Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa

Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa
Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa

Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Carissa Beauty merupakan jenama kosmetik terbaru di Malaysia. Carrisa Beauty Sdn. Bhd. telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2015 dan bermula dengan menumpukan butik pakaian di sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Shah Alam, kini Carrisa memperkenal barisan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang setanding produk antarabangsa atas permintaan yang tinggi dari pelanggan.

Carrisa juga dalam usaha untuk mengembangkan misi perniagaan dengan mengikuti banyak acara dan pameran di dalam dan di luar negara bagi mempromosikan produk jenama secara lebih meluas.  Banyak aturcara telah dirancang dan akan dijalankan bagi mempromosikan jenama Carrisa. 

Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa
Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa

Produk Carrisa sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Semua produknya diformulasi sesuai untuk semua jenis kulit dan iklim di dalam dan luar Negara. Buat masa ini, bagi belian terus (runcit) ia boleh didapati di Pasaraya Besar SOGO. Syarikat juga berhasrat untuk memasarkan jualan peruncitan di beberapa buah pasaraya besar yang lain dan farmasi terpilih selain mempunyai kiosk mudah alih sendiri bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk terkini secara terus.  

Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa
Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa

Carrisa Beauty Sdn. Bhd. menampilkan produk yang dihasilkan oleh Kumpulan Syarikat Pengilang yang berstatus ISO, memiliki pengesahan sijil Halal dan Good Manufacturing Practice - GMP (Penghasilan Produk yang mempunyai Mutu yang Baik). Ini adalah sejajar dengan matlamat Carrisa untuk menjadi sebuah syarikat pengeluar produk bermutu tinggi yang berdaya maju, selain kompetitif dan inovatif dalam pemasaran produk kecantikan dan penjagaan diri di Malaysia.

Jenis Produk Carrisa Beauty
Produk Jenama Carrisa terdiri daripada kelengkapan kosmetik, penjagaan muka dan penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan dan juga pencuci peribadi wanita. 

Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa
Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa

Produk Kosmetik
Bagi kelengkapan kosmetik, terdapat set palet lengkap bertemakan warna merah jambu dan warna terang. Ianya sesuai digunakan untuk majlis rasmi, ke pejabat mahupun majlis santai. Dipadankan dengan bedak muka baby cussion dengan liputan penuh supaya kulit nampak lebih semulajadi dan mekap akan tahan lebih lama. Pilihan lipmatte akan menyerlahkan penampilan dan senyuman wanita sebenar.  Tidak lengkap gaya tanpa memakai maskara untuk bulu mata lebih lentik, memukau mata yang memandang. Carrisa menyediakan kelengkapan kosmetik yang sesuai digayakan untuk semua acara bagi wanita yang mementingkan gaya dan kecantikkan. 

Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa
Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa

Sebelum membeli produk kosmetik, wanita disarankan untuk mengetahui rona warna dan tekstur kulit supaya kosmetik yang digunakan akan kekal cantik dan tahan pada kulit muka disamping mengelakkan mekap menjadi tidak sekata dan bercapuk. 

Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa
Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa


Produk Mandian
Bagi krim mandian dan skrub badan pula, terdapat tiga campuran bahan utama iaitu estrak Bunga Sakura, Lavender dan susu kambing.  Ia diformulasikan dengan tiga bahan utama bersama ramuan terbaik yang lain. Kesannya ia dapat menanggalkan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Dalam masa yang sama memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan segar. 

Produk Pencuci Peribadi Wanita
Pencuci peribadi wanita pula diformulasikan daripada ekstrak tumbuhan semulajadi yang secara tradisinya telah digunakan sejak dahulu lagi bagi membantu membersih dan menjaga bahagian intimasi wanita. Khasiat daun sirih dipercayai dapat membunuh bakteria dan mikro-organisme yang menjadi penyebab keputihan.  Manjakani pula digunakan untuk menyembuhkan luka.  Ia dijadikan jamu untuk kesihatan dalaman wanita dan organ intim terutamanya selepas bersalin. Cuma formulasinya telah dimodenkan bagi memudahkan pengguna mendapat khasiat daripada tumbuhan tradisi ini. 

Jika ingin mendapatkan khidmat nasihat dan membuat penampilan baharu dengan berdandan, anda boleh ke kaunter Carrisa untuk mendapatkan khidmat nasihat. Pegawai Carrisa Beauty akan memberi tips dan produk yang sesuai untuk digunakan. 

Harga Produk Carrisa Beauty
Produk jenama Carrisa adalah mampu milik.  Ia berharga antara RM15.90 sehingga RM129.90 setiap satu. 

Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa
Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa

Bagaimana Untuk Dapatkan Produk Carrisa Beauty?
Kini, pengguna dapat berjimat ketika berbelanja kerana produk Carrisa setanding produk antarabangsa yang lain. Selain boleh didapati di kaunter pasaraya SOGO, produk Carrisa juga boleh dibeli secara Online menerusi Lazada, Shopee, Facebook, Instagram dan laman sesawang (Carrisa Beauty).

Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa
Carrisa Beauty - Produk Kosmetik Setanding Produk Antarabangsa

Carrisa bukan hanya sekadar nama, tetapi komitmen syarikat untuk menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan wanita, di samping mendidik pengguna supaya menjaga kesihatan dan penampilan diri selari dengan makna Carrisa itu sendiri – Kerana anda sememangnya cantik. Untuk maklumat lanjut mengenai Carrisa Beauty, sila layari laman web rasmi Carrisa Beauty. Jangan lupa ikuti mereka di media sosial di Facebook, TikTok dan Instagram

Post a Comment

0 Comments