Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream

Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream
Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream

Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Tahniah buat Stesen Nombor Tiga di Malaysia, Suria FM diatas ulangtahun ke-15. Sempena Ulangtahun ke-15 ini, Suria FM bakal menyambut ulangtahun mereka diatas kapal pelayaran, Genting Dream. Suria dengan kerjasama Resorts World Cruises akan berlayar selama 4 hari 3 malam di atas kapal persiaran Genting Dream pada 9 Januari 2023 dengan membawa misi menjadi Radio Pertama bersiaran di atas kapal pelayaran.

Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream
Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream

Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream
Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream

Genap 15 tahun Suria FM mewarnai industri radio tanah air dan 2022 merupakan tahun yang luar biasa dari segi pencapaian rating, ranking serta hasil pendapatan Suria FM secara keseluruhannya. Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, "Semua ini tidak akan dapat dicapai tapa sokongan padu daripada pendengar setia, pihak penaja serta rakan media. Sempena kejayaan Suria FM kali ini, kami membuat kelainan dengan meraikan sambutan lang tahun Suria FM sambil berlayar dan bersiaran secara langsung dari atas kapal persiaran mewah, 'Genting Dream'."

Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream
Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream

Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream
Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream

Tambah DJ Lin, "Pada acara tersebut, Suria FM dan Resorts World Cruises akan membawa 5 endengar bertuah merasai pengalaman berlayar di atas kapal persiaran Genting Dream dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan antaranya sukaneka, rock climbing, mini golf, aktiviti air dan karaoke." Selain itu, ada persembahan istimewa dari barisan artis popular seperti Siti Nordiana, Andi Bernadee, Amir Masdi dan ramai lagi. 

Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream
Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream

Pihak Resorts World Cruises berbesar hati menjadi sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-15 SURIA FM bersama-sama di Malaysia. Sambutan dan kerjasama ini sangat bertepatan, memandangkan laluan pelayaran kapal persiaran mewah Genting Dream kini telah berlepas dari Pelabuhan Klang ke Pulau Pinang, Singapura dan Phuket. Pelayaran ini juga bakal mencatatkan sejarah dalam 'The Malaysia Book of Records' bagi kategori Radio Pertama bersiaran dari atas kapal. 

Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream
Suria FM Raikan Ulangtahun Ke-15 Di Atas Kapal Cruise Genting Dream

Tahniah sekali lagi buat Suria FM diatas ulangtahun ke-15 dan sambutan ulangtahun di Grenting Dream. Semoga tahun 2023, Suria FM terus sukses dan dapat menjadi stesen radio yang paling digemari rakyat Malaysia. In sha Allah. Jangan lupa Dengarkan Suria FM di radio, platform digital Suria : laman web suria.my, aplikasi Suria Malaysia, saluran YouTube SuriaTV serta media sosial Suria Malaysia (InstagramFacebookTwitter dan Tiktok). 



Post a Comment

0 Comments