Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Anda pasitnya sedang mencari tempat berbuka puasa untuk Ramadan nanti bersama keluarga, rakan-rakan atau cari early bird untuk buka puasa untuk tempat kerja. Jawapannya berbuka puasa di Semesta Event Space, One City Subang. Mari MOMI kongsikan apa yang menarik untuk berbuka puasa dekat sini nanti. | Bufet Istimewa Sempena Ramadan 2026 - Semesta Event Space, One City Subang
![]() |
| Bufet Istimewa Sempena Ramadan 2026 - Semesta Event Space |
Info Mengenai Bufet Istimewa Sempena Ramadan 2026 Di Semesta Event Space, One City Subang
Bufet Istimewa Sempena Ramadan 2026 Subang Jaya di Semesta Event Space, Sky Park @ One City ini bermula dari 19 Februari 2026 hingga 18 Mac 2026. Bufet Ramadan yang bertemakan 'Lembayung Sajian Asli' ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang pasti melengkapkan hidangan waktu berbuka puasa anda bersama yang tersayang.
Senarai Hidangan Bufet Istimewa Sempena Ramadan 2026 Di Semesta Event Space, One City Subang
Pelbagai pilihan hidangan yang bakal menjadi tumpuan di meja bufet Semesta Event Space, One City Subang terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan Antarabangsa. Antara menu 'highlights' yang anda boleh cuba seperti Nasi Keladang Istimewa, Asam Pedas Daging Tetel, Ikan Patin Tempoyak, Gulai Kawah Daging, Ayam Salai Lemak Cili Padi, ulam-ulaman segar, sambal tradisi serta pelbagai kuih-muih warisan dan pencuci mulut klasik.
Selain itu, turut mencuri tumpuan ialah kiosk makanan secara live seperti Kambing Grill, roti jala, lempeng kelapa, aneka sup, pasta panas, rojak kampung, cendol sawit serta stesen minuman dan kopi. Keseluruhan pengalaman bufet ini dilengkapi dengan live cooking, persembahan live band, serta suasana eksklusif yang sesuai untuk keluarga dan korporat.
Sebagai nilai tambah, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik termasuk sebuah motosikal, selain pelbagai hadiah lain sepanjang tempoh promosi. Tunggu apa lagi? Jom berbuka puasa di Semesta Event Space, One City Subang bersama keluarga dan rakan-rakan.
Harga Bufet Istimewa Sempena Ramadan 2026 Di Semesta Event Space, One City Subang
Bufet Istimewa Sempena Ramadan 2026 Di Semesta Event Space, One City Subang bermula sepanjang bulan Ramadan 2026 iaitu dari 20 Februari 2026 hingga 18 Mac 2026 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga Bufet Istimewa Sempena Ramadan 2026 - Semesta Event Space, One City Subang adalah seperti berikut :
Harga Bufet
- Dewasa - RM95 nett
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM65 nett
- Kanak-Kanak (5-12 Tahun) - RM49 nett
Harga Early Bird (Masa Terhad Sehingga 1 Februari)
Dapatkan baucar early bird bufet ramadan 2026 sempena bulan Ramadan dari sekarang hingga 1 Februari 2026 :
- Dewasa - RM79 nett
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM60 nett
- Kanak-Kanak (5-12 Tahun) - RM45 nett
Harga Promosi 2 Hari Pertama (Sehingga 20 Februari)
Dapatkan baucar promosi 2 Hari Pertama bufet istimewa 2026 sempena bulan Ramadan dari sekarang hingga 20 Februari 2026 :
- Dewasa - RM65 nett
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM60 nett
- Kanak-Kanak (5-12 Tahun) - RM45 nett
Nak diskaun lagi? Jangan lupa sebut kod promosi 'MOMI5' untuk diskaun tambahan sebanyak 5% dan diskaun hanya terpakai untuk HARGA DEWASA SAHAJA (early bird, promosi 2 hari pertama dan harga normal).
![]() |
| Bufet Istimewa Sempena Ramadan 2026 - Semesta Event Space |
Alamat Semesta Event Space, One City Subang
Berikut adalah alamat Semesta Event Space, One City Subang :
Semesta Event Space,
Level 1A, Sky Park @ One City Subang,
47650 Subang Jaya. Selangor
Untuk Tempahan Bufet Istimewa Sempena Ramadan 2026 Di Semesta Event Space, One City Subang
Untuk maklumat lanjut dan tempahan di Semesta Event Space, One City Subang, sila email ke semesta.eventspace@gmail.com.



0 Comments