Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) - Senarai 12 Lagu Anugerah Juara Lagu 38

Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) - Senarai Lagu & Keputusan Anugerah Juara Lagu 38
Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) - Senarai Lagu & Keputusan Anugerah Juara Lagu 38

Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) - Senarai Lagu & Keputusan Anugerah Juara Lagu 38 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Acara muzik berprestij di Malaysia, Anugerah Juara Lagu kembali untuk musim ke-38. Untuk pengetahuan anda, Separuh Akhir Muzik Muzik 38 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 17 Disember lalu dan telah mengumumkan dua belas (12) buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38). Tahniah dan semoga berjaya kepada semua lagu yang bakal bertanding di pentas AJL38 yang bakal menemui anda pada 3 Mac 2024 (Ahad)

Sekali lagi, Anugerah Juara Lagu Ke-38 mengembalikan ramai artis yang pernah bertanding di AJL sebelum ini. Antaranya Marsha Milan, Aina Abdul, Ernie Zakri, Liza Hanim, Khai Bahar, Shiha Zikir, Ziana Zain, Wany Hasrita, Dato' Jamal Abdillah, Hael Husaini, Khai Bahar dan Nabila Razali. Manakala, penyertaan pertama kali ke AJL ialah Naqiu, kumpulan Masdo dan Amir Jahari.

12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38)

Berikut adalah senarai 12 buah lagu yang telah diumumkan ke Anugerah Juara Lagu 38  :

Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul
Penulis Lirik : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul

Sutera - Aisha Retno
Penulis Lirik : Aisha Retno
Komposer : Aisha Retno, MFMF

Santai - Naqiu (Menggantikan Faizal Tahir)
Penulis Lirik : Faizal Tahir, Ezra Kong
Komposer : Faizal Tahir, Ezra Kong

Inilah Jalannya - Masdo
Penulis Lirik : Noh Salleh
Komposer : Noh Salleh

Astana - Ernie Zakri 
Penulis Lirik : Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel
Komposer : Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel

Darah - Marsha Milan
Penulis Lirik : Naim Daniel, Firdaus Rahmat 
Komposer : Naim Daniel, Firdaus Rahmat 

Kalam - Shiha Zikir
Penulis Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, John Jeeves
Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, John Jeeves

Hasrat - Amir Jahari
Penulis Lirik : Amir Jahari
Komposer : Amir Jahari

Kucuma - Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah
Penulis Lirik : A Ramlee, Ezra Kong
Komposer : A Ramlee, Ezra Kong

Bintang - Hael Husaini
Penulis Lirik : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini

Waktu - Ziana Zain & Hasif Upin
Penulis Lirik : Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat 
Komposer : Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat 

Selagi Ku Ada - Khai Bahar & Nabila Razali
Penulis Lirik : Amylea
Komposer : Amylea

--------------

Keputusan AJL38

Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Juara Lagu Ke-38 : 

Juara AJL38
Hadiah : RM100,000 dan trofi
  • Hasrat - Amir Jahari

Tempat Ke-2 AJL38
Hadiah : RM50,000 dan trofi
  • Sutera - Aisha Retno

Tempat Ke-3 AJL38
Hadiah : RM30,000 dan trofi
  • Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

Vokal Terbaik AJL38
Hadiah : RM12,000 dan trofi
  • Aina Abdul

Persembahan Terbaik AJL38
Hadiah : RM12,000 dan trofi
  • Sutera - Aisha Retno

Penyanyi Pilihan Alha Alfa AJL38
Hadiah : RM12,000 dan trofi
  • Aina Abdul

Info Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38)


Tema AJL38 : 
Pengacara AJL38 : 
Pengacara Red Carpet AJL38 : 
Pengacara Back Stage AJL38 : 
Penaja AJL38 : Alha Alfa Cosmetics
Juri Profesional AJL38 : 
  • akan diumumkan

Tahniah kepada kesemua 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu Ke-38. Anugerah Juara Lagu 38 akan diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil.



Post a Comment

0 Comments