Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang
Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Kita sambung lagi ke lokasi seterusnya semasa MOMI singgah ke Pulau Pinang seketika untuk hentian pertama semasa trip kapal pelayaran Genting Dream by Resort World Cruises selama 4 hari 3 malam dari Port Klang-Penang-Singapore-Port Klang. Jadi inilah kesempatan MOMI bersama geng Blogger meneroka beberapa tempat makan menarik di Pulau Pinang. Untuk entri kali ini pula, MOMI ke Ais Tingkap yang terkenal dengan Air Sirap atau Air Sorbetnya. Apa yang menariknya Ais Tingkap ini? Mari MOMI kongsikan.

Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang
Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Ais Tingkap ini terletak di Jalan Lebuh Tamil, George Town. Ia dibuka setiap hari dari 11:00 pagi hingga 7:00 malam. Untuk pengetahuan anda, Ais Tingkap menghidangkan air sirap dengan pelbagai 'topping' tambahan mengikut citarasa anda. Memang sesuai untuk minum petang gitu hehe. Anda boleh dine-in disitu cuma tempat adalah terhad dan anda kena datang awal ya hehe. Ais Tingkap antara tempat makan yang viral di Pulau Pinang dan memang ramai orang berkunjung disini.

Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang
Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang
Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Apa Hidangan Menarik Di Ais Tingkap?
Apa makanan yang boleh anda cuba di Ais Tingkap? Dekat sini Ais Tingkap adalah menu utama yang anda wajib cuba kalau singgah sini. Ais Tingkap atau Air Sarbat ini sebenarnya adalah air sirap yang dicampurkan bersama selasih, isi kelapa dan ais kepal. Kemudian, anda boleh pilih sama ada nak yang biasa, atau tambah lemon dan laici. Selain itu, anda juga boleh cuba minuman lain seperti Ais Kacang, Cendol, Ais Honey Lemon Laici dan macam-macam lagi. Kalau rasa nak makan, ada juga disediakan nasi lemak di atas meja. 

Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang
Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Dalam kehangatan waktu tengah hari, memang sesuai la pesan Ais Tingkap ini. MOMI punya campur Ais Tingkap tambah Laici sahaja, dan kawan-kawan lain ada juga tambah Lemon dan Laici. Memang sangat menyegarkan dan memang 'refreshing' lah waktu panas-panas ni. Rasa Ais Tingkap ni memang manis dan enak juga dimakan bersama buah Laici. Yummy!

Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang
Ais Tingkap, George Town - Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Lokasi Ais Tingkap
Bagi anda yang ingin berkunjung ke Ais Tingkap, George Town dan nak makan dekat situ, anda boleh cari kedai Jeruk Pak Ali dan Pasar Chowrasta Pulau Pinang atau sila ke alamat seperti berikut : 

  • 2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Selamat menjamu selera di Ais Tingkap, George Town.




Post a Comment

0 Comments