Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Another day, another bufet Ramadan. Anda yang sedang mencari tempat berbuka puasa untuk Ramadan nanti bersama keluarga, rakan-rakan atau cari early bird untuk buka puasa untuk tempat kerja, The Pearl Kuala Lumpur mungkin menjadi pilihan anda. Mari MOMI kongsikan apa yang menarik untuk berbuka puasa dekat sini nanti. | Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur

Info Mengenai Bufet Ramadan Di The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan Kuala Lumpur di MELO CAFÉ & DELI atau BALLROOM, TINGKAT 5, The Pearl Kuala Lumpur ini bermula dari 21 Februari 2026 hingga 17 Mac 2026. Bufet Ramadan yang bertemakan 'Citarasa Antara Benua' ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang pasti melengkapkan hidangan waktu berbuka puasa anda bersama yang tersayang. 

Baca Juga > Senarai Bufet Ramadan 2026

Senarai Hidangan Bufet Ramadan Di The Pearl Kuala Lumpur

Pelbagai pilihan hidangan yang bakal menjadi tumpuan di meja bufet MELO CAFÉ & DELI atau BALLROOM, TINGKAT 5, The Pearl Kuala Lumpur terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan Antarabangsa. Tahun ini hidangan highlights di meja bufet menggabungkan sajian istimewa dari pelusuk benua. Setiap hidangan direka untuk membawa anda merasai pengalaman menjelajahi keunikan dunia melalui citarasa masakan autentik daripada Chef. 

Antara hidangan istimewa yang bakal disajikan termasuk sajian dari Malaysia (Burger Ramly Istimewa, Roti John dan Aneka Gorengan), Thailand (Pad Thai Noodle dan Som Tam), China (Itik Panggang bersama Sos Manis dan Sos Cili, Aneka Dim Sum dan Pau), India ( Idli, Naan, Kari Kacang Hijau dan Sambar), Korea (Topokki dan Dumpling Ayam bersama Sos Istimewa), Jepun (Takoyaki dan Teppanyaki), Sepanyol (Seafood Paella) dan Itali (Spaghetti Carbonara, Pasta Arrabbiata dan Shell Out).

Selain itu, anda juga bakal menikmati pelbagai hidangan seperti Sup Meletop, Sup Ekor Daging Merah, Sup Tulang Kambing Merah, Sup Tulang Rawan Merah, Rendang Daging Betawi, Ayam Pongteh Peranakan, Udang Goreng Mongolian, Tulang Rawan Asam Pedas, dan Kari Kepala Ikan Kandar.

Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur

Hidangan pelengkap Ramadan Bufet sudah pastinya Seleksi Bakar-Bakar Corner yang menyajikan pilihan Kambing Golek dengan Perapan Istimewa, Ayam Golek, Sosej serta aneka ikan bakar seperti Ikan Cencaru, Ikan Tilapia dan Ikan Selar, dihidangkan bersama pilihan Air Asam, Sambal Kicap, Sos Cendawan dan Sos Lada Hitam. Selain itu, masakan Melayu klasik seperti Ulam-Ulaman Kampung, Bubur Lambuk Istimewa, Maggi Tomyam Gong Sup Ala Thai, Sate Kajang, Lemang Istimewa, Nasi Briyani dan pelbagai lagi hidangan enak.

Pelbagai jenis pencuci mulut yang anda boleh nikmati seperti Gerai Lempeng Pisang Kelapa, Kuih-Muih Tradisional, Aneka Kek, Aneka Puding, Aneka Biskut Klasik, Ais Kacang dan pelbagai Ais Krim yang menyegarkan. Tunggu apa lagi? Jom tempah cepat Bufet Ramadan di The Pearl Kuala Lumpur.

Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur

Cabutan Bertuah 

Rebutlah peluang keemasan ini untuk mendapatkan harga pembelian awal yang eksklusif serta keunikan sajian yang memukau selera. Selain itu, dengan setiap pembelian baucar bagi harga dewasa dan warga emas (tidak termasuk kanak-kanak), anda berpeluang memenangi hadiah lumayan melalui cabutan bertuah, dengan pengumuman pemenang akan dibuat secara langsung pada 19 Mac 2026 menerusi platform media sosial kami. Pengumuman Cabutan Bertuah: 19 Mac 2026.

Hadiah Cabutan Bertuah adalah seperti berikut : 
  • Hadiah Utama: RM10,888 tunai
  • Hadiah Kedua: RM6,888 tunai
  • Hadiah Ketiga: RM3,888 tunai
  • 3 Hadiah Saguhati: RM1,000 tunai
  • 6 Hadiah Penginapan Percuma (termasuk sarapan pagi untuk 2 orang)

Harga Bufet Ramadan 2026 Di The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan Di RMELO CAFÉ & DELI dan BALLROOM, TINGKAT 5, The Pearl Kuala Lumpur bermula sepanjang bulan Ramadan 2026 iaitu dari 21 Februari 2026 hingga 17 Mac 2026 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga Bufet Ramadan The Pearl Kuala Lumpur adalah seperti berikut :

Harga Istimewa (21 Februari - 27 Februari)

  • Dewasa - RM118+
  • Warga Emas atau OKU - RM98+
  • Kanak-kanak (4-12 tahun) - RM68+

Harga Biasa (28 Februari - 17 Mac)

  • Dewasa - RM138+
  • Warga Emas atau OKU - RM118+
  • Kanak-kanak (4-12 tahun) - RM78+

Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur

Alamat The Pearl Kuala Lumpur

Berikut adalah alamat The Pearl Kuala Lumpur : 
5th Mile, 
Jln Klang Lama, 
58000 Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2026 - The Pearl Kuala Lumpur

Untuk Tempahan Bufet Ramadan Di The Pearl Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut dan tempahan di The Pearl Kuala Lumpur, sila hubungi atau WhatsApp ke Syuhada 016-3319675, Noraini 016-3318794, Hafizah 016-3318795, Aliza 011-11624462, Fei Shan 016-3318437 atau Yusri 016-6202070.

Carian : Bufet Ramadan 2026, Buffet Ramadhan 2026, Bufet Ramadan, Buffet Ramadhan, Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2026, Buffet Ramadhan Klang Lama 2026, Buffet Ramadhan Hotel 2026, Buffet Dinner Sempena Ramadan 2026

Post a Comment

0 Comments