Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama YEG Academy Bantu Graduan Tentukan Hala Tuju Pada Masa Hadapan

Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama YEG Academy Bantu Graduan Tentukan Hala Tuju Pada Masa Hadapan | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Platform pendidikan dan kerjaya atas talian, Your Education Guidance Academy (YEG) berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. Asbab hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak. 

Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita.

Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Dalam masa yang sama , YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini. 

Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif. Antaranya mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi.

Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara.

“Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi. Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” jelas Hasan.

Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang. Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia. 

“Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM"

“Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” tambah Azizulhakim.

Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing. 

“Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah”

“Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, kami percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini. Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak” ujar Hasan lagi.

Untuk menyertai program YEG Academy, layari pautan http://yegmy.com/bootcamp/ hari ini. Ikuti perkembangan terkini menerusi laman media sosial Facebook @youreducationguidance, Instagram @yegacademy.official atau YouTube @YEGAcademy

I'm Positive COVID-19.

I'm Positive COVID-19. | Assalamualaikum & Salam sejahtera guys! Benda paling kita nak elak, itulah benda yang hampiri kita. Pada 11 Ogos 2021, Momi telah disahkan dijangkiti COVID-19 dan entri ini Momi nak kongsikan kepada anda ringkasan kisah hari-hari Momi sebagai pesakit COVID-19 serta bagaimana hari-hari kuaratin di rumah.

Kak Long Positif COVID-19

Baru lepas balik kerja. Kak long dah mengadu tiada deria rasa, bau dan masih demam sejak beberapa hari lalu. Biasanya Kak Long memang selalu demam dan pulih cepat, jadi kami anggap ia demam biasa. Tapi lepas Kak Long mengadu dia tiada deria bau dan rasa, memang rasa dah pelik dah. Masa ni kami sekeluarga buntu nak pergi swab test mungkin bayar mahal dan kebetulan masa tu KKM kemaskini senarai 'test kit' yang disahkan didalam aplikasi MySejahtera. Kerana pilihan itu je yang ada, kami minta tolong sepupu belikan dan dapat test kit malam tu juga. Lepas buat test guna air liur, memang sah Kak Long positif COVID-19.

Kuarantin Bermula

Giliran kami betiga (Momi, Emak dan Adik) gunakan test kit, dan Alhamdulillah, kami bertiga negatif. Oleh kerana Kak Long positif, kami bertiga masih kena kuarantinkan diri dirumah selama 10 hari. Ini pertama kali kami kena kuarantin dan memang macam-macam fikir. Barang kat rumah ada yang tak cukup, nak beli 'on-line' susah juga sebab dekat kawasan rumah ni tak benarkan penghantar naik ke atas rumah dan kami kena turun untuk ambil. Jadi kami terpaksa berjimat sementara waktu. Kadang-kadang Cik Jah jiran sebelah yang bantu belikan apa-apa, segan sebenarnya tapi nak buat macam mana kan?

Beberapa hari ini, kami lalui kuarantin seperti biasa. Setiap hari Emak sediakan makanan untuk kak long dan hantar depan pintu bilik. Kemudian lepas Kak Long selesai makan, Momi akan ambil pinggan yang Kak Long gunakan dan basuh. Kami sanitize satu rumah setiap hari dan setiap kali kaklong keluar masuk bilik ke tandas. 

Hari isnin, emak dah mula mengadu macam tiada deria bau dan rasa. Serius masa ni sangat risau. Harapnya emak takde pape,sebab emak tak demam dan pening. Ada sikit rasa batuk dan selsema. Buat masa ini kami amalkan minum lemon dan makan vitamin setiap hari.

