Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia

Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia
Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia

Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia telah mengadakan Majlis Penutup Program Woman Beauty Preneur di Spaceseven Setia Avenue, Shah Alam pada 30 Jun 2022. Majlis penutup Program Woman Beauty Preneur kerjasama antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia dibawah inisiatif Program Micro Connector ini telah disempurnakan oleh Encik Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia. Program ini telah berjaya membantu 400 orang peserta mempelajari teknik dan kemahiran solekan khusus bermula dari Mac 2022 hingga Jun 2022.

Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia
Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia
 
SME Corp. Malaysia Membantu Perusahaan Mikro Untuk Berkembang Maju
SME Corp. Malaysia selaku agensi penyelaras pusat pembangunan PMS di Malaysia turut memberi fokus dalam membantu perusahaan mikro untuk berkembang maju dan berdaya saing dalam pasaran. Untuk pengetahuan anda, Program Micro Connector merupakan program induk yang dilaksanakan khusus bagi membantu perusahaan mikro menjalankan perniagaan secara lebih cekap serta membimbing komuniti inklusif termasuk golongan wanita, belia, B40, OKU, Orang Asli, bekas banduan dan sebagainya dalam mempelajari teknik serta memperoleh kemahiran baharu, disamping dapat menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan.

Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia
Ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Encik Rizal Nainy

Bagi merealisasikan hasrat ini, SME Corp. Malaysia mengambil pendekatan untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu untuk dilantik sebagai Rakan Penyedia Perkhidmatan bagi membimbing kumpulan sasaran. Sejak Program Micro Connector mula dilaksanakan pada tahun pada tahun 2019 sehingga Disember 2021, seramai 19,171 peserta termasuk perusahaan mikro dan individu dari komuniti inklusif telah menerima manfaat dengan jumlah bantuan bernilai RM11 juta. Program Micro Connector telah melakar kejayaan apabila sebilangan peserta merekodkan peningkatan purata pendapatan bulanan sehingga 100% setelah menyertai program ini.

Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia
Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia

Kerjasama SME Corp. Malaysia dan Akademi Diyana Untuk Program Women Beauty Preneur
Syarikat Akademi Kecantikan Artistik Diana atau Akademi Diyana merupakan salah sebuah Rakan Penyedia Perkhidmatan di bawah bagi Program Micro Connector yang telah di lantik pada tahun 2022 yang menganjurkan Program Women Beauty Preneur. Program ini memberi manfaat kepada 400 orang peserta wanita dengan membantu mereka mempelajari teknik dan kemahiran solekan khusus bagi acara Day, dinner Occasion, professional Ethics dan latihan pemasaran serta memberikan peserta kit permulaan perniagaan seterusnya menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan.

Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia
Ucapan Dari CEO Akademi Diyana, Puan Dyana Sofia

MOMI berkesempatan melihat sendiri tempat kursus Akademi Diyana di Setia Alam. Tempat untuk kursus memang sangat selesa dan boleh memuatkan sehingga 70 orang dalam satu masa. Selain itu, pembelajaran juga mengikut masa peserta sendiri dan secara one-to-one. Rasa seronok pula tengok tempat kursus ni. Paling menarik, setiap peserta akan diberikan alatan make up serta buku untuk permulaan. Menarik kan? 

Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia
Tempat Kursus Akademi Diyana

Akademi Diyana Melanjutkan Program Woman Beauty Preneur Masa Akan Datang
Akademi Diyana telah menjelajah ke setiap negeri yang terpilih untuk menjayakan Program Woman Beauty Preneur (Program Micro Connector) dan kini merancang untuk melanjutkan program bagi peserta Women Beauty Preneur (Program Micro Connector) dengan memilih seramai 200 orang peserta terbaik dalam program sebelum ini untuk diberi pemantauan penuh selama 6 bulan sehingga mereka berjaya menjana pendapatan sendiri. 

Dalam kursus jangka pendek ini, Akademi Diyana akan lebih menekankan persediaan para peniaga dengan dandanan diri (imej grooming), pemasaran luar talian (off line marketing), bercakap dikhalayak ramai (public speaking), asas perakaunan dan ilmu pembayaran tax bagi setiap perniagaan. Pihak Akademi Diyana juga akan turut membantu mereka mendapatkan dana pinjaman untuk melanjutkan pelajaran kemahiran ke peringkat advance sehingga mendapat sijil yang diktiraf serta dana pinjaman sebagai modal awal perniagaan.

Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia
Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia

Bagi golongan yang kurang berkemampuan, Akademi Diyana mensasarkan kerjasama dengan jabatan kerajaan negeri seperti pusat zakat dan kebajikan masyarakat untuk mengeluarkan dana bagi belia, ibu tunggal, anak yatim, asnaf serta OKU untuk menceburkan diri dalam pembelajaran bidang kemahiran sehingga mendapat sijil yang diktiraf sekurang-kurangnya SKM level 2. Ini sebagai usaha membantu mereka menjana pendapatan sendiri dan menaik taraf dalam kehidupan harian golongan ini.

Program yang Akademi Diyana rancangkan ini adalah untuk mencapai Visi Akademi Diyana bagi melahirkan golongan berilmu, mahir dan profesional ke arah membangunkan nilai usahawan dalam industri kosmetik, rawatan kecantikan/spa, salon rambut serta juru make up. Mereka menyasarkan pembelajaran jangka pendek di seluruh negeri, bagi memberi peluang kepada semua golongan in tanpa mengira jauh atau dekat untuk dapat turut serta menceburi peluang yang dibuka.

Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia
MOMI bersama Puan Dyana Sofia, CEO Akademi Diyana

Tahniah dan syabas buat kerjasama antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia yang ingin membantu dan memberi peluang kepada para usahawan Mikro untuk mengembangkan perniagaan mereka. Semoga usaha ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan melahirkan lebih ramai lagi usahawanita yang berjaya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Akademi Diyana atau berminat ingin menyertai bidang kemahiran kecantikan, kursus jangka pendek, bengkel-bengkel anjuran Akademi Diyana, sila hubungi di talian 0173309063 atau 0123009037. Layari laman web rasmi Akademi Diyana. Ikuti media di laman media sosial di Facebook dan Instagram.

Post a Comment

0 Comments