K-Potato Cheezy Corn Sausage, CU Mart Malaysia

K-Potato Cheezy Corn Sausage, CU Mart Malaysia
K-Potato Cheezy Corn Sausage, CU Mart Malaysia

K-Potato Cheezy Corn Sausage, CU Mart Malaysia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Penggemar jenama kedai serbaneka dari Korea pasti pernah singgah dekat CU Mart. CU Mart kini boleh dikatakan ada dimana-mana dah sekarang dan ia merupakan salah satu kedai serbaneka kegemaran MOMI. Menariknya dekat CU Mart ada jual pelbagai makanan dan minuman yang menarik yang boleh anda cuba. Paling MOMI suka ada Corndog CU Mart, memang jadi kegemaran MOMI lah!

K-Potato Cheezy Corn Sausage, CU Mart Malaysia
K-Potato Cheezy Corn Sausage, CU Mart Malaysia

Untuk entri ini, MOMI nak kongsikan dengan anda K-Potato Cheezy Corn Sausage. Corndog ini menarik sebab ia disaluti dengan kentang dan isinya ada dua iaitu keju dan sosej. Kalau makan panas-panas memang sedap sangat tau. Nak-nak masa makan tu tarik 'cheese' jadi panjang hehe. MOMI kadang-kadang suka lepak dekat CU Mart semata-mata nak amkan Corndog ini tau haha. Anda boleh dapatkan K-Potato Cheezy Corn Sausage di semua cawangan CU Mart pada harga RM8.99. Oh ya, boleh pilih juga kalau nak rasa biasa atau rasa pedas. 

K-Potato Cheezy Corn Sausage, CU Mart Malaysia
Rupa K-Potato Cheezy Corn Sausage

Jangan lupa untuk cuba juga K-Potato Cheezy Corn Sausage tau. Lepas ni MOMI nak rasa Tteokbokki pula, nampak macam sedap tu hehe. Selamat mencuba!


Post a Comment

0 Comments