Yogurt Cow Malaysia - Minuman Sihat & Yogurt

Yogurt Cow Malaysia - Minuman Sihat & Yogurt

Yogurt Cow Malaysia - Minuman Sihat & Yogurt | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! MOMI berkesempatan ke Yogurt Cow Malaysia di Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada bulan lalu. Mula-mula ingatkan nak teman kawan ke sana tapi alang-alang nak rasa sekali lah minuman yogurt di Yogurt Cow Malaysia ini. Apa menu menarik yang boleh anda cuba di Yogurt Cow Malaysia ini. Mari MOMI kongsikan. 

Yogurt Cow Malaysia - Minuman Sihat & Yogurt
Yogurt Cow Malaysia - Minuman Sihat & Yogurt

Untuk pengetahuan anda, Yogurt Cow Malaysia menyediakan minuman sihat yang berasaskan yogurt dan rice yogurt mengikut citarasa anda. Yang MOMI dan kawan-kawan cuba ialah minuman Hot Selling yang menjadi kegemaran ramai iaitu Grapey Grape, Busy Mango Yogurt, Cow's Purple Rice Yogurt dan Smashy Strawberry. Harga minuman ini bermula dari RM13.90. Yang MOMI pesan ialah Grapey Grape, dimana rasanya memang masam dan selang-seli rasa manis buah anggur. Masam-masam manis gitu hehe. Sememangnya minuman sihat ya. 

Yogurt Cow Malaysia - Minuman Sihat & Yogurt
Yogurt Cow Malaysia - Minuman Sihat & Yogurt

Jika anda berminat untuk cuba rasai sendiri, anda boleh ke 10 cawangan Yogurt Cow Malaysia iaitu Sunway Velocity, Pavilion Bukit Jalil, Tropicana Gardens Mall, Johor Jaya, Segamat, One Avenue 9 Sandakan, Setia Alam Sunsuria Forum, Kuala Selangor, Negore Square, dan Sanctuary Mall. Selamat mencuba!


Post a Comment

0 Comments