Selamat Ulangtahun Ke-11, RAFZANTOMOMI!

Selamat Ulangtahun Ke-11, RAFZANTOMOMI!
Selamat Ulangtahun Ke-11, RAFZANTOMOMI!

Selamat Ulangtahun Ke-11, @RAFZANTOMOMI! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Another year is coming. Alhamdulillah. Tahun ini sekali lagi pada tarikh 8 Jun, MOMI meraikan Blog @RAFZANTOMOMI kini mencecah usia 11 tahun secara rasminya. Alhamdulillah sangat-sangat. Baru sahaja mencapai jumlah pengunjung sebanyak 7 Juta dalam masa 11 tahun aktif sebagai Blogger. Serius sangat terharu dan bangga dengan pencapaian sendiri. 

Bagi MOMI, walaupun blog sudah menjangkau 11 tahun dalam dunia blogging sebenarnya banyak lagi perkara yang belum MOMI terokai. Walaupun sibuk dalam kehidupan seharian, sibuk dengan kerja dansibuk dengan content dekat media sosial, MOMI tetap menambah baik dan mengemas kini blog ini. Faham lah kan, bukan hari-hari rasa nak menaip haha. Bila mood nak menaip datang, memang MOMI akan fokus betul-betul dan buat blog ini jadi lebih meriah dan penuh dengan artikel yang menarik. 

Selamat Ulangtahun Ke-11, RAFZANTOMOMI!
Team Jejak Rasa Di Atas Genting Dream by Resort World Cruises

Sejak tahun lalu, MOMI banyak berkolaborasi bersama jenama-jenama yang terkemuka untuk blog dan juga media sosial. Antaranya ialah Genting Dream by Resort World Cruises, Renaissance Johor Bahru Hotel, Aloft Langkawi Pantai Tengah, GBW Hotel Johor Bahru, Terrapuri Heritage, Pizza Hut, Restoran Zaituna Johor Bahru,  MarryBrown, The Chicken Rice Shop, Kedai Ayamas dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, masih ada lagi jenama yang percaya pada blog dan kepada MOMI. Seronok dapat bekerjasama dengan jenama-jenama hebat dalam masa 11 tahun ini.

Sempena ulang tahun ke-11 ini, MOMI mengubah suai template blog kepada template yang lebih menarik dan ceria. Bila nak kemaskini blog pon rasa seronok sangat. Sekarang lebih bersemangat nak berblogging sebab macam-macam artikel yang MOMI boleh kongsikan kepada para pembaca. Kita simpan resit untuk masa akan datang hehe.

Selamat Ulangtahun Ke-11, RAFZANTOMOMI!
Selamat Ulangtahun Ke-11, RAFZANTOMOMI!

Untuk kali ke-11 ini, MOMI nak ucap berbanyak terima kasih kepada anda yang sentiasa masuk dalam blog ini, walaupun dengan sengaja atau tanpa sengaja. Seterusnya, terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga, kawan-kawan, rakan Blogger dan kenalan yang sentiasa menyokong apa yang MOMI buat selama ini terutamanya dalam dunia blog ini. In Sha Allah, MOMI akan terus berblogging, terus 'renew' domain dan kongsi info yang menarik dan berguna untuk para pembaca Blog Momi. Sokongan anda semua amatlah saya hargai. Sayang semua! 

xoxo,
Momi
8.6.2023



Post a Comment

0 Comments