Amerose Super Cereal - Rosecun Bangunkan Semula Produk Amerose Super Cereal

Amerose Super Cereal - Rosecun Bangunkan Semula Produk Amerose Super Cereal
Amerose Super Cereal - Rosecun Bangunkan Semula Produk Amerose Super Cereal

Rosecun Bangunkan Semula Produk Amerose Super Cereal | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Pernah dengar mengenai produk Amerose Super Cereal by Rosecun? Bagi yang tak biasa dengan produk tersebut, MOMI nak kongsikan disebalik produk Amerose Super Cereal by Rosecun. Bekas wartawan, Rosnah Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Rosecun berkata, setiap sen wang simpanannya ketika itu dilaburkan dalam usaha membawa produk makanan kesihatan Amerose Super Cereal by Rosecun ke negara Timur Tengah. Wang simpanannya pernah licin kala berdepan dengan ujian dalam perniagaan sekitar enam tahun dahulu saat produk sulung keluarannya mula bertapak. 

"Kita hanya merancang Allah penentu yang terbaik. Produk yang sepatutnya dieksport hanya tersadai dalam kontena. Memang saya terduduk tapi saya terima dan pujuk hati," katanya. 

Atas rezeki Allah, kini dia kembali dengan produk yang sama iaitu Amerose Super Cereal by Rosecun yang merupakan makanan sihat berasaskan Oat dengan bungkusan baharu lebih jimat. Rosecun berkata, dia yakin bangkit semula demi mencari rezeki sebagai seorang ibu tunggal dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. Untuk edisi terbaru produk itu didatangkan dalam bungkusan 10 paket sedia diminum dalam setiap kotak dengan harga RM39.00. Katanya, produk itu mengandungi bahan seperti Kurma, Madu, Delima, Aprikot, Ubi Bit, Chia Seed, Vitamin C & Kolagen. 

Amerose Super Cereal - Rosecun Bangunkan Semula Produk Amerose Super Cereal
Amerose Super Cereal - Rosecun Bangunkan Semula Produk Amerose Super Cereal

Sesuai untuk mereka yang mahu diet dan mereka yang punyai diabetis pun boleh minum kerana tiada kandungan gula. Tambah Rosecun, antara khasiat Amerose Super Cereal ialah mengenyangkan perut, memberi tenaga, mengurangkan masalah sembelit, seimbangkan tahap kolestrol dan nutrisi dalam badan. Malah, produk ini juga sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa khasnya untuk hidangan sarapan pagi. Cara menghidangkannya juga sangat mudah dengan bancuh 1 sachet Amerose Super Cereal bersama air panas. Kemudian, kacau sehingga sekata. Boleh terus makan. Mudah kan?

Amerose Super Cereal - Rosecun Bangunkan Semula Produk Amerose Super Cereal
Amerose Super Cereal - Rosecun Bangunkan Semula Produk Amerose Super Cereal

Bagi anda yang berminat dengan Amerose Super Cereal by Rosecun, boleh hubungi talian 012-2575917 dan bercakap dengan Rosecun. 

Post a Comment

0 Comments