Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang

Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang
Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang

Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang | Assalmualaikum dan Salam Sejahtera guys! Dekat negara kita ni, kalau ada benda yang tular memang ramai orang serbu. Lagi-lagi bila tular tempat makan menarik di sekitar Kuala Lumpur. Baru-baru ini, ada tular di media sosial tentang Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang. Sedap ke tidak Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang yang tular di media sosial tu? Mari MOMI kongsikan.

Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang
Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang

Wagyu Skewer yang tular itu boleh didapati di Don Don Donki Lot 10 Bukit Bintang. Seperti biasa, bila tular memang ramai orang beratur. Sebelum menunggu Wagyu Skewer, anda kena bayar dulu dekat kaunter dibelakang gerai Wagyu Skewer. Kalau ramai memang kena menunggu lama lah untuk beratur kan? hehe. Masa MOMI pergi beratur dalam 5 minit juga. Demi Wagyu Skewer yang tular ni, sanggup tunggu sebab nak rasa jugak hehe.

Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang
Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang

Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang
Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang

Untuk harga satu 'stick' Wagyu Skewer ini adalah RM15.80. Jika anda beli 2 'stick', anda boleh dapatkan Wagyu Skewer pada harga RM29.80. Macam diskaun la gitu. Dalam 3 minit selepas bayar, dapat jugak Wagyu Skewer yang MOMI nak rasa sangat tu haha. 

Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang
Wagyu Skewer Lot 10 Bukit Bintang

Gigitan pertama Wagyu Skewer ini memang sangat lembut dan ia mudah untuk dimakan sebab potongan dagingnya kecil-kecil. Mudah untuk dikunyah. Dari segi rasa, MOMI rasa okaylah. Sebab mungkin MOMI jangkakan rasanya sedikit manis-manis gitu tapi tidak. Untuk rasa boleh lah sekali sekala beli, bukan untuk makan selalu hehe.

Kalau anda berminat untuk makan Wagyu Skewer di Lot 10 Bukit Bintang, anda boleh datang sendiri dan rasai sendiri pengalaman makan Wagyu Skewer. Selamat mencuba!



Post a Comment

0 Comments