Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445H


Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Syukur Alhamdulillah, pejam celik sekali lagi kita bertemu lagi dalam bulan yang penuh keberkatan dan kebaikan iaitu bulan Ramadan. Pada 10 Mac 2024 telah diumumkan bahawa 1 Ramadan 1444H jatuh pada Selasa, 12 Mac 2024. Tahun ini memang sedikit sibuk dan macam-macam benda nak selesaikan sebelum Hari Raya. Bagaimana dengan persiapan bulan Ramadan anda? Sudah bersedia?

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445H
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445H 


Ucapan Ramadan 1445H

Di kesempatan ini MOMI ingin mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog MOMI tidak kira dimana jua anda berada. MOMI nak minta maaf kepada anda semua sekiranya ada terkasar bahasa atau sebagainya. Semoga Ramadan ini memberi kita hidayah dan petunjuk untuk menjadi lebih baik dan menjadi insan yang lebih mulia. In sha Allah. 

Macam mana persiapan puasa korang tahun ni? Awal-awal puasa mesti ramai diantara kita yang berpuasa dan berbuka bersama keluarga. Mesti ada jugak yang save video Khairul Aming nak cuba menu berbuka puasa hehe. Untuk korang yang pulang ke kampung halaman tu berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman atau ke destinasi yang ingin di tuju. Jangan lupa bangun sahur, niat puasa, niat berbuka, bayar zakat, solat tawarikh dan perbanyakkan amal ibadah dibulan yang mulia ini hehe. Jaga diri ya semua.

Niat Puasa

Bulan Ramadan ini, jangan lupa niat puasa tau. Ni ada lafaz niat puasa harian dan puasa sebulan : 

Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadan 


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bacaan Rumi Niat Puasa Harian : Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 
Maksud Niat Puasa Harian : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadan 


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bacaan Rumi Niat Puasa Sebulan : Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
Maksud Niat Puasa Sebulan : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 


Salam Ramadan guys!



Post a Comment

0 Comments