Bau Wangi Di Rumah dan Dalam Kereta Selepas Guna Rangkaian Semburan SCENTIFY dari Enchanteur

Semburan SCENTIFY dari Enchanteur
Semburan SCENTIFY dari Enchanteur

Bau Wangi Di Rumah dan Dalam Kereta Selepas Guna Rangkaian Semburan SCENTIFY dari Enchanteur | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Semua oang suka dengan bau wangi, lagi-lagi bila hidu dapat menenangkan selepas seharian penat bekerja. Kebetulan memang sedang mencari wangian untuk rumah dan kereta, MOMI jumpa satu jenama produk yang pastinya akan mengharumkan ruangan di dalam rumah mahupun dalam kereta. Produk apa? Mari MOMI kongsikan.

Semburan SCENTIFY dari Enchanteur
Semburan SCENTIFY dari Enchanteur

Berbekalkan kepakaran serta pengalaman dalam penghasilan haruman mewah selama lebih dari 30 tahun, Enchanteur telah mengorak langkah dengan melebarkan sayap rangkaian produknya menerusi penghasilan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY yang diserikan dengan beraneka haruman premium yang turut digunakan dalam penghasilan wangian mewah. 

Semburan SCENTIFY dari Enchanteur
Semburan SCENTIFY dari Enchanteur

Dengan paduan kecanggihan teknologi penyahbauan OdorForce™ yang telah diuji dan terbukti keberkesanannya bersama adunan haruman dan minyak pati seperti Lavender, Kayu Cedar, Kasturi, Pic dan Raspberry, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY menyegarkan persekitaran ruangan peribadi anda, disamping memberikan keharuman dengan dua kali ketahanan berjangkamasa panjang. Selain itu, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY juga diformulasikan agar bersesuaian dengan keperluan serta gaya hidup para pengguna di Malaysia. 

Hadir dalam dua format – Eau de Fabric dan Eau de Car – SCENTIFY memberikan kediaman serta kenderaan anda sebuah simfoni haruman pada tahap yang lebih tinggi menerusi adunan bauan mewah yang menyengat, kaya dengan bau-bauan yang terbit dari buah-buahan, kayu-kayuan dan Kasturi — semuanya di adun secara eksklusif oleh pakar penghasilan wangian Enchanteur.

SCENTIFY Eau de Fabric
Di isi dalam botol penyembur yang sangat mudah untuk digunakan, rangkaian semburan penyegar fabrik SCENTIFY Eau de Fabric amat sesuai untuk digunakan pada fabrik yang susah untuk dibersihkan seperti perabot, langsir, tilam, serta pelbagai jenis permukaan yang lain. Di samping itu, ia dilengkapi dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berupaya menyahbau serta membasmi 99.99% kuman dan bakteria. 

SCENTIFY Eau de Fabric Sparkling Fruité 370ml 
Harga : RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak) 

Semburan SCENTIFY dari Enchanteur
Semburan SCENTIFY dari Enchanteur

Memberikan keharuman yang menyamankan pada ruangan peribadi anda, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Sparkling Fruité ini di adun dengan bau-bauan yang diperoleh daripada kesegaran buah-buahan seperti Pic, Raspberry dan kehalusan bunga-bungaan putih. 

SCENTIFY Eau de Fabric Magical Clouds 370ml
Harga : RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)

Semburan SCENTIFY dari Enchanteur
Semburan SCENTIFY dari Enchanteur
 
Di adun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang mendamaikan, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Magical Clouds menjadikan suasana di persekitaran serta deria anda lebih tenang dan nyaman dengan paduan magis bau-bauan yang menggoda deria bau anda seperti Lily of the Valley, Kasturi and Kayu Gaharu. 

SCENTIFY Eau de Fabric Floral Symphony 370ml
Harga : RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)

Semburan SCENTIFY dari Enchanteur
Semburan SCENTIFY dari Enchanteur

Menampilkan gabungan haruman Lavender bersama bau-bauan ringan, Semburan Penyegar Fabrik SCENTIFY Floral Symphony, seindah dan sesegar namanya, dicipta untuk mewujudkan sensasi seolah-olah anda sedang berada di sebuah taman bunga yang indah di saat bermulanya musim bunga dengan paduan haruman klasik Lavender, Melur dan Kasturi.  

SCENTIFY Eau de Car
Adakah anda tercari-cari akan penyegar kenderaan yang boleh menjadikan pengalaman pemanduan seharian anda mahupun ke destinasi berjarak jauh lebih nyaman dan menenangkan? Jawapannya ada pada penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car. Dengan tiga variasi wangian yang tersendiri, anda boleh menggunakan penyegar kenderaan ini dengan dua cara: Hanya klipkan pada penghawa dingin kenderaan anda atau gantungkannya pada cermin pandang belakang. Rangkaian penyegar kenderaan ini juga turut diperkuatkan dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berkesan dalam membasmi bauan yang kurang enak seperti bau peluh dan asap tembakau.

Semburan SCENTIFY dari Enchanteur
Semburan SCENTIFY dari Enchanteur

Semburan SCENTIFY dari Enchanteur
Semburan SCENTIFY dari Enchanteur

Semburan SCENTIFY dari Enchanteur
Semburan SCENTIFY dari Enchanteur

SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby 14ml
Harga : RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak) 

Semewah namanya, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby mengharumkan kenderaan anda dengan wangian penuh aroma, menggabungkan wangian berunsurkan buah-buahan segar dan bungaan seperti Bergamot, Strawberi, Raspberry, Melur dan Kasturi.

SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet 14ml
Harga : RM9.90 (Sem.  Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak) 

Mengetengahkan wangian berunsur sitrus yang dapat membangkitkan deria yang lesu, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet ini menampilkan bauan yang menyegarkan seperti Bergamot, Lemon, Teh Hijau, haruman bungaan dan Kayu Cedar. 

SCENTIFY Eau de Car Aquatic Symphony 14ml
Harga : RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak) 

Dengan haruman yang akan membawa anda mengimbau kenangan semasa bercuti di persisir pantai, penyegar kereta SCENTIFY Eau de Car Aquattic Symphony membawa anda menelusuri sebuah perjalanan ke dasar laut menerusi paduan bauan yang diilhamkan oleh lautan dan bungaan, diikuti dengan adunan bauan dari Amber serta kayu-kayuan. 

Ayuh harumkan kediaman dan kenderaan anda dengan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY dari Enchanteur hari ini dan wujudkan lebih banyak memori bersama dan perjalanan yang bermakna, sama ada di ruangan peribadi anda mahupun dalam kenderaan. Rangkaian SCENTIFY Eau de Fabric dan SCENTIFY Eau de Car kini boleh didapati di semua peruncit, pasaraya dan pasar hyper di seluruh negara.


Post a Comment

0 Comments