Moira Dela Torre, Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Tahu tak, 20 April ini seorang penyanyi dari Filipina akan mengadakan konsert World Tournya di Kuala Lumpur? Penyanyi tersebut ialah Moira Dela Torre yang merupakan penyanyi terkemuka di Filipana. Yang Buat MOMI teruja ini adalah pertama kali bersua muka dengan Moira Dela Torre dan hentian pertama World Tour beliau. | Moira Dela Torre, Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Moira Dela Torre, Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024
Moira Dela Torre, Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024


Sidang Media Moira Dela Torre World Tour 2024 In Kuala Lumpur

Baru-baru ini bertempat di Moxy Sky Bar Putrajaya telah berlangsungnya sebuah sidang media penyanyi Filipina, Moira Dela Torre yang turut dihadiri oleh rakan-rakan media anjuran Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment. Moira Rachelle Bustamanre Dela Torre, artis terkenal Filipina kini berada di Malaysia untuk sebuah sesi jelajah yang pertama dan memilih Malaysia sebagai lokasi yang pertama. 

10 lokasi telah dipilih untuk Moira World Tour 2024 dan memilih Malaysia sebagai lokasi pertamanya, dia berpendapat yang bahasa Melayu dan Tagalog tidak banyak beza dan suka dengan budaya yang ada di Malaysia.

Moira Dela Torre, Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024
Moira Dela Torre, Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Idola dan pujaan hati Filipina ini akan mengadakan konsert yang pertamanya bertempat di The Exchange Hall, Kuala Lumpur pada 20 April, pada jam 8 malam. Konsert ini juga menampilkan artis jemputan dari Filipina iaitu TJ Monterde. Lebih kurang 20 buah lagu yang akan dinyanyikan pada konsert yang berdurasi lebih dari 90 minit itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat baik dari Filipina dan juga serata Asia.

Tiket mula dijual pada awal bulan Januari 2024 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan hanya dijual dengan dua harga sahaja iaitu RM333 dan juga VIP RM555.

Lokasi Moira World Tour 2024

Berikut merupakan senarai jelajah ke destinasi seterusnya bagi MOIRA WORLD TOUR 2024 :

Moira Dela Torre, Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024
Moira Dela Torre, Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

MALAYSIA
April 20 - Kuala Lumpur

USA
May 18 - San Fransisco, California May 19 - Los Angeles, California May 24 - Washington State May 25 - Pala, California Jun 01 - Stafford, Texas

CANADA
Jun 07 - Red Deer, Alberta Jun 09 - Ontario, Toronto Jun 15 - Saskatchewan Jun 22 - Montreal, Quebec

MOIRA WORLD TOUR 2024 ini kerjasama bersama Rakan Radio Rasmi; Hitz, Rakan Tiket Rasmi; Livepass, Rakan E-Hailing Utama; Air Asia Ride dan konsert ini dipromosikan oleh Banyak Bagus Entertainment. Lokasi sidang media telah diadakan khas di Moxy Sky Bar, Moxy Hotel Putrajaya.

Mengenai Moira Dela Torre

Artis wanita berdarah seni yang cantik jelita ini berasal dari Olongapo, Filipina telah memulakan perjalanan seninya sebagai seorang penyanyi lagu runut bunyi, lagu tema iklan (jingle) dan kini sedang menempa nama di peringkat antarabangsa.

Segalanya bermula pada tahun 2013, di mana Moira telah terpilih sebagai seorang peserta The Voice of the Phillipines, Moira telah melancarkan EP yang pertama dan kini telah memenangi pelbagai anugerah sehingga kini. "Most Streamed Filipina Artist" Selama Tujuh tahun berturut-turut dan ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat Moira.

Moira Dela Torre, Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024
Moira Dela Torre, Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Setelah menempa nama di Filipina, kini nama Moira telah meniti di bibir peminat antarabangsa menerusi lagu-lagunya yang dicita sendiri selama lebih dari 10 tahun.Berjuta perhatian dari peminat antarabangsa, kini lagu-lagu Moira telah mencecah lebih 1 Billion stream di aplikasi penstriman muzik Spotify.

Terima kasih Moira Dela Torre kerana memilih Malaysia sebagai hentian pertama World Tour 2024. Jangan lupa dengarkan lagu-lagu Moira Dela Torre okay! 


Post a Comment

0 Comments