidak menerima sebarang persembahan konsert untuk graduasinya itu. Naib ketua, Hitomi Yoshizawa mengambil tempatnya sebagai ketua Morning Musume, dan Miki Fujimoto sebagai naib ketua pada 15 Julai 2005.


Beberapa hari selepas Yaguchi berhenti, pada 27 April 2005, album single ke-26, Osaka Koi no Uta" telah dipasarkan. Yaguchi masih lagi berada dalam album single itu kerana pihak UFA tidak mempunyai masa untuk merekod semula. Album single ini juga merupakan album single Rika Ishikawa yang terakhir. Dia telah keluar dari Morning Musume pada 7 Mei 2005 untuk meneruskan kerjayanya sebagai ketua kumpulan trio Hello! Project v-u-den.


Pada tahun 2006, Tsunku telah mengumumkan di dalam laman web rasmi bahawa Asami Konno dan Makoto Ogawa akan keluar dari Morning Musume. Konno keluar pada 23 Julai 2006 untuk masuk Universiti dan Ogawa keluar pada 27 Ogos 2006 untuk mengambil kursus bahasa inggeris. Album single terakhir bersama Konno dan Ogawa Ambitious! Yashinteki de Ii Jan, dipasarkan pada Jun 2006. Pada 2006 juga, ujibakat untuk generasi kelapan iaitu Morning Musume Happy 8 Audition. Ujibakat bermula 27 Ogos 2006 dan berakhir di Tokyo pada 22 Oktober 2006. Pada 10 Disember 2006 dalam rancangan Hello! Morning, telah mengumumkan anggota kumpulan generasi kelapan baru, Mitsui Aika.


Pada tahun 2007, produser Tsunku telah membuat satu pengumuman penting dalam rancangan Hello! Morning. Beberapa hari selepas itu, pada 15 Mac Tsunku telah mengumumkan 2 orang ahli baru yang menjadi anggota kumpulan Morning Musume sebagai generasi kelapan, —Jun Jun dan Lin Lin, kedua-duanya berasal dari China. Kemunculan pertama mereka di media pada 6 Mei semasa konsert graduasi Yoshizawa. Selepas kejayaan album single ke-33, Kanashimi Twilight, pada 1 Mei 2007, Morning Musume telah dinobatkan sebagai "Jualan Album Single Terbaik Kumpulan Wanita Di Jepun" dengan 11,085,000 unit. Sekaligus telah mengalahkan rekod Pink Lady (11,037,000 unit). Pada 6 Mei 2007, Hitomi Yoshizawa telah keluar dari Morning Musume. Miki Fujimoto mengambil alih jawatan Yoshizawa sebagai ketua dan Ai Takahashi mengantikan Fujimoto sebagai naib ketua.


Pada 1 Jun 2007, Miki Fujimoto telah diumumkan keluar secara mengejut dari Morning Musume, kerana artikel hubungannya (Fujimoto dan Tomoharu Shoji) tersiar dalam majalah "Friday". Ai Takahashi mengantikan Fujimoto sebagai ketua , dan Risa Niigaki sebagai naib ketua. Sempena ulangtahun ke-10 Morning Musume, telah dipasarkan album kompilasi dari single pertama sehingga single yang ke -34. Album itu dipasarkan pasa Oktober 2007. Pada 21 November 2007, album single Morning Musume ke-35, "Mikan" dipasarkan. Album single ini merupakan jualan album single paling rendah dalam sejarah penjualan album single Morning Musume dan gagal menduduki lima tempat teratas dalam jualan minggu pertama dalam carta Oricon.

Still #1 (2008-2011) 


Tahun 2008 merupakan satu-satunya tahun yang tidak melibatkan penambahan atau pengurangan anggota Morning Musume.


Pada tahun 2009, single ke-39, "Shouganai Yume Oibito", telah dipasarkan pada 13 Mei 2009, telah mendapat tempat pertama dalam carta mingguan Oricon selepas kali terakhir mendapat tempat pertama pada tahun 2006 dengan album single "Aruiteru". Album koleksi B-side dari album single telah dipasarkan pada Oktober 2009. Ia mengandungi lagu B-side dari album single pertama sehingga album single ke-40. Telah diumumkan bahawa Kusumi Koharu akan keluar dari Morning Musume dan Hello! Project pada 6 Disember 2009, dengan alasan ingin meneruskan kerjayanya sebagai model.


