RAFZANTOMOMI.COM kini berusia 8 Tahun | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Pada tanggal 8 Jun 2020 yang lalu, Blog RAFZANTOMOMI.COM / IT'Z MOMI kini telah berusia 8 tahun. Alhamdulillah, walaupun sudah 8 tahun, Momi masih lagi aktif berblogging. Dalam masa 8 tahun aktif sebagai Blogger, Momi rasa seronok sebab dapat update beberapa entri yang mostly ke arah info untuk makanan & hiburan seperti lirik lagu, wayang terkini dan banyak lagi. 

Kalau kita tengok sekarang, kebanyakkanya sudah beralih ke media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram, TikTok dan macam-macam lagi tetapi blog masih lagi menjadi pilihan untuk carian di Google. Alhamdulillah, walaupun update blog jarang-jarang buat masa ini, masih ada lagi jenama-jenama yang ingin menggunakan blog Momi sebagai plaftrom mempromosikan produk mereka. Terima kasih sangat-sangat.

Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan dan kenalan yang sentiasa menyokong apa yang Momi buat selama ini. Momi akan terus berblogging, terus 'renew' domain (haha!) dan kongsi info untuk para pembaca Blog Momi. Sokongan anda semua amatlah saya hargai. Jangan lupa, jaga diri dimusim pandemik dimana jua anda berada. Sayang semua! 

xoxo,
Momi
12.6.2020

RAFZANTOMOMI.COM kini berusia 8 Tahun

June 08, 2020
10 Single Terbaik Twice
10 Single Terbaik Twice (Sumber Foto : Twitter TWICE)

10 Single Terbaik TWICE | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Hari ini 1 Jun 2020, merupakan hari release-nya EP atau mini-album kesembilan (9) dari kumpulan TWICE iaitu "MORE & MORE". Memandangkan Momi juga peminat tegar dan sering mengikuti perkembangan TWICE, tiba-tiba rasa nak buat entri untuk 'comeback' mereka kali ini. Jadi sempena release mini album hari ini, Momi nak kongsikan 10 Single Terbaik Twice Pilihan Momi. Jom check this out!

10 Heart Shaker (2017)

09 Candy Pop (2018)

08 Yes or Yes (2018)

07 Dance The Night Away (2018)

06 Feel Special (2019)

05 Like Ooh-Ahh (2015)

04 Fancy (2019)

03 Cheer Up (2016)

02 Likey (2017)

01 TT (2016)

Jadi itulah dia 10 buah lagu (single) pilihan Momi. Layan tak? hehe/ Jangan lupa nantikan 'comeback' terbaru dari TWICE pada pukul 5:00 petang ini (Malaysia). TWICE kembali dengan mini-album ke-9 "MORE & MORE", yang menampilkan 7 buah lagu baru termasuk single "More & More". Enjoys!

TWICE - MORE & MORE Music Video

10 Single Terbaik TWICE

June 01, 2020
Marrybrown Egg-stra Padu - Hidangan Telur Masin Yang Istimewa

Marrybrown Egg-stra Padu - Hidangan Telur Masin Yang Istimewa | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Momi. Haa.. Ramadan sudah berlalu, kini Syawal menjelma. Begitu juga dengan Marrybrown, promosi bulan puasa sudah berlalu, kini muncul pula set hidangan terbaru iaitu Marrybrown Egg-stra Padu Salted Egg (Telur Masin). Apa yang menariknya set menu ini? Mari Momi kongsikan.

Hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Marrybrown yakin bahawa sos telur masin mereka akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan mereka tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini. Dengan itu, Marrybrown kembali dengan memperkenalkan menu terbaru dengan gabungan Telur Masin yang menyajikan dua pilihan iaitu Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan dengan sos Telur Masin yang padu!

Untuk promosi Telur Masin ini, anda mempunyai dua pilihan yang enak untuk dicuba iaitu Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari dan Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad. Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewabersama daun kari yang beraroma,sesuai dengan cita rasa tempatan. Kedua-dua hidangan kombo dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan.

Salted Egg Burger

Salted Egg Ayam

Harga Set Combo Marrybrown Egg-stra Salted Egg
Berikut adalah harga untuk kedua-kedua hidangan Marrybrown Egg-stra Padu Salted Egg : 

Salted Egg Burger
  • Bermula daripada RM15.00
Salted Egg Ayam
  • 2 ketul : Bermula daripada RM15.90
  • 3 ketul : Bermula daripada RM18.80

Haa menarik kan hidangan Marrybrown Egg-stra Padu Salted Egg ini. Untuk pengetahuan anda,  Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. Terbaiklah!

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari media sosial mereka di Facebook, Instagram dan YouTube. Untuk perkhidmatan 'delivery' sila layari lama web Marrybrown Delivery. Enjoys!

