Review Filem - Abang Long Fadil 3

Review Filem - Abang Long Fadil 3
Review Filem - Abang Long Fadil 3

Review Filem - Abang Long Fadil 3 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Tahun ini kita disajikan dengan pelbagai filem menarik, terutamanya filem bahasa Malaysia. Kutipan juga agak memberansangkan berbanding tahun sebelum-sebelum ini. Filem yang MOMI nak review ini juga merupakan salah satu filem yang mendapat kutipan yang tinggi iaitu RM18 Juta (setakat 22 September 2022). Filem tersebut ialah filem Abang Long Fadil 3 kini ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 8 September 2022. Filem yang diedarkan oleh Skop Production ini diarahkan oleh Syafiq Yusof . Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem Abang Long Fadil 3*Perhatian : Spoiler!* 

Trailer Abang Long Fadil 3 2022

Sinopsis Abang Long Fadil 3
Filem Abang Long Fadil 3 mengisahkan tentang kehidupan Fadil yang mendapat tawaran daripada NSS (National Secret Service) untuk menjadi seorang ejen atau perisik profesional dalam menjatuhkan kumpulan samseng terbesar SSO (Secret Society Organization) yang diketuai oleh Chow Han. Chow Han bersama kumpulannya mempunyai niat jahat untuk menakluki negara Nusantara dan mengambil alih kerajaan daripada Presiden Republik Nusantara tersebut. Ejen Fadil bersama Ejen Alice bekerjasama untuk menumpaskan konspirasi jahat Chow Han tersebut. Akan tetapi misi tersebut menjadi semakin rumit apabila bekas teman wanita Fadil iaitu Yana menggangu misi NSS tersebut sekali gus melambatkan misi yang telah ditetapkan oleh Chief Kazar. Chow Han menyedari bahawa dia telah diintip oleh NSS, jadi dia menghantar seorang pembunuh Raja Cobra untuk menghapuskan Fadil dan Alice.  (Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu)

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam 56 Minit ini merupakan arahan Syafiq Yusof (yang juga merupakan pengarah filem Abang Long Fadil 1 dan 2). Filem Abang Long Fadil 3 dibintangi oleh barisan pelakon hebat iaitu Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, AC Mizal, Shuib, Kazar Saisi, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Khir Rahman, Shuib Sepahtu, Siraj Alsagoff, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sya, Wak Doyok, Hairul Azreen, Yusof Haslam, Hamdan Ramli, Deen Maidin dan Farid Amirul. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D. Filem ini menelan belanja RM6 juta. 

Lagu Tema Filem Abang Long Fadil 3 
  • Payung - Elizabeth Tan & Zizan Razak
Review Filem - Abang Long Fadil 3
Review Filem - Abang Long Fadil 3

Ulasan Filem Abang Long Fadil 3
Filem aksi komedi ini mendapat pelbagai respon yang positif dikalangan penontonnya. Dengarnya ramai yang terhibur selepas menonton filem Abang Long Fadil 3 ini. Jadi MOMI masukkan dalam senarai filem untuk ditonton bulan ini. Walaupun lewat seminggu menonton, tak naklah ketinggalan kan menyaksikan filem ini di panggung wayang.

Untuk jalan cerita filem ini, pada MOMI sangat menarik sebab ia bertemakan perisik (spy) dan seperti yang dijangkakan memang penuh dengan humor. Dari awal sampai habis, memang anda akan ketawa dan kebanyakkanya lawak yang tak dibuat-buat dan sangat random. Ada masa, MOMI gelak lagi walaupun adengan dah habis. Untuk adengan aksi, memang sangat menarik dan banyak adengan meletop serta tembak menembak. MOMI nak puji juga  props dalam filem ini memang terbaik termasuk set pengambaran.

Pemilihan barisan pelakon pula memang sangat sesuai dengan watak masing-masing. Lakonan Zizan Razak dan Johan memang tak boleh kata apa, memang kelakar habis. Watak Elizabeth Tan sebagai Alice memang sangat menarik dan beliau memang sesuai dengan watak spy ni. Semua watak dalam filem dibawa dengan baik, even watak Yana (Tania Hudson) pon sangat diingati haha. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Abang Long Fadil 3 sangat kelakar, menghiburkan dan buat anda tak berhenti ketawa. Kalaulah ada sekuel untuk filem ini, MOMI mengharapkan ia dengan tema yang lain selain dari gangster dan peisik seperti filem sebelum ini. Paling penting, mesti kena kelakar habis haha. Jangan lupa saksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 8 September 2022. 

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG


Post a Comment

0 Comments