Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H

Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H
Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H

Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan, kini tiba pula Syawal untuk kita raikan kemenangan. Syukur Alhamdulillah, tahun ini Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari sabtu (22 April 2023) dan raya kali ini tak mengejut macam raya tahun lepas ya haha. Jadi sempatlah kita buat persiapan hari raya dengan meriahnya. Untuk entri kali ini, MOMI nak kongsikan kisah hari raya MOMI pada tahun 2023. Mari MOMI kongsikan.

Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H
Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H

Kisah Raya Saya 2023
Aidilfitri tahun ini disambut dengan sederhana. Kami sekeluarga beraya di Kuala Lumpur sahaja. Persiapan raya dibuat seperti biasa. Tiga hari sebelum raya, MOMI diserang selsema dan batuk dan masa tu masih lagi bekerja. Selsema dan batuk berlanjutan sehingga malam raya. Kisah malam raya pula, lepas berbuka puasa dengan keluarga tiba-tiba kaki rasa macam tak selesa dan mula rasa sakit. Sebelum tidur dah rasa macam tak sedap hati. 

Pagi Syawal bila bangun dari tidur, rasa kaki sakit. Nak jalan memang susah, terpaksa urut kaki dengan minyak angin dulu. Rasa macam tak boleh keluar kemana-mana ni, memang akan duduk rumah je la. Nak jalan pergi ruang tamu pon seksa, tapi bila lapar keluar juga makan hehe. Sakit kaki ini berlanjutan sehingga ke Raya kedua. Berapa kali juga urut-urut kaki. 

Hari Raya Ketiga pula, kami sekeluarga pulang ke kampung dekat Selangor (kampung belah emak) sebab nak melawat kubur arwah ayah. Walaupun belum pulih sepenuhnya, gigihkan diri juga berjalan. MOMI balik kampung dengan Kak Long, Abadik dan Emi naik KTM sampai stesen Batang Benar. Dah lama tak baik KTM, memang lambat sangat tunggu dalam satu jam juga sebelum keretapi sampai. Sampai dekat kampung dalam 10 lebih juga dan terus makan. 

Esoknya, Hari Raya Keempat, kami melawat kubur arwah ayah sambil bersihkan kubur dan baca Yasin. Sedar tak sedar tahun ini, tahun keenam kami berpuasa tanpa ayah yang pergi meninggalkan kami pada Disember 2017. Kubur pun sudah lama tidak jenguk. Alhamdulillah lepas rindu dekat ayah. Semoga tahun ini dapat jumpa ayah lagi. 

Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H
Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H

Lepas pulang dari kubur, plan asalnya nak ambil gambar bersama keluarga sebab hari raya pertama tak sempat nak bergambar. Dalam pukul 6:45 petang macamtu baru semua bersiap sebab nak pergi beraya sekejap, sempat la ambil beberapa keping gambar. Tema baju raya tahun ini adalah Royal Blue. Seperti tahun lepas, kami dapat bergambar bersama pada hari raya keempat. As always, meriah dan kecoh. Bukan senang ya nak kumpul satu keluarga, ambil gambar bersama. Terima kasih Eeya tolong ambil gambar kami sekeluarga. Malam tu, kami (MOMI, Emi dan Kak Long) balik ke rumah sebab esoknya MOMI kerja. hehe 

Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H
Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1444H
Haa begitulah kisah hari raya MOMI. Walaupun raya tahun ini tak semeriah tahun tahun lepas, seronok dapat berkumpul satu keluarga hehe. Dikesempatan ini, MOMI nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan seluruh umat Islam yang menyambut Aidilfitri. MOMI nak minta maaf sekiranya ada terguris hati, terlanjur kata dan sebagainya. Harap anda semua boleh maafkan ya. Dimana pun anda berada, please jaga diri dan kurang-kurangkan kan ler main mercun tu, bunga api takpe hahaha. 

Selamat Hari Raya guys! 



Post a Comment

0 Comments