Review Filem - Juang

Review Filem - Juang
Review Filem - Juang

Review Filem - Juang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Masih teringat tentang situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2022? Sebuah filem yang bakal menggamit memori semasa negara kita diserang virus COVID-19, filem Juang kini ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 8 September 2022. Filem yang diedarkan oleh Asia Tropical Films, The Film Engine, Astro Shaw dan Suhan Movies ini diarahkan oleh lima pengarah filem dan membariskan pelakon ternama di Malaysia. Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem Juang*Perhatian : Spoiler!* 

Trailer Juang 2022

Sinopsis Juang
Filem Juang mengisahkan tentang suasana pandemik yang berlaku dan cuba mengangkat keadaan sebenar yang cukup payah dilalui seluruh rakyat Malaysia. Diinspirasikan daripada kisah benar dengan memaparkan kisah-kisah petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, penghantar makanan dan ramai lagi tentang bagaimana petugas barisan hadapan ini melawan wabak COVID-19 dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin. (Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu)

Filem yang berdurasi selama lebih 2 Jam ini merupakan arahan 5 pengarah filem terkemuka di Malaysia iaitu Aziz M. Osman, Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali. Filem Juang dibintangi oleh barisan pelakon hebat iaitu Zizan Razak, Zul Ariffin, Janna Nick, Izzue Islam, Vanidah Imran, Jack Lim, Sangeeta Krishnasamy, Haoren, Rosyam Nor, Dian P. Ramlee, Steve Yap, Chew Kin Wah, Azri Sabri, Adibah Noor, Cedric Loo, Luqman Hafidz, Silfeny Osman, Wanna Ali, Puteri Rayyana, Angeline Tan, Baki Zainal, Dato’ Jalaludin Hassan, Abi Manyu, Dian P Ramlee, Bohari Ibrahim, Lisdawati, Fahrin Ahmad, Pekin Ibrahim, Duwerra Mitilda, Priscilla Abby, Gadrick Chin dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D. Filem ini menelan belanja RM6 juta. 

Lagu Tema Filem Juang 
  • Sheila Majid - Wira Hatiku
  • Dato' Sri Siti Nurhaliza - Sama-Sama

Review Filem - Juang
Poster Filem - Juang

Ulasan Filem Juang
Pelbagai review positif untuk filem ini, jadi MOMI menonton filem "Juang" di panggung wayang. Mengembalikan memori sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pertama pada Mac 2020, filem ini mengangkat 'frontliner' yang bertungkus lumus membantu dan memantau semasa PKP dijalankan. MOMI kagum dengan barisan pengarah dan pelakon yang terlibat menjayakan filem ini. Oleh kerana itu, MOMI ke panggung wayang untuk menyokong filem ini.

Untuk jalan cerita filem ini, tidak hanya fokus pada satu jalan cerita tetapi empat jalan cerita yang berbeza termasuk kisah anggota polis, doktor dan jururawat di Pusat Rawatan dan Rawatan COVID-19, penghantar makan dan misi menyelamatkan 113 rakyat Malaysia yang terkandas di Wuhan. Kesemua jalan cerita sangat menyentuh hati dengan kisah masing-masing. Pelbagai reaksi suka duka yang boleh disaksikan dalam filem ini. MOMI tak sangka akan jatuhkan air mata beberapa kali melihat beberapa adengan dalam filem Juang ini.

Barisan pelakon pula sangat menjiwai watak masing-masing dengan baik. Dari watak Zizan sebagai seorang anggota polis, Janna Nick sebagai seorang jururawat, Sangeeta Krishnasamy sebagai penghantar makanan dan ramai lagi, sememangnya menghidupkan lagi filem ini dengan baik. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Juang sangat menyentuh hati dan menggamit memori semasa kita melalui PKP pada Mac 2020. Sangat berbaloi menonton filem ini yang pastinya akan buat anda sebak. Filem ini sebenarnya bagus untuk anak-anak kita pada masa hadapan supaya mereka dapat melihat betapa sukarnya semua orang melalui PKP pada masa itu. Kalau berkesempatan untuk tengok di wayang, sila pergi tengok okay. Jangan lupa saksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 8 September 2022. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG

 

Post a Comment

0 Comments