Review Filem - Minions: The Rise of Gru

Review Filem - Minions: The Rise of Gru
Review Filem - Minions: The Rise of Gru

Review Filem - Minions: The Rise of Gru Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Rindunya nak tengok filem kartun dekat wayang. Kali terakhir tengok tahun lepas filem Encanto. Kebetulan minggu ini, filem Minions: The Rise of Gru keluar, apa lagi memang serbu panggung wayang lah hehe. Filem Minions: The Rise of Gru kini ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 30 Jun 2022. Best ke tak? Mari MOMI kongsikan review filem Minions: The Rise of Gru*Perhatian : Spoiler!* 

Trailer Minions: The Rise of Gru 2022

Sinopsis Minions: The Rise of Gru
Filem Minions: The Rise of Gru mengisahkan tentang Gru adalah fanboy Vicious 6, kumpulan superwillain yang diketuai oleh pejuang legenda Wild Knuckles. Apabila kumpulan itu menggulingkan pemimpin mereka, Gru memutuskan inilah peluangnya untuk bergabung dengan mereka. Bersama dengan Minionnya yang setia, Kevin, Stuart, Bob dan pendatang baru Otto, dia membina rumah tangga pertama mereka. Dia dan Minionnya juga bereksperimen dengan senjata pertama mereka dan melakukan misi pertama mereka. Malangnya bagi Gru, dia gagal mengesankan Vicious 6 semasa wawancara dengan mereka dan hanya berjaya menjadi musuh mereka sebagai gantinya. Sekarang Gru, menyedari bahawa walaupun orang jahat memerlukan pertolongan dari rakan mereka, tidak mempunyai pilihan selain beralih kepada sekutu liar, Wild Knuckles untuk menyelamatkan dirinya.

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam 30 Minit ini merupakan arahan Kyle Balda. Filem Minions: The Rise of Gru dibintangi oleh Steve Carell, Taraji P. Henson, Michelle Yeoh, RZA, Jean-Claude Van Damme, Lucy Lawless, Dolph Lundgren, Danny Trejo, Russell Brand, Julie Andrews, Alan Arkin dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D D-BOX dan 2D ATMOS D-BOX. Filem ini diedarkan oleh United International Pictures dan menelan belanja sehingga RM85 juta. 

Review Filem - Minions: The Rise of Gru
Review Filem - Minions: The Rise of Gru

Ulasan Filem Minions: The Rise of Gru
Bello? Yeahhh Minions kembali dengan filem kedua mereka, Minions: The Rise of Gru. Filem ini kesinambungan dari filem pertama, selepas mencari ketua mereka dan akhirnya berjumpa dengan Gru. MOMI memang ikuti siri filem Minions sejak dari Despicable Me (2010). MOMI tak letak apa-apa expectation untuk filem ini, biasanya tengok siri filem ini untuk seronok-seronok, tengok minions dan memang untuk gelak-gelak je haha. 

Jalan cerita yang menghiburkan dan pastinya penuh dengan humor. Kecomelan minions adalah tarikan utama untuk filem ini. Pastinya 4 karakter utama dalam Minions di ketengahkan dalam filem ini iaitu Kevin, Stuart, Bob dan Otto disamping Gru. Cuma rasa geram sikit sebab lambat tangkap bila minions sembang sesama sendiri, sebab tiada subtitle haha. Kali ini teruja lagi sebab minions sebut "nasi goreng", "kicap manis" dan "soto ayam". 

Keseluruhannya, filem Minions: The Rise of Gru ini menghiburkan dan penuh dengan gelak ketawa. Bila tengok Minions mesti akan auto gelak lah dengan kecomelan dan gelabah mereka tu hehee. Seperti yang MOMI jangkakan, filem ini sekadar untuk buat anda ketawa dan santai. Jom guys kita saksikan filem ini di pawagam bermula 30 Jun 2022. Selamat menonton!

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG


1 Comments

  1. Wah tinggi juga bintang Momi bagi. Kira okay la kot lepas stress

    ReplyDelete
Previous Post Next Post