Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur

Nak dekat seminggu dah kita berpuasa. Tengah cari tempat berbuka puasa ke tu? Untuk anda yang sedang mencari tempat makan menarik untuk berbuka puasa nanti terutamanya yang berada di sekitar Bangsar dan Kuala Lumpur. Untuk berbuka puasa kali ini, why not berbuka puasa dekat The Pearl Kuala Lumpur. Anda bakal menikmati pelbagai jenis juadah berbuka puasa yang disediakan oleh The Pearl Kuala Lumpur - Bufet Ramadan di Kuala Lumpur. Mari MOMI kongsikan apa yang menarik untuk berbuka puasa dekat sini nanti. | Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur

Info Mengenai Bufet Ramadan Di The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan Kuala Lumpur di MELO Cafe & Deli, The Pearl Kuala Lumpur ini bermula dari 14 Mac 2024 hingga 7 April 2024. Bufet Ramadan yang bertemakan 'Sajian Warisan Nusantara' ini menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang menampilkan sajian yang pasti melengkapkan hidangan waktu berbuka puasa anda bersama yang tersayang. MELO Cafe & Deli disahkan Halal mengikut konsep Shariah Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Antara kemudahan yang disediakan semasa anda berbuka puasa di The Pearl Kuala Lumpur ialah surau disediakan di tingkat 8 untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih bersama imam jemputan bagi mengetuai Solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini. Melo Café & Deli mempunyai kapasiti tempat duduk sehingga 200 orang manakala ballroom kami mampu memuatkan sehingga 1000 orang pada satu-satu masa.

Di samping menikmati keenakan juadah Ramadan yang menambat selera anda, The Pearl Kuala Lumpur juga akan memberikan pelbagai baucar membeli-belah kepada anda daripada pelbagai jenis jenama dan servis yang terdapat di Pearl Shopping Gallery dan Pearl Point Shopping Mall seperti Jaya Grocer, Watsons, Nando’s, Old Town, Home’s Harmony, Tealive, Gong cha, HWC Coffee, Breadstory, BeauMedic, Eye Cube, Signature Optical, Anytime Aroma, La Gourmet, Hope Salon, Sen Space dan Fat Cat Cafe. Kesemua baucar ini akan diberikan secara rambang sepanjang bulan Ramadan.

Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur

Acara kemuncak pastinya hadiah cabutan bertuah yang menanti anda, Bagi setiap pembelian baucar Ramadan anda layak untuk tersenarai bagi acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama RM5000 tunai! Pengumuman cabutan bertuah akan diadakan pada 8 April 2024.

Hadiah Utama : RM5000 tunai
Hadiah Kedua : RM3000 tunai
Hadiah Ketiga : RM1000 tunai 
3 Hadiah penginapan percuma - 2 hari 1 malam di bilik Premier
5 Hadiah penginapan percuma – 2 hari 1 malam di bilik Deluxe

Senarai Hidangan Bufet Ramadan Di The Pearl Kuala Lumpur

Lebih 100 pilihan hidangan yang bakal menjadi tumpuan di meja bufet The Pearl Kuala Lumpur terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan Antarabangsa. Antara menu 'highlights' yang anda boleh cuba seperti Kambing Panggang, Daging Rendang Tok, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Sup Tulang Rawan, Shawarma Ayam, Bubur Lambuk Ayam, Bubur Lambuk Daging dan macam-macam lagi.

Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur

Uniknya pada tahun ini adalah Bufet kami turut menyajikan pelbagai Aneka Gerai Ramadan yang pastinya memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di Bazar Ramadan. Antara Gerai Bufet Ramadan yang disediakan ialah Gerai BBQ, Gerai Satay Kajang, Gerai Kawah, Gerai Sup Berapi, Gerai Aneka Goreng, Gerai Sup Penang, Gerai Lemang Tok Wan, Gerai Bakar, Gerai Murtabak, Roti John dan Roti Canai serta Gerai Jagung Kukus Sekinchan.

Tak sah kalau makan tak cari pencuci mulut kan? Dekat ini ada pelbagai jenis pencuci mulut seperti Gerai Apam Balik Special, Waffle, Gerai ABC dan Cendol berpulut, Aneka Biskut Nostalgia serta Gerai pencuci mulut dan buah-buahan dan juga beberapa pilihan lagi untuk mereka yang gemarkan manisan. Tunggu apa lagi? Jom tempah cepat Bufet Ramadan di The Pearl Kuala Lumpur.

Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2024 - The Pearl Kuala Lumpur

Harga Bufet Ramadan Di The Pearl Kuala Lumpur

Bufet Ramadan Di The Pearl Kuala Lumpur bermula sepanjang bulan Ramadan 2024 iaitu dari 14 Mac 2024 hingga 7 April 2024 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga Bufet Ramadan Kuala Lumpur - The Pearl Kuala Lumpur adalah seperti berikut :

Harga Istimewa (14 Mac 2024 – 24 Mac 2024)

Dewasa - RM108+
Kanak-kanak (4-12 tahun) - RM68+
Warga Emas atau OKU - RM88+

Harga Biasa (25 Mac 2024 – 7 April 2024)

Dewasa - RM128+
Kanak-kanak (4-12 tahun) - RM78+
Warga Emas atau OKU - RM98+

Alamat The Pearl Kuala Lumpur

Berikut adalah alamat The Pearl Kuala Lumpur : 
5th Mile, 
Jln Klang Lama, 
58000 Kuala Lumpur

Untuk Tempahan Bufet Ramadan Di The Pearl Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut dan tempahan di The Pearl Kuala Lumpur, sila hubungi 016-331 8437, 016-331 8729, 011-1162 4462, 016-331 8795, 016-620 2070, atau 016-331 8794.

Carian : Bufet Ramadan 2024, Buffet Ramadhan 2024, Bufet Ramadan, Buffet Ramadhan, Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2024, Buffet Ramadhan Bangsar 2024, Buffet Ramadhan Hotel 2024, Buffet Dinner Sempena Ramadan 2024

Post a Comment

0 Comments