Kisah Ramadan Saya dan Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2022

Kisah Ramadan Saya
Kisah Ramadan Saya

Kisah Ramadan Saya dan Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2022 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Pejam celik, pejam celik esok dah masuk hari raya. Selepas sebulan kita menahan lapar dan dahaga, Alhamdulillah tahun ini MOMI puasa penuh ya. Aidilfitiri tahun ini boleh dikatakan tahun yang mengujakan buat semua orang. Maklumlah, sudah 2 tahun tidak raya bersama keluarga dan tak dapat kunjung mengunjung sanak saudara dan rakan-rakan semasa hari raya. Dari minggu lalu, ramai yang sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing. Lagi-lagi tahun ini kita dapat beraya tanpa SOP yang ketat seperti 2 tahun kebelakangan ini.

Kisah Ramadan Saya
Kisah Ramadan Saya

Ramadan tahun ini sangat sibuk untuk MOMI. Terutamanya dua minggu terawal. Sempat berbuka dengan keluarga pada hari pertama puasa dan hari seterusnya berbuka di luar bersama rakan-rakan, menghadiri majlis berbuka dan macam-macam lagi. Nasib baik dah bawa emak siap siap pergi beli barang kuih dekat Bake With Yen Chow Kit sebelum puasa. Tahun ini macam-macam jenis biskut raya emak nak buat, sama seperti tahun-tahun sudah. Emak nak buat biskut kelapa, biskut kacang, biskut semperit, Cornflakes Madu dan Almond London.

Untuk Ramadan kali ini, istimewa sikit sebab MOMI sertai Takbir Raya untuk media sosial RTM. Walaupun sempat sertai pada hari pertama sahaja tetapi bangga menjadi sebahagian daripadanya. Tengah bulan Mac lalu MOMI 'shooting' di Masjid Wilayah Kuala Lumpur bersama 'staff' lelaki yang lain. Dari rakaman suara hingga rakaman video, hasilnya memang sangat puas hati. Saksikan nanti pada malam raya dan hari raya Aidilfitri nanti. Nanti MOMI kongsikan link disini.

Kisah Ramadan Saya
Kisah Ramadan Saya

Tahun ini, tahun kelima berpuasa tanpa ayah yang pergi meninggalkan kami pada Disember 2017. Kubur pun sudah lama tidak jenguk. Kali terakhir pergi kubur ayah pada awal Januari tahun ini. Lepas rindu. Semoga tahun ini dapat jumpa ayah lagi. Oh ya, tahun ini anda raya dekat mana? MOMI beraya dekat Selangor (kampung belah emak) seperti dua-tiga tahun lalu. Tahun lalu beraya dirumah sahaja. 

Dikesempatan ini, MOMI nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan seluruh umat Islam yang menyambut Aidilfitri. MOMI nak minta maaf sekiranya ada terguris hati,  terlanjur kata dan sebagainya. Harap anda semua boleh maafkan ya. Dimana pun anda berada, please jaga diri dan patuhi SOP yang ditetapkan. Inilah masa yang terbaik untuk kita meluangkan masa bersama yang tersayang. 

Xoxo,
MOMI

p/s : Blog MOMI akan kembali kemaskini pada 9 Mei 2022, untuk bagi laluan kepada MOMI menyambut hari raya Aidilfitri. :p 



Post a Comment

Previous Post Next Post