Simptom COVID-19 Bermula

Pagi tu seperti biasa Momi duduk di meja makan di ruang tamu dengan emak untuk sarapan pagi. Dalam masa tu, dah rasa lain macam. Macam seram sejuk pon ada. Dalam hati macam "Eh, nak demam ke ni?"tapi tak fikir sangat dan anggap benda biasa. Petang tu, lepas dah lama duduk main game tiba-tiba suhu badan naik. Terus masuk bilik dan baring berselebung sebab masa ni takde peluh tapi sejuk sangat. "Memang sah lah aku demam" cakap dalam hati. Dari petang sampai malam, suhu badan tak turun-turun, memang panas. Makan panadol pon sama je.

Suhu badan turun sikit, tiba-tiba selsema tiba bersama batuk. Masa ni dah rasa pelik, beberapa simptom COVID-19 dah ada dalam diri. Bila petang, suhu badan naik semula, selsema dan batuk berterusan. Tekak dah rasa tak selesa, rasa perit. Kali ini Momi tak selebung, cuma tutup kipas dan baring. It's all I can do buat masa ini. Hari ini rasanya memang baring je. Makan dan minum masih ada rasa lagi. 

Suhu badan dah turun semula. Panas di badan kurang sikit. Yang peliknya takde pening kepala sangat. Masa ini deria rasa dan bau sudah mula tiada. Hati semakin risau. Rasa memang dah hidap Covid-19. Cuma belum diyakinkan lagi dengan test. Dua hari ini suhu badan memang naik menjelang malam. Nasib baik masih boleh lagi bernafas dengan baik walaupun selsema. Bab deria rasa dan bau tu, memang redha je la apa sahaja yang ada Momi makan, sebab ramai nasihatkan untuk makan walaupun takde selera atau deria rasa. Masa makan tu Momi bayangkan sahaja rasa makanan tersebut haha. 

At this point, akhinya kawasan rumah Momi dah benarkan penghantar barang menghantar barang sampai depan rumah. Jadi Momi beli beberapa barang online seperti Oksimiter, Ubat batuk dan beberapa barang lain.

Suhu Badan Turun Naik & Test Kit Kali Ke-2

Seperti biasa, suhu badan turun. Masa ini Momi buat keputusan untuk buat satu lagi test kit, untuk pastikan Momi positif atau tidak. Setelah selesai, Momi masih negatif. Pelik sebab simptom-simptom yang ada sudah lengkap, tapi masih negatif. Pada hari yang sama, Momi cuba bertanyakan dekat kawan office kalau ada tak servis swab test di rumah.

Momi hubungi orang tu buat temujanji swab test RT-PCR pada Rabu, 11 Ogos 2021. Oleh disebabkan rumah kami tiada kenderaan, kami terpaksa buat swab dirumah. Terima kasih Abadik sebab bantu kami dari segi kewangan. Pada hari isnin, suhu badan sudah mula turun dan selsema sudah berkurangan. Tekak masih sakit, masih batuk dan masih tiada deria bau dan rasa. 

Hari Swab Test & Keputusan Swab Test

Pukul 10:00 pagi, orang buat swab test datang dan sesi swab test bermula. Beliau sangat lengkap berpakaian seperti di tempat swab test dan sangat ramah orangnya. Keputusan swab test dijangka dapat tahu dalam masa 24 jam. Jadi kami sekeluarga bersiap sedia sebarang kemungkinan. Tepat jam 10:36 malam, Momi terima WhatsApp dari orang swab test menyatakan Momi dan adik disahkan positif COVID-19 sementara Emak dan Kak Long negatif. Pada hari tu juga, Momi umumkan di media sosial mengenai hal ini. Momi dan adik terus kuarantinkan diri dalam bilik masing-masing.

Kuaratin 10 Hari Bermula

Hari kuaratin rasmi untuk Momi sudah bermula di dalam bilik. Sebelum ini Momi okay je, tapi lepas dapat tahu positif COVID-19 siapa je tak sedih. Hampir setahun lebih Momi elak tempat awam, naik kenderaan dan macam-macam lagi, akhirnya terkena juga. Masa ini Momi terima banyak kata-kata semangat, nasihat, tips dan banyak lagi ucapan dari kawan-kawan di media sosial. 

