Review Filem - Ada Hantu 2

Review Filem - Ada Hantu 2
Review Filem - Ada Hantu 2

Review Filem - Ada Hantu 2 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Tahun lalu, filem Ada Hantu arahan Hairul Azreen, telah menjadi bual mulut para netizen sebab filem yang kelakar dan menarik. Kali ini, Hairul Azreen kembali mengarahkan filem sekuelnya, filem Ada Hantu 2 kini ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 15 September 2022. Filem ini diterbitkan oleh ACT 2 Pictures dan diedarkan oleh GSC Movies. Best ke tidak filem ini? Mari MOMI kongsikan review filem Ada Hantu 2*Perhatian : Spoiler!* 

Trailer Ada Hantu 2 2022

Sinopsis Ada Hantu 2
Filem Ada Hantu 2 mengisahkan tentang kehidupan lima rakan, Aliff, Bariah, Talha, Jimmy dan Sasha kembali ke banglo lama milik arwah nenek Bariah dan mereka sedang dalam misi mencari hantu Jepun dan hantu Kimono yang muncul dalam mimpi Bariah. Kumpulan itu menghadapi beberapa insiden huru-hara di banglo itu terutama apabila mereka menemui satu lagi pintu misteri yang berada di dalam bilik pembantu rumah yang membawa kepada... 

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam 43 Minit ini merupakan arahan Hairul Azreen (yang juga merupakan pengarah filem Ada Hantu). Filem Ada Hantu 2 dibintangi oleh barisan pelakon hebat iaitu Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Sophia Albarakbah, Fify Azmi dan Henley Hii. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D. 

Review Filem - Ada Hantu 2
Review Filem - Ada Hantu 2

Ulasan Filem Ada Hantu 2
Filem komedi seram ini mendapat pelbagai respon yang positif di media sosial. Disebabkan nak sokong filem kita, MOMI ke panggung wayang untuk saksikan filem Ada Hantu 2 di pawagam. Sebelum menonton filem ini, MOMI tidak menonton filem pertamanya, jadi MOMI tak tahu bagaimana jalan ceritanya. (Tengok "Ada Hantu" dekat Disney+ Hotstar selepas menonton filem ini dipawagam)

Untuk jalan cerita filem ini pada MOMI sangat menarik dan menghiburkan. Pada awalnya sudah diselitkan dengan unsur seram dan humor. Disebabkan MOMI pertama kali menonton siri filem ini, jadi bahagian awal filem memang sudah terhibur dan ada rasa 'feel' seram tu. Kemudian, pada sejam terakhir filem ini memang kelakar habis, lagi-lagi teringat beberapa adengan awal. Serius memang terhibur habis haha. 

Barisan pelakon juga menarik dan masih mengekalkan watak-watak dari filem pertamanya. Watak paling yang MOMI suka adalah watak 'Hana' yang menjadi perhatian dalam filem ini. Watak Hana serius kelakar dan pada masa yang kesian jugak haha. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Ada Hantu 2 sangat menghiburkan dan kelakar. Filem ini lebih menarik dan lebih baik dari filem pertamanya. MOMI dapat rasakan filem ini bakal ada sambungan lagi selepas menonton bahagian akhir filem ini. Harap filem sambungan nanti lebih gempak dan lebih kelakar. Jangan lupa saksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 15 September 2022. 

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG


Post a Comment

2 Comments

Bro Framestone said…
Kena tengok Ada Hantu yang 1st dulu ke, sebelum tengok yang ini?
Rafzan Tomomi said…
rasanya tengok je haha