Pada tahun 2010, telah diumumkan semasa konsert, dan kemudian memalui blog, bahawa anggota kumpulan dari generasi keenam Kamei Eri dan anggota kumpulan dari generasi kelapan, Junjun dan Linlin akan graduasi dari Morning Musume pada hari terakhir konsert musim luruh, dan ujibakat untuk generasi kesembilan akan diadakan. Kamei telah menyatakan bahawa sebab dia membuat keputusan untuk graduasi kerana ingin berehat untuk penyakitnya kulitnya, atopic dermatitis ,sementara Junjun and Linlin graduasi kerana ingin meneruskan karier mereka di China. Single yang ke-44, "Onna to Otoko no Lullaby Game" telah dipasarkan pada November 2010 dan album ke-11 Morning Musume, "Fantasy! Juuichi", telah dipasarkan pada Disember 2010. Album single dan album ini merupakan buat kali terakhir bersama Kamei, Junjun dan Linlin. Pada 15 Disember, Eri Kamei, Junjun dan Linlin telah graduasi dari Morning Musume dan Hello! Project.


Pada tahun 2011, Anggota kumpulan dari generasi kesembilan; Sayashi Riho, Suzuki Kanon, Ikuta Erina dan Fukumura Mizuki telah diumumkan semasa konsert musim sejuk Hello! Project 2011: Kangei Shinsen Matsuri pada 2 Januari 2011. Telah diumumkan pada 8 Mei, tarikh tutup untuk ujibakat generasi ke-10 Morning Musume adalah 13 Jun 2011. Keputusan untuk ujibakat ini akan diumumkan semasa konsert musim luruh Morning Musume pada 29 September.


Anggota generasi yang kesepuluh iaitu Iikubo Haruna Ishida Ayumi Sato Masaki dan Kudou Haruka telah diumumkan pada 29 September sehari sebelum graduasinya Takahashi Ai. Penambahan anggota generasi kesepuluh telah menjadi 12 orang, anggota lebih ramai sejak tahun 2005. Selepas Takahashi graduasi, beliau telah melepaskan jawatan ketua Morning Musume and Hello! Project kepada Niigaki Risa. Pada 30 September, Takahashi Ai telah graduasi dari Morning Musume dan Hello! Project di Nippon Budokan, Jepun.

15th Anniversary & 50th Single (2012) 


Album single ke-49, "Renai Hunter" telah dipasarkan pada 11 April 2012. Album single ini adalah album single terakhir bersama Niigaki Risa dan beliau menyanyikan semula lagu "Egao No Namida", lagu asal dari Matsuura Aya. Selepas single ini mendapat tempat dalam 10 teratas, kumpulan ini telah memecahkan rekod (sebelum ini dipegang oleh Ayumi Hamasaki) untuk 10 teratas berturut-turut bagi kategori album single dengan bilangan 49. Pada 4 Mei, Aika Mitsui mengumumkan bahawa beliau akan graduasi dari Morning Musume, kerena kecederaan kaki yang teruk. Aika akan graduasi bersama Niigaki di Nippon Budokan pada 18 Mei 2012.


Pada 18 Mei, semasa konsert graduasi Risa dan Aika berlangsung, telah diumumkan bahawa Michishige Sayumi sebagai ketua kelapan Morning Musume. Semasa konsert berlangsung, Tsunku telah mengumumkan bahawa Morning Musume akan mengadakan ujibakat untuk generasi ke-11.

Pada 26 Mei, Morning Musume telah diundang untuk membuat persembahan di pertunjukan fesyen Girls Award 2012. Mereka telah mempersembahkan buat pertama kalinya lagu One・Two・Three. One・Two・Three / The Matenrou Show merupakan album single ke-50 dan akan dipasarkan pada 4 Julai 2012 dalam 7 edisi CD. Ini merupakan album single pertama dibawah naungan Michishige Sayumi sebagai ketua.


Pada 12 September, Morning Musume akan memasarkan album studio ke-13, "13 Colorful Character" yang merupakan album pertama bersama anggota generasi kesepuluh.


