Malakoff Amazing Hunt 2023

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Malakoff Amazing Hunt 2023 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Malakoff Corporation Berhad buat julung-julung kalinya mengadakan "Malakoff Amazing Hunt 2023" yang berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 16 Disember 2023 lalu. Peserta berkumpul dari Plaza Sentral Kuala Lumpur seawal 7:00 pagi dan 'flagoff' bermula 8:00 pagi.

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Seramai 100 peserta (25 pasukan) yang mengambil bahagian dalam Malakoff Amazing Hunt 2023 ini. Mereka terdiri dari Kakitangan dari Malakoff Corporation Berhad dan Alam Flora Sdn Bhd, pihak berkepentingan Malakoff Corporation Berhad dan Alam Flora Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Malakoff dan media. 

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Penganjuran Malakoff Amazing Hunt 2023 ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan media, pihak berkepentingan dam kakitangan tentang penjenamaan semula Malakoff yang meliputi identiti jenama baharu Malakoff, tonggak perniagaan dan hala tuju perniagaan strategik ke arah ekonomi bulat dan masa depan yang lebih hijau. Selain itu, ia memupuk dan mengekalkan hubungan baik dengan peserta melalui acara tidak formal, program yang mendebarkan, dan bermaklumat.

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Konsep program ini adalah berasaskan cabaran mencari klu dari dalam kereta, bermula dari Plaza Sentral (Pejabat Ibu Pejabat Malakoff - Flag off) dan berakhir di Putrajaya. Soalan-soalan yang perlu dijawab dalam kereta adalah berdasarkan Malakoff (Malakoff Green Solutions (MGS), Malakoff Environmental Solutions (MES) & Malakoff Energy (ME) yang menggabungkan cabaran pendidikan, fizikal dan elemen penciptaan kandungan. Peserta berhenti di 3 lokasi selepas flag-off iaitu Bandar Baru Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya, di mana setiap kumpulan perlu ke pusat pemeriksaan dan tugas kitar semula di Fasiliti Informasi & Kitar Semula (FIKS) untuk tugasan terakhir dan hantar semua jawapan. 

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Acara terakhir Malakoff Amazing Hunt 2023 telah diadakan di Sunset Glashaus Marina Putrajaya. Majlis tersebut turut mendedahkan kesemua jawapan-jawapan kepada soalan Malakoff Amazing Hunt 2023 ini. Alhamdulillah, kumpulan My Jejak Rasa telah memenangi tempat pertama kategori Media. My Jejak Rasa terdiri daripada MOKA, Bebelan Cik Min, Dikbee dan Rafzan Tomomi. Terima kasih kepada Malakoff Corporation Berhad diatas penganjuran Malakoff Amazing Hunt 2023 ini. Semoga program seperti ini menjadi acara rasmi setiap tahun dan menggalakkan penyertaan orang ramai mengenai usaha Malakoff Corporation Berhad. 

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Mengenai Malakoff Corporation Berhad
Malakoff Corporation Berhad merupakan sebuah syarikat penjanaan tenaga multinasional dan penyelesaian alam sekitar yang dipacu lestari, Malakoff komited untuk meningkatkan kehidupan dan memperkayakan komuniti. Ia adalah Independent Power Producer (“IPP”) yang terbesar di Malaysia dengan kapasiti penjanaan 6,953 MW melalui loji haba di Malaysia dan kapasiti penjanaan 151 MW dalam Tenaga Boleh Diperbaharui. Menerusi anak syarikatnya, Alam Flora Sdn Bhd, Malakoff juga merupakan antara yang terkemuka di negara ini syarikat perkhidmatan alam sekitar, menguruskan jumlah sisa sebanyak 5,748 tan sehari.

Malakoff Amazing Hunt 2023
Malakoff Amazing Hunt 2023 

Malakoff telah mewujudkan jejak antarabangsa bagi penyelesaian inovatif, terutamanya melaluinya penjanaan kuasa dan usaha penyahgaraman air di Arab Saudi, Bahrain dan Oman. Kini dalam peringkat transformasi seterusnya, Malakoff sedang memacu perubahan untuk merealisasikan hasrat dan  cita-cita merek melalui tiga entiti terasnya iaitu Malakoff Green Solutions, Malakoff Environmental Solutions dan Malakoff Energy.

Untuk maklumat lanjut tentang Malakoff, sila lawati www.malakoff.com.my.



Post a Comment

0 Comments