Review Filem - Top Gun : Maverick

Review Filem - Top Gun : Maverick
Review Filem - Top Gun : Maverick

Review Filem - Top Gun : Maverick Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Jika anda pernah menonton filem "Top Gun" (1986), inilah masanya untuk anda menonton sekuel filem ini setelah 36 tahun filem pertamanya ditayangkan. Sekuelnya, Top Gun : Maverick baru sahaja ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 26 Mei 2022. Best ke tak? Mari MOMI kongsikan review filem Top Gun : Maverick. *Perhatian : Spoiler!* 

Trailer Top Gun : Maverick 2022

Sinopsis Top Gun : Maverick
Filem Top Gun : Maverick mengisahkan tentang seorang juruterbang U.S Navy, Kapten Pete "Maverick" Mitchell kini merupakan seorang mentor penerbangan yang mendapati dirinya melatih sekumpulan generasi baru Top Gun untuk menyertai sebuah misi khas. Di situ dia bertemu dengan Lt. Bradley Bradshaw, yang juga dikenali sebagai "Rooster", iaitu anak kepada "Goose" yang juga bekas rakan Maverick, Lt. Nick Bradshaw. Maverick turut mendapati dirinya perlu berdepan dengan ketakutannya, yang akhirnya membawanya dalam sebuah misi yang memerlukan juruterbang yang terpilih untuk melakukan pengorbanan terbesar.

Filem yang berdurasi selama lebih 2 Jam 10 Minit ini merupakan arahan Joseph Kosinski. Filem Top Gun : Maverick dibintangi oleh Tom Cruise, Miles Teller, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Glen Powell, Lewis Pullman, Ed Harris dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D D-BOX, 2D ATMOS D-BOX.

Filem Menarik 2021 - Senarai Filem Tahun 2021
Poster "Top Gun: Maverick" (sumber : Imdb.com)


Ulasan Filem Top Gun : Maverick
Filem ini tidak ada dalam senarai untuk ditonton tahun ini. Tambahan pula, ia bukan genre kegemaran MOMI dan tak pernah juga menonton filem pertamanya. Bila kawan ajak tengok filem ini, MOMI pon okay lah, cubalah tengok sekali. Sekali lagi orang kata 'Don't Jugde A Book by It's Cover',  ternyata ia lebih menarik dan lebih mengujakan dari apa yang MOMI harapkan.

Untuk bahagian awal filem ini, perlahan sedikit kemudian dipertengahan filem jalan ceritanya semakin menarik dan semakin mendebarkan. Jalan ceritanya banyak juga 'flashback' beberapa adengan dari filem pertamanya, jadi sebagai penonton baru filem ini anda mungkin akan faham kesinambungannya. Pada bahagian klimaks filem ini, memang sangat mendebarkan semasa mereka buat misi mengenai keseluruhan agenda filem ini. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Top Gun : Maverick yang cool dan sangat mendebarkan. Serius, anda akan rasa sangat berdebar dengan pelbagai adengan dan plot twist yang menarikJangan lupa saksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 26 Mei 2022. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG

 

Post a Comment

0 Comments