ANGGOTA MORNING MUSUME
**scroll ke bawah

Generasi Pertama (1997)

Nakazawa Yuko (中澤裕子, lulus April 2001)
Iida Kaori (飯田圭織, lulus Januari 2005)
Ishiguro Aya (石黒彩, lulus Januari 2000)
Abe Natsumi (安倍なつみ, lulus Januari 2004)
Fukuda Asuka (福田明日香, lulus April 1999)

Generasi Kedua (1998)

Yasuda Kei (保田圭, lulus Mei 2003)
Yaguchi Mari (矢口真里, mengundurkan diri 14 April 2005)
Ichii Sayaka (市井紗耶香, lulus Mei 2000)

Generasi Ketiga (1999)

Goto Maki (後藤真希, lulus September 2002)

Generasi Keempat (2000)

Ishikawa Rika (石川梨華, lulus Mei 2005)
Yoshizawa Hitomi (吉澤ひとみ, lulus Mei 2007)
Nozomi Tsuji (辻希美, lulus Ogos 2004)
Ai Kago (加護亜依, lulus Ogos 2004)

Generasi Kelima (2001)

Takahashi Ai (高橋愛, lulus 30 September 2011)
Konno Asami (紺野あさ美, lulus Julai 2006)
Ogawa Makoto (小川麻琴, lulus Ogos 2006)
Niigaki Risa (新垣里沙, lulus pada 18 Mei 2012)

Generasi Keenam (2003)

Fujimoto Miki (藤本美貴, mengundurkan diri 1 Jun 2007)
Kamei Eri (亀井絵里, lulus pada 15 Disember 2010)
Michishige Sayumi (道重さゆみ)
Tanaka Reina (田中れいな)

Generasi Ketujuh (2005)

Kusumi Koharu (久住小春, lulus pada 6 Disember 2009)

Generasi Kelapan (2006/2007)

Mitsui Aika (光井愛佳, lulus pada 18 Mei 2012)
Jun Jun (李 純, lulus pada 15 Disember 2010)
Lin Lin (銭 琳, lulus pada 15 Disember 2010)

Generasi Kesembilan (2011)

Fukumura Mizuki (譜久村聖)
Ikuta Erina (生田衣梨奈)
Sayashi Riho (鞘師里保)
Suzuki Kanon (鈴木香音)

Generasi Kesepuluh (2011)

Iikubo Haruna (飯窪春菜)
Ishida Ayumi (石田亜佑美)
Sato Masaki (佐藤優樹)
Kudou Haruka (工藤遥)

DISKOGRAFI
**scroll ke bawah

Album Studio

#1 [08.07.1998] First Time (ファーストタイム)
#2 [28.07.1999] Second Morning (セカンドモーニング)
#3 [29.03.2000] 3rd-LOVE Paradise (3rd-LOVEパラダイス-)
#4 [27.03.2002] 4th Ikimasshoi! (4th いきまっしょい!)
#5 [26.03.2003] NO.5
#6 [08.12.2004] Ai no Dai 6 Kan (愛の第6感)
#7 [15.02.2006] Rainbow 7 (レインボー7)
#8 [21.03.2007] SEXY 8 BEAT
#9 [18.03.2009] Platinum 9 DISC (プラチナ 9 DISC)
#10 [17.03.2010] 10 MY ME
#11 [01.12.2010] Fantasy! Juuichi (Fantasy!拾壱)
#12 [12.10.2011] 12, Smart (12,スマート)
#13 [12.09.2012] 13 Colorful Character (13 カラフルキャラクター)

Album Mini

#1 [13.12.2006] 7.5 Fuyu Fuyu Morning Musume. Mini! (7.5冬冬モーニング娘。ミニ!)

Album Best Of/Kompilasi


  • [31.01.2001] Best! Morning Musume 1 (ベスト! モーニング娘。1)
  • [31.03.2004] Best! Morning Musume 2 (ベスト! モーニング娘。2)
  • [15.12.2004] Morning Musume EARLY SINGLE BOX (モーニング娘。EARLY SINGLE BOX)
  • [24.10.2007] Morning Musume ALL SINGLES COMPLETE ~10th ANNIVERSARY~ (モーニング娘。ALL SINGLES COMPLETE ~10th ANNIVERSARY~)
  • [07.10.2009] Morning Musume Zen Single Coupling Collection (モーニング娘。 全シングル カップリングコレクション)

