Koleksi Larrie Terbaru Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024


Inilah masanya untuk melaram di hari raya ini. Rakam detik istimewa bersama koleksi Larrie Hari Raya 2024 sepanjang Aidilfitri ini. Larrie dengan bangganya memperkenalkan koleksi Hari Raya 2024. Untuk koleksi kali ini, Larrie membawakan konsep elegan, moden dan santai dengan menampilkan pelbagai himpunan warna seperti hitam, coklat, beige, taupe dan merah jambu. Semua warna versatil ini boleh disuai pakai dengan pelbagai jenis pakaian untuk perayaan Aidilfitri akan datang. | Koleksi Larrie Terbaru Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Koleksi Larrie Terbaru Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024
Koleksi Larrie Terbaru Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024


Koleksi ini merangkumi pelbagai gaya yang sesuai untuk setiap lapisan umur yang berbeza. Terdiri daripada tema formal hingga untuk tampil lebih santai, koleksi yang pelbagai ini sesuai untuk digayakan pada sepanjang musim perayaan ini. Menariknya lagi, pelanggan akan menerima beg tote Larrie secara percuma dengan pembelian minimum RM100 dalam satu resit. Tote yang pelbagai guna ini adalah iringan yang sempurna untuk koleksi kasut Larrie. 

Koleksi Larrie Terbaru Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024
Koleksi Larrie Terbaru Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Larrie For Him 

Untuk koleksi Hari Raya 2024, Larrie memperkenalkan segmen “For Him" yang menampilkan gabungan gaya kasut formal dan kasual dengan membawa warna asas seperti hitam, putih, coklat, dan taupe. Kasut Larrie berwarna hitam sesuai dan kelihatan elegan apabila digandingkan bersama baju melayu di pagi raya, manakala kasut Larrie berwarna putih, coklat, dan taupe lebih kasual sekiranya dipadankan bersama jeans dan kurta, memberikan si pemakai kelihatan santai untuk berkunjung ke rumah rakan dan taulan. Tidak dinafikan, lelaki akan memilih kasut Larrie untuk Hari Raya kerana ia menawarkan pilihan, keselesaan dan boleh dipakai secara formal mahupun santai. 

Koleksi Larrie Terbaru Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024
Koleksi Larrie Terbaru Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Larrie For Her

Bagi wanita yang mengutamakan keanggunan serta mereka yang cenderung kepada fesyen kasual, raya kali ini Larrie memperkenalkan koleksi yang menarik untuk mereka. Menariknya, Larrie menampilkan pelbagai jenis kasut tumit dan kasual, sesuai untuk wanita yang ingin tampak anggun dan lebih moden. 

Koleksi “For Her” juga diperkenalkan buat mereka yang memilih kesederhanaan dan mengutamakan keselesaan bagi dipadankan bersama pelbagai gaya baju kurung. Koleksi ini terdiri daripada warna asas seperti hitam, putih, kuning air dan merah jambu. Tahun ini, Larrie menggabungkan elemen keanggunan dan keselesaan pastinya menjadi pilihan wanita untuk bergaya menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Koleksi Larrie Terbaru Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024
Koleksi Larrie Terbaru Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Maklumat Lanjut

Koleksi baharu ini kini boleh didapati di semua pusat membeli-belah terkemuka di seluruh negara. Harga bermula dari RM49.00 hingga RM179.00. Untuk maklumat lanjut produk dan tips fesyen terkini, log masuk ke http://www.facebook.com/larrie78 atau layari www.larrieshoes.com.


Post a Comment

0 Comments