Program Nak Ubah Hidup 2023 - Nana Mahazan, Norman Hakim dan Tya Ariffin Di Antara 6000 Orang Yang Sertai NUH2023

Program Nak Ubah Hidup 2023
Program Nak Ubah Hidup 2023

Program Nak Ubah Hidup 2023  - Nana Mahazan, Norman Hakim dan Tya Ariffin Di Antara 6000 Orang Yang Sertai NUH2023 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Semua orang inginkan hidup yang lebih baik. Tahukah anda, 6000 orang telah menyertai hari pertama program Nak Ubah Hidup 2023 (NUH2023) anjuran jenama mentorship usahawan No. 1 negara, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) yang berlangsung di Setia City Convention Centre pada 4 hingga 6 Februari 2023. Mari MOMI kongsikan mengenai Program Nak Ubah Hidup 2023.

Program Nak Ubah Hidup 2023
Program Nak Ubah Hidup 2023

Program Nak Ubah Hidup 2023
Penganjuran kali ketiga program NUH ini merupakan inisiatif Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dalam membantu orang ramai terutama bangsa usahawan dalam dan luar negara pada permulaan tahun 2023. Penyertaan program NUH2023 dianggarkan 19,000 orang dan kehadiran hari pertama hampir 6000 orang.

 "Penganjuran program ini sangat signifikan kerana RichWorks mahu peserta-peserta sedar potensi diri ini meskipun cabaran di luar seperti kenaikan kos sara hidup yang kian meningkat. Cabaran ini semakin berganda akibat faktor luaran manakala faktor dalaman ekonomi membuatkan ramai orang terhimpit dengan pelbagai masalah,” kata Radz Mohd, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks.

Program Nak Ubah Hidup 2023
Program Nak Ubah Hidup 2023

Cabaran-cabaran ini membuatkan Dr. Azizan dan RichWorks beriltizam untuk berterusan memberi sokongan dan bantuan berdasarkan kemampuan yang dimiliki. Menariknya RichWorks mempunyai sistem mentorship paling berstruktur sehingga berjaya melahirkan ribuan orang yang berjaya berubah bukan sahaja terhadap bisnes masing-masing malah terhadap kehidupan mereka. Para peserta NUH akan diberi reset fokus diri agar mereka lebih jelas terhadap potensi dan kemampuan diri. Mereka kemudian kenal pasti matlamat hidup dan halangan kejayaan seseorang dalam ubah hidup.

Program NUH2023 ini ternyata berkesan dan memberi impak kepada para peserta. Dalam masa 3 tahun pengajuran NUH, seramai 350 orang berjaya mencapai jualan RM1 Juta. Satu perkembangan yang positif. Antara 3 industri yang menyumbang kepada pencapaian jualan RM1 Juta itu adalah Makan dan Minuman, Kosmetik dan Kecantik dan Fesyen. 

Program Nak Ubah Hidup 2023
Program Nak Ubah Hidup 2023

RichWorks juga bersedia untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan mahupun kerajaan negeri dalam usaha memperkasakan bangsa usahawan di seluruh negara pada 2023 yang dijangka lebih mencabar. Terdahulu, RichWorks dipilih menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjalankan program latihan keusahawanan. RichWorks turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia dalam melatih dan membimbing bangsa usahawan dan bakal usahawan secara online mahupun program secara bersemuka.

Nana Mahazan, Norman Hakim & Tya Ariffin Antara Selebriti Yang Sertai NUH2023
Walaupun sudah bergelar Selebriti, Nana Mahazan, Norman Hakim dan Tya Ariffin juga mengambil kesempatan untuk menyertai NUH2023. Penyertaan selebriti ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup dan seterusnya menambah ilmu dalam bidang perniagaan. Merasakan tidak selamanya kekal dalam industi hiburan, penyertaan mereka dalam program NUH ini sangat membantu dalam bidang perniagaan. Selain Nana Mahazan, Norman Hakim dan Tya Ariffin, Selebriti TikTok juga menyertai NUH2023 iaitu Dr. Samhan, CEO Batu, CEO Bieziy dan CEO Burn.

Program Nak Ubah Hidup 2023
Program Nak Ubah Hidup 2023

Program Nak Ubah Hidup 2023
Program Nak Ubah Hidup 2023

Mengenai RichWorks International Sdn. Bhd.
RichWorks International Sdn. Bhd. merupakan syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia yang holistik terutama dalam bidang penjenamaan, pemasaran, kepimpinan dan kewangan. Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Tahniah buat RichWorks diatas penyanjuran NUH2023 yang bakal melahirkan ramai lagi jutawan pada masa akan datang. Tahniah juga buat mereka yang hadir untuk mencari ilmu dalam bidang perniagaan ini. Semoga semuanya dimurahkan rezeki selalu. 


Post a Comment

0 Comments