Album Lain


  • [30.09.1998] Morning Cop ~Daite Hold on Me!~ OST (モーニング刑事。 抱いてHOLD ON ME!)
  • [05.07.2000] Pinch Runner Original Soundtrack (ピンチランナー オリジナルサウンドトラック)
  • [01.08.2001] LOVE Century -Yume wa Minakerya Hajimaranai- (LOVEセンチュリー -夢はみなけりゃ始まらない-)
  • [10.07.2002] Hawaiian de Kiku Morning Musume Single Collection (ハワイアンで聞くモーニング娘。シングルコレクション)
  • [17.07.2002] Morning Musume no Musical "Morning Town" (モーニング娘。のミュージカル「モーニング・タウン」)
  • [14.02.2003] Koinu Dan no Monogatari Original Soundtrack (仔犬ダンの物語 オリジナルサウンドトラック)
  • [02.07.2003] Morning Musume no Musical "Edokko Chushingura" (モーニング娘。のミュージカル「江戸っ娘。忠臣蔵」)
  • [26.07.2006] Ribbon no Kishi The Musical Song Selection (「リボンの騎士 ザ・ミュージカル」ソング・セレクション)
  • [26.11.2008] COVER YOU (cover album)


Single


  • [03.11.1997] Ai no Tane (愛の種) (Demo)
  • [28.01.1998] Morning Coffee (モーニングコーヒー)
  • [25.07.1998] Summer Night Town (サマーナイトタウン)
  • [09.09.1998] Daite HOLD ON ME! (抱いてHOLD ON ME!)
  • [10.02.1999] Memory Seishun no Hikari (Memory 青春の光)
  • [12.05.1999] Manatsu no Kousen (真夏の光線)
  • [14.07.1999] Furusato (ふるさと)
  • [09.09.1999] LOVE Machine (LOVEマシーン)
  • [26.01.2000] Koi no Dance Site (恋のダンスサイト)
  • [17.05.2000] Happy Summer Wedding (ハッピーサマーウェディング)
  • [06.09.2000] I WISH
  • [13.12.2000] Renai Revolution 21 (恋愛レボリューション21)
  • [25.07.2001] The☆Pea~ce! (ザ☆ピ~ス!)
  • [31.10.2001] Mr. Moonlight ~Ai no Big Band~ (Mr.Moonlight ~愛のビッグバンド~)
  • [20.02.2002] Souda! We're ALIVE (そうだ! We're ALIVE)
  • [24.07.2002] Do it! Now
  • [30.10.2002] Koko ni Iruzee! (ここにいるぜぇ!)
  • [19.02.2003] Morning Musume no Hyokkori Hyoutanjima (モーニング娘。のひょっこりひょうたん島)
  • [23.04.2003] AS FOR ONE DAY
  • [30.07.2003] Shabondama (シャボン玉)
  • [06.11.2003] Go Girl ~Koi no Victory~ (Go Girl ~恋のヴィクトリー~)
  • [21.01.2004] Ai Araba IT'S ALL RIGHT (愛あらばIT'S ALL RIGHT)
  • [12.05.2004] Roman ~MY DEAR BOY~ (浪漫 ~MY DEAR BOY~)
  • [22.07.2004] Joshi Kashimashi Monogatari (女子かしまし物語)
  • [03.11.2004] Namida ga Tomaranai Houkago (涙が止まらない放課後)
  • [19.01.2005] THE Manpower!!! (THE マンパワー!!!)
  • [27.04.2005] Osaka Koi no Uta (大阪 恋の歌)
  • [27.07.2005] Iroppoi Jirettai (色っぽい じれったい)
  • [09.11.2005] Chokkan 2 ~Nogashita Sakana wa Ookiizo!~ (直感2 ~逃した魚は大きいぞ!~)
  • [15.03.2006] SEXY BOY ~Soyokaze ni Yorisotte~ (SEXY BOY ~そよ風に寄り添って~)
  • [21.06.2006] Ambitious! Yashinteki de Ii jan (Ambitious! 野心的でいいじゃん)
  • [08.11.2006] Aruiteru (歩いてる)
  • [14.02.2007] Egao YES Nude (笑顔YESヌード)
  • [25.04.2007] Kanashimi Twilight (悲しみトワイライト)
  • [25.07.2007] Onna ni Sachi Are (女に 幸あれ)
  • [21.11.2007] Mikan (みかん)
  • [16.04.2008] Resonant Blue (リゾナント ブルー)
  • [24.09.2008] Pepper Keibu (ペッパー警部)
  • [18.02.2009] Naichau Kamo (泣いちゃうかも)
  • [13.05.2009] Shouganai Yume Oibito (しょうがない 夢追い人)
  • [12.08.2009] Nanchatte Renai (なんちゃって恋愛)
  • [28.10.2009] Kimagure Princess (気まぐれプリンセス)
  • [10.02.2010] Onna ga Medatte Naze Ikenai (女が目立って なぜイケナイ)
  • [09.06.2010] Seishun Collection (青春コレクション)
  • [17.11.2010] Onna to Otoko no Lullaby Game (女と男のララバイゲーム)
  • [06.04.2011] Maji Desu ka Ska! (まじですかスカ!)
  • [15.06.2011] Only you
  • [14.09.2011] Kono Chikyuu no Heiwa wo Honki de Negatterun da yo! / Kare to Issho ni Omise ga Shitai (この地球の平和を本気で願ってるんだよ!/彼と一緒にお店がしたい)
  • [25.01.2012] PYOCO PYOCO ULTRA (ピョコピョコ ウルトラ)
  • [11.04.2012] Renai Hunter (恋愛ハンター)
  • [04.07.2012] One・Two・Three / The Matenrou Show (One・Two・Three / The 摩天楼ショー)


