Review Filem - Talbis Iblis

Review Filem - Talbis Iblis
Review Filem - Talbis Iblis


Review Filem - Talbis Iblis Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Filem paling seram tahun 2022, macam mana tahap seram filem ini? Kabir Bathia kini kembali dengan filem arahan terbarunya, Talbis Iblis kini ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Oktober 2022. Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan MM2 Entertainment. Best ke tidak filem ini? Mari MOMI kongsikan review filem Tablis Iblis*Perhatian : Spoiler!* 

Trailer Talbis Iblis 2022

Sinopsis Talbis Iblis
Filem Talbis Iblis mengisahkan tentang Hajar (Azira Shafinaz), yang memutuskan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Arshad (Amir Nafis) menghantar Hajar tinggal bersama Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya. Apa yang terjadi seterusnya? 

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam 38 Minit ini merupakan arahan Kabir Bhatia. Filem Talbis Iblis dibintangi oleh barisan pelakon hebat iaitu Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D. 

Review Filem - Talbis Iblis
Poster Rasmi Filem - Talbis Iblis


Lama dah tak tengok filem seram dekat panggung wayang. Tahun ini sempat juga merasa menonton filem seram sambil tutup mata dan telinga haha. Review filem kali ini, filem "Talbis Iblis" mendapat sambutan juga dikalangan penonton dan letak mengutip sebanyak RM2 juta (setakat 28 Oktober 2022). Dah berapa kali Blogger Bebelan Cik Min tanya bila nak tengok Talbis Iblis? Minggu lepas sempat jugak ke panggung wayang untuk menonton filem ini bersama Blogger Dik Bee dan Penaberkala.

Ulasan Filem Talbis Iblis
Jalan cerita filem "Talbis Iblis" ini macam dah boleh agak sebenarnya apa yang akan jadi. Pada awalnya sedikit lambat dan pada bahagian akhir ada sikit lah plot twist. Seperti yang dijangka, banyak 'jump scare' dan adengan yang mengejutkan juga. Satu benda yang MOMI nak puji untuk filem ini ialah mengenai editing, camera angle dan senimatografinya yang sangat menarik. Cara kemunculan makhluk halus macam filem 'omputeh' (luar negara) dan beberapa editing dab efek yang serius cool. Untuk barisan pelakon filem ini agak menarik macam Nasha Aziz dan Azira Shafinaz yang menghidupkan jalan cerita filem Talbis Iblis ini dengan baik. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Talbis Iblis okay sahaja tetapi dengan efek yang menarik. Pada pandangan MOMI, jalan cerita mungkin boleh diperbaiki lagi dan bahagian akhirnya juga kurang menarik dan perlukan lebih plot twistJangan lupa saksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 20 Oktober 2022. 

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG



Post a Comment

0 Comments