Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall

Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall
Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall 

Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Disebabkan populariti Suki-ya Restaurant semakin melonjak naik, satu lagi restoran BBQ Town juga mendapat perhatian ramai. Sudah menjadi kebiasaan MOMI singgah ke Mid Valley Megamall Kuala Lumpur setiap minggu untuk beli barang, lepak dan sebagainya. Baru perasan BBQ Town Restaurant dibuka dekat Mid Valley Megamall. Apa yang menarik tentang BBQ Town Mid Valley Megamall? Mari MOMI kongsikan.

Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall
Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall 

Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall
Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall 

Peminat Steamboat dan Shabu-Shabu boleh cuba makan dekat sini. Dekat BBQ Town Mid Valley Megamall memang ramai orang beratur, terutamanya hujung minggu dan hari biasa (selepas 6:30 petang). Konsep makan dekat sini ada steamboat dan grill. Anda boleh pilih antara daging lembu, ayam atau kambing bersama ssup ayam atau miso pedas. Anda boleh pesan seberapa banyak dan pastikan habis ya! Oh ya, anda hanya ada masa 120 minit (2 Jam) untuk makan. Tambahan 15 minit (selepas 2 jam) pula akan ditambah RM5.00.

Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall
Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall 

Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall
Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall 

Review BBQ Town Mid Valley Megamall
Nak makan dekat sini memang kena bersabar ya, sebab orang beratur memang ramai. Setiap kali datang memang kena tunggu at-least setengah jam sebelum dapat masuk. Kalau ramai biasanya pelayan mereka akan tanya terus berapa orang, nak sup apa dan nak daging lembu, ayam atau kambing. Selepas pesan, kita tunggu sehingga dipanggil. 

Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall
Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall 

Dapat masuk je, boleh nampak ada meja bufet dan macam-macam jenis sayur yang anda boleh pilih. Selain itu, anda juga boleh pilih pelbagai pilihan bebola seperti hot dog, tofu cheese, fish cake dan macam-macam lagi. Seronok dapat makan panas-panas sambil bakar. Ada juga menu lain seperti sushi, air (dua pilihan) dan aiskrim. Bagi MOMI sangat berpuas hati makan, cuma nak rebus tu cepat kering sikit kena kerap tambah sup. Lepas tu, tempat grill tu melekat-melekat sikit, tapi tetap layan jugak semua makanan disini. 

Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall
Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall 

Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall
Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall 

Harga Buffet BBQ Town Mid Valley Megamall
Harga buffet BBQ Town Mid Valley Megamall berbeza untuk hari biasa dan hari minggu. Berikut adalah senarai harga untuk buffet Suki-Ya Restaurant. Untuk harga kanak-kanak, dari 4 hingga 11 tahun :

Buffet BBQ Town Mid Valley Megamall (Hari Biasa)

Makan Tengah Hari (11:00 pagi hingga 5:00 petang)
Dewasa : RM47.35 (Seorang)
Kanak-Kanak : RM23.65 (Seorang)

Makan Malam (5:00 petang - 10:00 malam)
Dewasa : RM53.15 (Seorang)
Kanak-Kanak : RM25.40 (Seorang)

Buffet BBQ Town Mid Valley Megamall (Hari Minggu & Cuti Umum)

Makan Tengah Hari (11:00 pagi hingga 5:00 petang)
Dewasa : RM50.80  (Seorang)
Kanak-Kanak : RM26.60 (Seorang)

Makan Malam (5:00 petang - 10:00 malam)
Dewasa : RM56.60 (Seorang)
Kanak-Kanak : RM28.30 (Seorang)

Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall
Food Review - BBQ Town Mid Valley Megamall 

Alamat BBQ Town Mid Valley 
S025, 2/F, 
Mid Valley Megamall, 1, 
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 
58000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi BBQ Town Mid Valley 
Dibuka setiap hari dari 11:00 pagi hingga 10:00 malam



Post a Comment

Previous Post Next Post