TRIVIA

  • Morning Musume menerima 8 anggota bari pada tahun 2011 (Kedua-duanya generasi ke-9 & 10), purata umur 11-16 tahun, sementara yang lain dalam Morning Musume sudah melepasi umur 20 tahun (selain Mitsui Aika).
  • Sayashi Riho, Suzuki Kanon, Sato Masaki dan Kudo Haruka adalah anggota yang lahir selepas penubuhan pada tahun 1997.
  • Kudo Haruka adalah anggota yang paling muda semasa menyertai Morning Musume. Masa tu Kudo berumur 11 tahun dan mengalahkan rekod Kago Ai (semasa umurnya 12).
  • Takahashi Ai dan Niigaki Risa merupakan yang paling lama bertahan sebagai ketua & naib ketua iaitu selama 4 tahun.
  • Niigaki Risa merupakan anggota yang paling muda ketika mendapat jawatan naib ketua pada umur 18 tahun.
  • Iida Kaori is  merupakan anggota yang paling muda ketika mendapat jawatan ketua pada umur 19 tahun.
  • Dari 33 anggota Morning Musume, 7 anggota & bekas anggota namanya bermula dari huruf "I"(Ishiguro, Ichii, Iida, Ishikawa, Ikuta, Ishida, Iikubo).
  • 3 generasi berturut-turut merupakan anggota Hello! Pro Egg: Generasi Ke-8: LinLin, generasi Ke-9: Fukumura Mizuki dan generasi ke-10: Kudo Haruka.
  • Sehingga kini, hanya 4 anggotanya yang terlibat dalam 30 Single. Generasi ke-5: Takahashi Ai (35 Single) dan Niigaki Risa (37 Single) bersama Generasi ke-6: Michishige Sayumi (32 Single) dan Tanaka Reina (32 Single).




Lebih Info :

Generasia
Wikipedia : BM | BI
Morning Musume Official Website (Bahasa Jepun)
Morning Musume Official YouTube Channel 

edit :

dalam Majalah Klik bulan Ogos. Ade cerita pasal Morning Musume. :)

klik gambar untuk tumbesaran. (thanks to fb page : Morning Musume Malaysia)

Okeylah itu saja. Sedikit sebanyak pasal kumpulan J-pop, Morning Musume. minggu depan saya akan kenalkan sebuah lagi kumpulan dari jepun, Momoiro Clover Z. Jumpa di entri akan datang. Assalamualaikum & Bye Bye :)

Sebelum "close" jom layan lagu dari kumpulan Morning Musume., Renai Revolution 21 yang direleasekan pada tahun 2001. Enjoy :)


untuk lagi muzik video dari Morning Musume. Klik sini.

2 comments:

  1. Uwaaaaa..

    sy tak minat korea.Tp sy singgah je ke blog ni.Jumpa kt SB td.

    Salam Aidilfitri.

    ReplyDelete
  2. hee terima kasih. Salam Aidilfitri :)

    ReplyDelete