Cuba Meatball Rendang IKEA

Cuba Meatball Rendang IKEA
Cuba Meatball Rendang IKEA

Cuba Meatball Rendang IKEA | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Minggu lepas MOMI ke Ikea Cheras untuk cuba sendiri menu terhad dari IKEA iaitu Meatball Rendang. Menu khas sempena Hari Kebangsaan ini, mula dijual dekat Kafe IKEA bermula 1 Ogos 2022 hingga 31 Ogos 2022. Apa yang menarik tentang menu Meatball Rendang dari IKEA ini? Mari MOMI kongsikan. 

Kebiasaanya, MOMI suka pesan Swedish Meatball dekat IKEA. Kali ini, MOMI cuba Meatball Rendang pula. Rasa macam pelik sikit tapi tetap nak cuba juga. Rasa bebola daging dan rendang, okay sahaja cuma mungkin tak kena dengan tekak. Rasa rendang boleh tahan juga. Untuk sekali sekala, boleh lah pesan Meatball Rendang. Meatball Rendang dari IKEA ini dijual dengan harga RM16.50 (untuk 16 ketul). 

Cuba Meatball Rendang IKEA
Cuba Meatball Rendang IKEA

Selain dari Meatball Rendang, IKEA juga memperkenalkan beberapa menu terhad bertemakan menu berasaskan tumbuhan sehingga hujung bulan ini iaitu Bebola Sayur, Caesar Salad dan Schnitzel Berasaskan Tumbuhan. Selamat mencuba!


Post a Comment

0 Comments