Setiap hari Momi akan makan dua kali sehari sebab malas nak susahkan emak. Waktu siang Momi akan makan roti telur dan minum air suam sahaja. Untuk makan malam, ikut apa sahaja yang emak masak . Yang penting ada nasi. Alhamdulillah dalam masa beberapa hari ini, ramai yang datang membantu memberi bantuan makanan. Terima kasih sangat-sangat.

Selain itu, setiap hari Momi juga akan diberi minum air lemon dan makan vitamin C. Kebanyakkanya adalah minum air suam. Sehingga hari ini, 16 Ogos 2021 simptom demam, selsema, batuk dan sakit tekak sudah tiada. Mungkin kerana Momi sudah lengkap dua dos vaksin, jadi sakit yang dialami tidak teruk. Tinggal hanya deria rasa dan bau sahaja. Harap deria bau dan rasa ini kembali segera sebab macam-macam rasa dah nak makan ni haha!

------

Terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang selalu mesej Momi tanyakan khabar dan progress kesihatan Momi. Beberapa hari lagi Momi dah nak habis waktu kuaratin 10 hari dan tak sabar nak kembali pergi kerja seperti biasa. Terima kasih sekali lagi, semoga kita semua dijauhkan dari penyakit merbahaya ini. Jangan lupa ambil vaksin ya guys! Terima kasih kerana membaca kisah ini dan Momi kongsikan untuk diri sendiri juga pada masa akan datang. Jumpa lagi di entri seterusnya. Assalamualaikum.

Lirik Lagu Black Hanifah - Pondok Usang

Lirik Lagu Black Hanifah - Pondok Usang | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah lagu baru dari Black Hanifah yang berjudul "Pondok Usang"Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Nyawa Black, Mohd Gadafi dan dikeluarkan oleh Nyawa Black MusicLagu Black Hanifah ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 13 Ogos 2021.  

Jom dengarkan lagu baru dari Black Hanifah. Enjoys!

Lirik Lagu Black Hanifah - Pondok Usang
Komposer : Nyawa Black, Mohd Gadafi
Penulis Lirik: Nyawa Black
(P) 2021 Nyawa Black Music

Disepi Malam Aku
Duduk Dipondok Usang
Mencari Damai Hati
Mencari Damai Hati

Kasihmu Ada Tapi
Aku Masih Tercari Cari
Hadirkanlah Pada Diriku Kekasih
Hadirkanlah Wahai Kekasih

Di Pondok Usang Ku Tanya Lagi Langit Malam
Adakah Aku Jauh Darimu
Ternyata Engkau Dekat Padaku Tapi Ku Kabur Melihatmu
Oh Kekasih

Oh Wahai Langit Malam 
Sampaikan Rinduku
Ku Masih Merasa Kasihnya
Meskipun Ia Dekat Padaku Tapi Ku Kabur Melihatmu
Oh Kekasih

Ohh

Disepi Malam Aku Duduk Di Pondok Usang
Mencari Damai Hati

Lagu Baru Melayu 2021 | Single Black Hanifah 2021 | Lirik Lagu Black Hanifah Mp3 |  Lirik Lagu Black Hanifah Download | Lirik Lagu Black Hanifah Mp3 

Bayu Sutera, Kediaman Moden dan Kontemporari Yang Selesa Untuk Anda

Bayu Sutera, Kediaman Moden dan Kontemporari Yang Selesa Untuk Anda | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Pastinya kita mengimpikan sebuh rumah idaman yang moden dan selesa. Momi nak kongsikan kepada anda mengenai rumah yang dilancarkan dari Matrix Concepts iaitu Bayu Sutera. Projek terbaru ini akan dilancarkan pada bulan Ogos 2021 dan Bayu Sutera dijangka akan siap dibina pada November 2022 dengan 325 unit rumah. 

Mengapa Anda Perlu Memiliki Rumah Di Bayu Sutera?

