Review Filem - Air Force The Movie : Selagi Bernyawa

Review Filem - Air Force The Movie : Selagi Bernyawa
Review Filem - Air Force The Movie : Selagi Bernyawa 

Review Filem - Air Force The Movie : Selagi Bernyawa Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Sebuah lagi filem Melayu yang mendapat kutipan tiket memberansangkan tahun ini iaitu lebih dari RM6 Juta (3 hari tayangan) dan RM27 Juta (pada tarikh 12 September 2022). Filem bertemakan aksi, patriotik dan ketenteraan ini diterbitkan oleh Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media dan dikeluarkan oleh GSC Movies. Air Force The Movie : Selagi Bernyawa kini ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 25 Ogos 2022. Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa*Perhatian : Spoiler!* 

Trailer Air Force The Movie : Selagi Bernyawa 2022

Sinopsis Air Force The Movie : Selagi Bernyawa
Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa mengisahkan tentang pasukan PASKAU yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan, yang bertugas melindungi manusia yang berkhidmat di negara yang dilanda perang, Namburi. Sekembalinya ke rumah mereka, pesawat mereka ditembak jatuh secara tiba-tiba oleh militan tempatan. Sembilan penumpang berjaya membuat lompatan mereka sebelum pesawat terhempas. Kembali ke Malaysia, setelah mendapat berita, tentera udara membuat persiapan untuk menyelamatkan. Adik ipar Adib, Zafran, seorang juruterbang SUKHOI yang bertapak, berjuang untuk peluang menyelamatkan mereka. Tentera udara mengerahkan pertolongan dan yang terselamat membuat jalan terakhir mereka untuk menyelamatkan. Adakah misi mereka berjaya?

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam 44 Minit ini merupakan arahan bersama Zulkarnain Azhar dan Frank See. Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa dibintangi oleh Aiman Hakim Redza, Dato’ Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As’ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali, Anas Ridzuan, Iman Corinne, Niezam Zaidi dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D dan 2D Atmos. Filem ini menelan kos belanja sebanyak RM8 juta. 

Lagu OST Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa
  • Selagi Bernyawa nyanyian The Penthemix

Review Filem - Air Force The Movie : Selagi Bernyawa
Poster Filem - Air Force The Movie : Selagi Bernyawa 

Ulasan Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa
Rajin betul MOMI tengok filem Melayu tahun ni kan? Yes! Sebab banyak filem kita yang menarik untuk ditonton dekat wayang tahun ini, dan salah satunya filem yang MOMI nak review ini. Untuk review kali ini MOMI berkesempatan untuk menonton filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa di panggung wayang. Sebenarnya sudah lama teruja untuk menonton filem ini, tapi sebab PKP dulu filem ini ditunda ke tahun ini dan Alhamdulillah sudah mula ditayangkan.

Jalan cerita filem ini mendebarkan dari permulaan sehingga babak terakhir. Selain itu, filem ini menerapkan semangat patriotik yang baik disamping pelbagai aksi berlawan dan bertempur yang mengujakan. Filem ini turut selitkan beberapa unsur humor, unsur menyayat hati dan paling penting, MOMI teruja menonton aksi jet pejuang walaupun tak terlalu banyak ditonjolkan. 

Untuk barisan pelakon filem Air Force : Selagi Bernyawa, masing-masing bawa watak mereka dengan baik, terutamanya watak Rock "Kapten Adib" (yang dilakonkan oleh Nas-T) dan Tuai (Pablo Amirul). Sedikit kekurangan yang MOMI kurang gemar ialah beberapa babak dalam filem ini nampak terlalu CGI dan ada beberapa adengan yang sedikit perlahan yang boleh diperbaiki. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Air Force : Selagi Bernyawa ini menarik untuk ditonton. Filem yang pastinya membangkitkan semangat patriotik serta menonjolkan bagaimana pasukan PASKAU dan Tentera Udara bersatu menentang musuh. Sebuah usaha yang harus dipuji. Jangan lupa saksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 25 Ogos 2022. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG

 

Post a Comment

Previous Post Next Post