May 31, 2020
Senarai Lagu Melayu Mei 2020
Senarai Lagu Melayu Mei 2020

Senarai Lagu Melayu Mei 2020 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Peminat lagu melayu pasti menantikan lagu-lagu terbaru untuk tahun 2020. Untuk Mei 2020 ini menampilkan lagu baru dari ramai artis Melayu seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza dan ramai lagi. Berikut adalah senarai lagu melayu bagi Mei 2020 :

1. Dato' Sri Siti Nurhaliza - Basyirah

Senarai Lagu Melayu Mei 2020

2. Floor 88 - Ke Sana Ke Sini

Senarai Lagu Melayu Mei 2020
LIRIK | VIDEO

3. Sufi Rashid, Ara Johari, Usop, LOCA B - Senyuman Raya

Senarai Lagu Melayu Mei 2020
LIRIK | VIDEO

4. Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Fara Hezel, Fieya Julia - Suasana Hari Lebaran

Senarai Lagu Melayu Mei 2020
LIRIK | VIDEO

5. Kidd Santhe, Lil J, Bunga - Kampung Aku Lit

Senarai Lagu Melayu Mei 2020
LIRIK | VIDEO

6. Zamani - Syawal Ini

Senarai Lagu Melayu Mei 2020
LIRIK | VIDEO
 
7. Achey - Syawal Kita 

Senarai Lagu Melayu Mei 2020
LIRIK | VIDEO

8. Baby Shima, Floor 88 - Tak Dapat Raya Lagi 

Senarai Lagu Melayu Mei 2020
LIRIK | VIDEO

9. YonnyBoii - Aku Itu Aku

Senarai Lagu Melayu Mei 2020
LIRIK | VIDEO

10. MASDO - Hari Inikan Hari Raya

Senarai Lagu Melayu Mei 2020
LIRIK | VIDEO

Bila ada 'new release' nanti Momi kemaskini senarai lagu melayu pada Mei 2020. Untuk melihat senarai lagu melayu 2020 mengikut bulan, anda boleh lihat disini. Enjoys!

May 28, 2020
Jom Raya Secara Sihat Dengan Kismis California

Jom Raya Secara Sihat Dengan Kismis California | Bagaimana Ramadan anda? Alhamdulillah. Kita berjaya menghabiskan 30 hari berpuasa di Bulan Ramadan. Sekarang kita dalam bulan Syawal, iaitu bulan raya. Jadi semasa raya ini pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikkan berat badan secara mendadak di musim perayaan ini. Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini. Momi akan kongsikan kepada anda perkongsian dari pakar dietation Nurul Aziah Musa.

Pakar dietation, Nurul Aziah Musa.

Berikut adalah garis panduan yang boleh diamalkan :
  1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
  2. Pilih makanan yang sihat
  3. Pilih makanan yang tinggi serat
  4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak
  5. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencucimulut
  6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam 
  7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis-gula

Perancangan menu untuk tetamu yang bakal hadir di rumah juga hendaklah diberikan perhatian untuk memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur-sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.

Kismis California adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis California adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah dan profesional yang mahukan  kaedah cepat dam mudah untuk membuat sendiri juadah makanan.

Antara sumber pilihan makanan sihat yang boleh disediakan untuk juadah Hari Raya adalah daripada buah-buahan kering seperti Kismis California. Kismis California merupakan sumber makanan yang manis secara semulajadi. Seperti yang ditekankan melalui slogan “Sweet Naturally”, Kismis California tiada gula tambahan dan ianya merupakan antara kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu dan mematuhi standard penghasilan yang tinggi.

Menjadi makanan ringan yang sihat dengan kemanisan semula jadi bermakna Kismis California dapat digunakan sebagai pengganti gula untuk banyak resipi termasuk roti dan kek.

Kismis California adalah contoh snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikan-nya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati.

Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda. Oleh itu, anda harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan. 

Resipi Puding Roti Kismis California dan Sos Kastad

Puding Roti Kismis California & Sos Castard

Bahan-bahan Puding Roti
  • 4 sudu besar Kismis California
  • 2 sudu makan mentega dicairkan
  • 8 keping roti sandwich
  • 500 ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
Sos Kastard
  • Susu segar 400 ml
  • Air 50 ml
  • 1 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan tepung kastard

Cara Penyediaan Puding Roti : 
  1. Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas
  2. Tambah 3 biji telur
  3. Masukkan mentega yang dicairkan
  4. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
  5. Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
  6. Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti
  7. Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
  8. Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi
  9. Taburkan Kismis California
  10. Bakar selama 30 – 35 minit, pada suhu 160 Celcius
Cara Penyediaan Sos Kastard : 
  1. Tuangkan susu segar
  2. Masukkan air
  3. Tambah gula
  4. Tambah tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul
  5. Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api

Puding roti dan sos kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang sihat dan berkhasiat.

Dadih Dengan Sos Mangga dan Kismis California

Bahan Dadih
  • 2 cawan air
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 litre susu segar
  • 3 sudu makan gula perang

Sos Buah Mangga dan Kismis California
  • 3 sudu besar Kismis California
  • 1 biji mangga dipotong kiub
  • ½ biji mangga pureed

Cara Penyediaan Dadih
  1. Panaskan air dan masukkan serbuk agar-agar hingga larut dan mendidih
  2. Masukkan susu segar dan gula
  3. Apabila sudah mendidih tutup api
  4. Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk
  5. Masukkan ke dalam peti ais 

Cara Penyediaan Sos Buah Mangga
  1. Kisar mangga hingga menjadi pureed
  2. Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib

Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web Raisins.

Makan Secara Sihat, Resepi Kehidupan Sihat.

May 23, 2020