30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Menerima Geran Perniagaan Dari DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor

30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Menerima Geran Perniagaan Dari DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! 30 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor untuk menerima geran perniagaan dalam program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO) anjuran Selangor Youth Community yang disokong oleh Yayasan Hasanah. 

30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Menerima Geran Perniagaan Dari DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor
30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Menerima Geran Perniagaan Dari DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor

Liga ini dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Selangor. Program Liga Usahawan OKU Malaysia - SAY LEAD PRO dijalankan dibawah inisiatif Entrepreneurship Selangor dengan membawa visi dan misi Baginda untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia. Liga ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Hasanah melalui “Hasanah Special Grant”. 

DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor Berkenan Untuk Memberikan Geran Perniagaan Kepada 30 Usahawan Orang Kurang Upaya (Oku) Dalam Program Liga Usahawan Oku Malaysia (Say Lead Pro)
Pada 11 Oktober 2022, bertempat di Sunway Resort Hotel, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan untuk menyumbangkan geran perniagaan kepada 30 usahawan OKU untuk memulakan perniagaan mereka diiringi oleh Dato’ Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah dan Penaja Utama Program Liga Usahawan OKU Malaysia- SAY LEAD PRO, Yang Berusaha Zuhaimi Bin Omar, Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Faiz Bin Shuhaimi, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia dan Puan Nurul Azwa Binti Mohd Rodzi, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community. 

30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Menerima Geran Perniagaan Dari DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor
30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Menerima Geran Perniagaan Dari DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor

Mengenai Program SAY LEAD
Program SAY LEAD telah berjalan selama 18 bulan sejak Januari 2022. 60 peserta dipilih untuk menjalani kursus perniagaan selama 18 bulan yang merangkumi empat fasa iaitu; 
  • Fasa pertama: Unearth The Talent (4 Bulan)
  • Fasa Kedua: Commercialisation (4 Bulan)
  • Fasa Ketiga: Sustainability (4 Bulan)
  • Fasa Terakhir: Giving Back to Societies (4 Bulan) 
Kriteria pemilihan peserta adalah seperti berikut :
  • Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
  • Berumur dari 18 tahun hingga 45 tahun
  • Berupaya untuk hadir ke kelas secara fizikal dan secara dalam talian 
  • Berminat untuk mempelajari aktiviti perniagaan

Setiap minggu selama kursus bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan dalam untuk dilaksanakan dalam perniagaan mereka sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa pertama, peserta perlu hadir ke kelas secara fizikal untuk mempelajari amali bagaimana untuk menghasilkan produk/perkhidmatan seterusnya mendapatkan pembekal dan mengekalkan kualiti produk. 

30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Menerima Geran Perniagaan Dari DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor
30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Menerima Geran Perniagaan Dari DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor

Memasuki fasa kedua Commercialisation, daripada 60 peserta hanya 30 peserta sahaja yang akan dipilih untuk memasuki fasa kedua. Pada fasa ini, peserta akan diberikan ilmu bagaimana hendak untuk mengkomersialkan produk yang dihasilkan sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa kedua ini, Selangor Youth Community (SAY) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan bootcamp selama tiga hari dua malam di International Youth Centre (IYC), Cheras. Hasil daripada bootcamp tersebut, setiap peserta dibimbing dan ditetapkan mentor berdasarkan produk yang dihasilkan kepada tiga kumpulan iaitu F&B, Jahitan dan perniagaan atas talian. 

30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Menerima Geran Perniagaan Dari DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor
30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Menerima Geran Perniagaan Dari DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor

Hasil bimbingan tersebut, setiap peserta berjaya memiliki produk sendiri berdasarkan bimbingan daripada mentor. Dalam pada itu, fasa ini juga turut dipantau rapat oleh pihak Selangor Youth Community (SAY) dan mentor dengan mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali pada bulan September untuk merekodkan jualan, kaedah pemasaran dan lain-lain lagi. 

30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Menerima Geran Perniagaan Dari DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor
30 Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Menerima Geran Perniagaan Dari DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor

Tahniah kepada semua penerima geran perniagaan dalam program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO). 

Post a Comment

1 Comments

Sis Lin said…
Alhamdulilah, semoga dengan sumbangan ini memberi manfaat kepada warga OKU untuk menampung kehidupan mereka di masa akan datang..