Untuk pengetahuan anda, harga kemasukan untuk Bayu Sutera adalah rendah dan Harga SPA bermula dari RM 529,999 dengan bayaran tempahan RM 1,000.. Harga Ansuran pula bermula RM1,900++. Ia sangat berbaloi kerana ia berdekatan dengan institusi pendidikan, hab perniagaan, penubuhan komersial dan banyak lagi. Ada dua jenis rekaan rumah yang anda boleh pilih iaitu 'Celyn (Type-A)' dan 'Celyn (Type-B)' yang masing-masing mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. 

Di Bayu Sutera, anda akan dapat menikmati kemudahan rekreasi untuk gaya hidup sihat yang terdapat di sekitar kawasan perumahan seperti X-park Sendayan, Carnelian Park, S2 HillPark dan S2 City Park. Jadi mudah untuk anda seisi keluarga dan rakan-rakan mengamalkan gaya hidup sihat bersama. Selain itu, ia juga berdekatan sekolah seperti SMK Bandar Baru Sri Sendayan, SJK (T) Bandar Sri Sendayan, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan Matrix Global Schools yang menyasarkan untuk mereka yang merancang untuk mendaftar anak ke sekolah tersebut. 

Antara kelebihan lain yang anda akan dapat ialah Keahlian D’Tempat Country Club secara percuma selama 5 penggal. Di D’Tempat Country Club, anda bakal menikmati pelbagai kemudahan yang menarik seperti kolam renang, kolam renang kanak-kanank dengan tempat permainan dan gelongsor air, gelanggang badminton indoor, gelanggang tennis indoor, bowling, gimnasium dan banyak lagi. Anda juga boleh ke pusat membeli belah berdekatan seperti Sendayan Merchant Square, Mydin S2, AEON Mall S2, Tesco S2 dan banyak lagi. 

Menarik kan? Jadi tunggu apa lagi. Jika anda berminat dengan Bayu Sutera anda boleh hubungi Matrix Concepts di talian 1800882688 dan layari https://bayusutera.com/blogspot/.

Lirik Lagu Zynakal, Dayang Nurfaizah - Sayang Aku Tanya Apa Khabar 

Lirik Lagu Zynakal, Dayang Nurfaizah - Sayang Aku Tanya Apa Khabar | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah lagu baru dari Zynakal dan Dayang Nurfaizah yang berjudul "Sayang Aku Tanya Apa Khabar"Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Zaynakal, Suneo, Chaan dan dikeluarkan oleh Universal Music Sdn. Bhd. dan Def Jam Recordings MalaysiaLagu Zynakal dan Dayang Nurfaizah ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 6 Ogos 2021.  Lirik video "Sayang Aku Tanya Apa Khabar" juga dikeluarkan pada 6 Ogos 2021 di saluran YouTube Def Jam Malaysia.

Jom dengarkan lagu baru dari Zynakal & Dayang Nurfaizah. Enjoys!

Komposer : Zaynakal, Suneo, Chaan
Penulis Lirik: Zaynakal
(C) 2021 Universal Music Sdn. Bhd. & Def Jam Recordings Malaysia

[Zaynakal]
Sayang Aku Tanya Apa Khabar
Sumpah Diri Ini Rindu
Sumpah Sebenarnya Ku Tak Sabar
Nak Bersama Macam Dulu Dulu

Tapi Apakan Daya
Ini Semua Takdir
Tapi Aku Percaya
Ini Cepat Berakhir

Hanya Mampu Berdoa
Walau Dizaman Akhir
Dah Terjadi Ternyata
Jadi Sendiri Fikir

[Dayang Nurfaizah]
Aku Terima Semua
Ku Tunggu Walau Apa Jua
Ku Tunggu Walau Engkau Lama

Sayang Aku Tanya Apa Khabar
Sumpah Diri Ini Rindu
Sumpah Sebenarnya Ku Tak Sabar
Nak Bersama Macam Dulu Dulu

