Mudah Nak Cari Baju Raya Plus Size Untuk Lelaki Dekat Bob Rock Clothing

Mudah Nak Cari Baju Raya Plus Size Untuk Lelaki Dekat Bob Rock Clothing
Mudah Nak Cari Baju Raya Plus Size Untuk Lelaki Dekat Bob Rock Clothing

Mudah Nak Cari Baju Raya Plus Size Untuk Lelaki Dekat Bob Rock Clothing | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Pastinya ramai sudah mula cari baju raya dan kurta untuk digayakan pada Hari Raya nanti. Lagi-lagi yang badan besar macam MOMI, memang ambil masa lama nak cari baju raya sebab kadang-kadang baju melayu dan kurta takde saiz. 

Sekarang tak stress dah nak fikir pasal baju raya, sebab MOMI dah jumpa Plus Size Clothing Online Malaysia, Bob Rock Clothing (BRC). Apa yang menariknya Kedai Baju Saiz Besar Lelaki ini? Mari MOMI kongsikan.

Mudah Nak Cari Baju Raya Plus Size Untuk Lelaki Dekat Bob Rock Clothing
Mudah Nak Cari Baju Raya Plus Size Untuk Lelaki Dekat Bob Rock Clothing

Tengah cari-cari baju raya untuk tahun 2023 dekat Shopee dan Lazada, terjumpa pula Baju Raya plus size dekat Bob Rock Clothing. Dekat BRC, MOMI jumpa baju raya bersaiz besar dengan pelbagai pilihan warna termasuk baju melayu dan kurta. Memang rambang mata kalau tengok, warna pon cantik-cantik tau. Harga juga berpatutan bermula dari RM115. Saiz pula boleh didapati dari XL sampai 6XL, memang terbaiklah! Boleh lah bergaya dengan Baju Raya 2023 nanti hehe.

Mudah Nak Cari Baju Raya Plus Size Untuk Lelaki Dekat Bob Rock Clothing
Mudah Nak Cari Baju Raya Plus Size Untuk Lelaki Dekat Bob Rock Clothing

Jenis Baju Melayu Dekat Bob Rock Clothing
Alang-alang dah terjumpa Baju Raya plus size dekat Bob Rock Clothing, MOMI nak kongsikan dengan anda mengenai baju melayu dan kurta saiz besar dekat BRC

Mudah Nak Cari Baju Raya Plus Size Untuk Lelaki Dekat Bob Rock Clothing
Koleksi Baju Melayu Plus Size Lelaki Bob Rock Clothing

Baju Melayu
Untuk baju melayu di Bob Rock Clothing, diperbuat dari material cotton twill. Ia memiliki kolar cekak musang 5 butang, tiga poket baju: satu (1) di dada kiri dan dua (2) di bahagian perut dan tiada pesak. Untuk bahagian seluar pula, ia mempunyai poket kiri dan kanan dan bahagian pinggang bergetah. Memang sesuai lah dengan saiz besar kan? Pilihan warna pula ada lima (5) iaitu Baby Blue, Black, Jade Green, Light Brown, Red dan Royal Blue. Dapatkan baju melayu Bob Rock Clothing disini

Mudah Nak Cari Baju Raya Plus Size Untuk Lelaki Dekat Bob Rock Clothing
Kurta Adam V2 Versi Lengan Panjang dan Pendek

Kurta Adam V2
Untuk Kurta Adam V2 pula, ia diperbuat dari Cotton Oxford. Ia memiliki kolar cekak musang 4 butang tembaga, tiga poket baju ; satu (1) di dada kiri dan dua (2) di bahagian perut dan ada butang perhiasan (atau lebih) di bawah poket sisi. Kelebihan Kurta Adam V2 ini ialah ia Kurta yang ringan tetapi tahan lasak serta cepat menyerap dan mengeringkan peluh. Ada tujuh (7) pilihan warna untuk Kurta Adam V2 iaitu Black, Gold, Mint Green, Navy Blue, Olive Green, Periwinkle Blue dan Purple. Anda juga boleh pilih nak yang lengan panjang atau lengan pendek. Dapatkan Kurta Adam V2 Bob Rock Clothing Lengan Panjang dan Kurta Adam V2 Bob Rock Clothing Lengan Pendek.

Mudah Nak Cari Baju Raya Plus Size Untuk Lelaki Dekat Bob Rock Clothing
Koleksi Kurta Telok Belanga Bob Rock Clothing

Kurta Telok Belanga
Kurta Telok Belanga juga diperbuat dari Cotton Oxford. Ia memiliki kolar teluk belanga, tiga poket ; satu (1) di dada kiri dan dua (2) dan memiliki satu butang. Kurta ini pastinya Kurta ringan tetapi tahan lasak dan cepat menyerap dan mengeringkan peluh. Ada tujuh (7) pilihan warna untuk Kurta Telok Belanga iaitu Aqua Blue, Army Green, Black Dark Red, Navy Blue, Purple dan Turquoise. Dapatkan Kurta Telok Belanga Bob Rock Clothing disini.

Dah tengok kan semua koleksi raya dari Bob Rock Clothing? Haa... Lepas ini tak perlu stress-stress atau susah nak cari dekat mana Baju Raya Plus size, cari je dekat Bob Rock Clothing. Seronoklah nak bergaya semasa hari raya nanti. Selain baju raya, pelbagai jenis baju Plus Size Fashion ada dekat sini. Kalau dah berkenan, boleh terus beli je hehe.

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi raya dari Bob Rock Clothing, anda boleh ke laman web rasmi Bob Rock Clothing atau cari Koleksi Baju Melayu dan Kurta. Selain itu, anda juga boleh dapatkan di Shopee dan Lazada. Selamat membeli belah di Bob Rock Clothing.


Post a Comment

2 Comments

Mawardi Yunus said…
bestnya ada baju melayu saiz kite
Rafzan Tomomi said…
ye wakk seronokk!