Review Filem - Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Review Filem - Doctor Strange in the Multiverse of Madness
Review Filem - Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Movie Review - Doctor Strange in the Multiverse of Madness | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Avengers, Assemble! Masih ingat lagi ungkapan ini? Peminat siri filem Marvel Cinematic Universe (MCU) tapi tahu kan? Untuk artikel kali ini, Momi nak review sebuah filem aksi dan fantasi dari Walt Disney Pictures iaitu "Doctor Strange in the Multiverse of Madness"Filem ini ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia bermula 4 Mei 2022. Best ke tak? Mari MOMI kongsikan review filem  Doctor Strange in the Multiverse of Madness. *Perhatian : Spoiler!* 

Trailer Doctor Strange in the Multiverse of Madness 2022

Sinopsis Doctor Strange in the Multiverse of Madness
Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang diedarkan oleh Walt Disney Pictures mengisahkan tentang peristiwa Avengers: Endgame, Dr. Stephen Strange bertemu dengan rakan lama, Wanda/Scarlet Witch yang bertukar menjadi musuh yang kini berusaha untuk memusnahkan setiap ahli sihir di Bumi. Dia melemparkan mantra terlarang yang membuka portal kepada multiverse dan mendedahkan kepada dunia ancaman yang terlalu besar untuk dia dan pasukannya tangani.

Filem yang berdurasi selama lebih 2 Jam 6 Minit ini merupakan arahan Sam Raimi. Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dibintangi oleh Benedict Cumberbatch, Elizabeth Olsen, Benedict Wong, Rachel McAdams, Chiwetel Ejiofor, Xochitl Gomez dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D D-BOX dan 2D ATMOS D-BOX.

Review Filem - Doctor Strange in the Multiverse of Madness
Review Filem - Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Ulasan Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness
Sebagai peminat tegar siri filem Marvel Cinematic Universe (MCU), pastinya MOMI tidak melepaskan peluang untuk menonton filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness di panggung wayang. Walaupun sibuk berhari raya, sempat juga menonton filem ini. Dikatakan filem kali ini ada unsur-unsur seram, betul ke seram? Bagi MOMI menarik dan sedikit kelainan apabila filem superhero digabungkan dengan unsur seram gitu. Tapi seram taklah macam cerita hantu yang banyak 'jump scare' tu haha.

Okay mengenai jalan cerita Doctor Strange in the Multiverse of Madness, I have no idea apa yang akan berlaku tetapi yang pastinya berkaitan 'multiverse' yang diceritakan pada filem 'Spiderman : No Way Home' pada Disember tahun lalu. Sebab tertengok 'spoiler' dekat TikTok, MOMI jangkakan Wanda (Scarlet Witch) akan mengambil alih filem ini sebab banyak adengan Wanda di pertontonkan. Jangkaan meleset dan MOMI rasa sangat lega sebab Dr. Strange masih lagi menjadi cerita untuk filem ini. Walaupun begitu, filem ini juga penuh adengan yang mengejutkan dan terdapat juga unsur humor (seperti filem Marvel yang lain). 

Cerita mengenai CGI, memang superb lah, tak perlu komen lebih hehe. Filem juga memperkenalkan banyak watak baru dan watak dari siri-siri Marvel yang ditayangkan di Disney+. Anda dinasihatkan supaya menonton beberapa siri Marvel sebelum menonton filem ini dipawagam seperti "Wanda Vision",  "What If...?" dan filem 
Spiderman : No Way Home'. Nasib baik filem ini berdurasi 2 jam 6 minit, kalau tak kebas punggung ya haha. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness adalah menarik untuk anda tonton. MOMi suka dengan 'feel' seram filem ini, sebab semua orang tahu kan Scarlet Witch adalah yang paling hebat antara semua Avengers. Nak rasa seram jugak? Jangan lupa saksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 4 Mei 2022. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG

 

Post a Comment

2 Comments

Rodiah Amir said…
Wah banyak juga bintang Momi bagi.. tak pasti lagi bila dapat pergi tengok ni
Rendy said…
mantap MOMI