Dari Apa Ku Tahu
Ku Tak Pernah Menipu
Apa Yang Dah Berlaku
Biarkan Berlalu

Jangan Tinggalkanku
Kau Tahu Ku Tak Mampu
Tanpa Dirimu Aku Hilang
Dan Aku Dah Tak Sanggup

[Zaynakal]
Tak Mengapa Kita Jauh Ada Makna
Tuhan Cuba Uji Kekuatan Setia
Masa Depan Jangan Teka Jangan Sangka
Baik Buruk Dunia Harus Terima

[Dayang Nurfaizah]
Sayang Aku Tanya Apa Khabar
Sumpah Diri Ini Rindu

[Zaynakal]
Sumpah Sebenarnya Ku Tak Sabar

[Zaynakal & Dayang Nurfaizah]
Nak Bersama Macam Dulu Dulu

Lagu Baru Melayu 2021 | Single Zynakal, Dayang Nurfaizah  2021 | Lirik Lagu Zynakal, Dayang Nurfaizah  Mp3 |  Lirik Lagu Zynakal, Dayang Nurfaizah  Download | Lirik Lagu Zynakal, Dayang Nurfaizah  Mp3 

Tonton Episod Penuh Kanvas (2021) TV2

Tonton Episod Penuh Kanvas (2021) TV2 Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Drama bersiri terbaru di TV2 'Kanvas' diarahkan Amirul Fadhli (Nusantara Seni Karya Sdn Bhd) oleh dan dibintangi oleh Adam Lee, Ruhainies, Ika Nabella, Dato Sri Eizlan Yusof, Emelda Rosemila dan Yuna Rahim. Drama bersiri thriller romantik ini  merupakan drama adaptasi novel karya Ayumi Syafiqah.

Sinopsis Kanvas (2021)
Bagi Ed, melukis adalah jiwanya. Cuma lukisannya bukan lukisan biasa-biasa. Lukisan dia 'hidup' hingga menyebabkan orang sekeliling takut dengannya. Ed tidak ambil kisah dengan pandangan orang lain asalkan hidup dia tenang. Tapi, apabila salah satu lukisannya tiba-tiba jadi nyata, ketenangannya mula berkocak.

Bagi Kara, hidupnya bahagia bersama ayah yang penyayang dan teman lelaki idaman ramai. Namun, segalanya musnah kerana sebuah tragedi. Tragedi yang buat dunia Kara dan Ed bertembung. Mereka mula mencari jawapan kepada setiap misteri dan persoalan. Persoalan yang tiada sesiapa tahu jawapannya dan misteri yang tiada sesiapa pun pasti penyelesainnya. (sumber: myinfotaip)

Tonton Episod Penuh Kanvas (2021) TV2

Kanvas (2021) bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 8:00 malam di TV2 bermula 3 Ogos 2021. Kalau anda terlepas episod kat TV, anda boleh tengok dekat RTMKlik atau download aplikasi RTMKlik, cari button RTMKlik, mesti ada! Momi akan update link bila sudah sedia ya. Enjoys guys!

Senarai Episod Kanvas 2021*

Episod 1 Kanvas
Episod 2 Kanvas
Episod 3 Kanvas
Episod 4 Kanvas
Episod 5 Kanvas
Episod 6 Kanvas
Episod 7 Kanvas
Episod 8 Kanvas
Episod 9 Kanvas
Episod 10 Kanvas
Episod 11 Kanvas
Episod 12 Kanvas
Episod 13 Kanvas
Episod 14 Kanvas
Episod 15 Kanvas
Episod 16 Kanvas
Episod 17 Kanvas
Episod 18 Kanvas
Episod 19 Kanvas
Episod 20 Kanvas
Episod 21 Kanvas
Episod 22 Kanvas
Episod 23 Kanvas
Episod 24 Kanvas
Episod 25 Kanvas
Episod 26 Kanvas

* Tertakluk kepada perubahan semasa.
** Episod yang di'bold'kan , sudah boleh ditonton. :)