Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Hari hari ke Bufet Ramadan? Takkk! Dah lama tak rasa sibuk macamni, jadi MOMI terima beberapa jemputan preview bufet ramadan untuk tahun 2026. Oh ya, anda pastinya sedang mencari tempat berbuka puasa untuk Ramadan nanti bersama keluarga, rakan-rakan atau cari early bird untuk buka puasa untuk tempat kerja. Jawapannya berbuka puasa di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown. Mari MOMI kongsikan apa yang menarik untuk berbuka puasa dekat sini nanti. | Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
Info Mengenai Bufet Ramadan Di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown
Bufet Ramadan Kuala Lumpur di Quan's Kitchen, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown ini bermula dari 19 Februari 2026 hingga 18 Mac 2026. Bufet Ramadan yang bertemakan 'Destinasi Citarasa Kita' ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang pasti melengkapkan hidangan waktu berbuka puasa anda bersama yang tersayang.
Baca Juga > Senarai Bufet Ramadan 2026
Senarai Hidangan Bufet Ramadan Di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown
Pelbagai pilihan hidangan yang bakal menjadi tumpuan di meja bufet Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan Antarabangsa. Menu 'highlights' yang anda boleh cuba adalah masakan istimewa dari 14 negeri di Malaysia dari Perlis ke Sabah. Antara hidangan tersebut adalah Ayam Goreng Serai Berampah dari Perlis, Gulai Raja Berangkat Kedah, Nasi Kandar dan Sup Kambing Mamak yang ikonik Pulau Pinang, dan Rendang Tok dan Telur Itik Belimbing Buluh Perak.
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
Selangor pula ada Kari Ikan Bagan Lalang, manakala Kuala Lumpur mengetengahkan Nasi Ayam Encik Chua. Negeri Sembilan membawakan Tempoyak Daun Kayu dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api yang terkenal, manakala Melaka menawarkan perisa klasik Ayam Pongteh dan Cendol Kampung Hulu. Untuk negeri Johor, ada Nasi Ambeng dan Mee Bandung Muo.
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
Dari Pantai Timur, tetamu boleh menikmati Gulai Patin Tempoyak khas Pahang, Pucuk Paku Daging Kerabu dan Pucuk Ubi Kayu dan Sambal Hitam Belimbing Buluh. Terengganu diperkenalkan dengan Tauhu Sumbat, Gulai Ikan Tongkol dan Keropok Lekor tercinta, serta Ayam Kerutuk dan Ayam Percik Putih Kelantan.
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
Perjalanan berakhir di Malaysia Timur, di mana tetamu boleh menikmati Kuih Penyaram Sabah dan hidangan menyegarkan Borneo Seafood on Ice, bersama Laksa Sarawak dan Umai Udang yang digemari di Sarawak.
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
Tidak ketinggalan, Live Station akan menyerikan suasana perayaan, membolehkan para tetamu menikmati hidangan yang baru disediakan dalam suasana yang diinspirasikan oleh motif tradisional. Nikmati pemandangan menara Merdeka 118 yang ikonik sambil menikmati saat-saat akhir di stesen luar bufet, termasuk Gerai Popiah Uncle Nizam dengan Popiah Basah dan Popiah Goreng, Gerai Cendol dan Air Batu Campur yang menyajikan pencuci mulut ais kisar tempatan, dan Stesen Roti Jala yang menawarkan dua jenis roti jala dengan kari ayam dan pandan kaya.
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
Pelbagai jenis pencuci mulut yang anda boleh nikmati seperti seleksi bubur manis, seleksi kek, kuih muih melayu, Pudding, buah-buahan dan juga beberapa pilihan lagi untuk mereka yang gemarkan manisan. Tidak lupa, 5 variasi air balang serta Teh Tarik dan Kopi Tarik. Tunggu apa lagi? Jom tempah cepat Bufet Ramadan di Quan's Kitchen, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown.
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
Harga Bufet Ramadan Di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown
Bufet Ramadan Di Quan's Kitchen, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown bermula sepanjang bulan Ramadan 2026 iaitu dari 19 Februari 2026 hingga 18 Mac 2026 dari 6:30 petang hingga 10:30 malam. Harga Bufet Ramadan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur adalah seperti berikut :
Harga Bufet
- Dewasa - RM218 nett
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM109 nett
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM109 nett
Harga Early Bird (Masa Terhad)
Dapatkan baucar early bird bufet ramadan 2026 sempena bulan Ramadan dari sekarang hingga 26 Februari 2026 :
- Dewasa - RM168 nett
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM109 nett
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM109 nett
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown |
Alamat Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown
Berikut adalah alamat Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown :
Quan’s Kitchen
Level 8, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown
2, Jalan Balai Polis,
Chinatown, 50000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Untuk Tempahan Bufet Ramadan Di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown
Untuk maklumat lanjut dan tempahan di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown, sila hubungi atau WhatsApp di +60 12-507 3327 atau email ke dining[@]fourpoints[.]com.
Carian : Bufet Ramadan 2026, Buffet Ramadhan 2026, Bufet Ramadan, Buffet Ramadhan, Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2026, Buffet Ramadhan Bukit Bintang 2026, Buffet Ramadhan Hotel 2026, Buffet Dinner Sempena Ramadan 2026



















0 Comments