Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar

Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar
Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar

Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Dikala orang masih lagi sibuk beraya sana sini tetapi tidak pada MOMI ya. Terpaksa pulang awal dari kampung sebab kerja pada hari Jumaat dan sabtu pula nak siapkan kerja review video untuk produk Chocomel. Disebabkan kena hantar awal 'draft', MOMI terpaksa cari rumah untuk shooting memandangkan rumah MOMI tak berapa sesuai untuk shoot video. Jadi MOMI book dalam aplikasi Airbnb dekat Simple Cozy Loft, EST Bangsar. Apa yang best dekat Simple Cozy Loft, EST Bangsar ini? Mari MOMI kongsikan.

Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar
Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar

Ini kali pertama menginap dekat Simple Cozy Loft, EST Bangsar. MOMI pilih rumah ini sebab nampak kemas dan cantik, sesuai sangat untuk shoot video. Terletak di tingkat 21, Simple Cozy Loft, EST Bangsar ini sememangnya selesa dan boleh memuatkan sehingga 4 orang. Waktu untuk check-in ialah selepas pukul 3:00 petang dan checkout pada 12:00 tengah hari. Simple Cozy Loft, EST Bangsar ini dimiliki oleh Happy Homes. Harga bermula dari RM141.

Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar
Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar

Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar
Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar

Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar
Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar

Yang menariknya dekat sini, anda boleh check-in sendiri dengan cara yang mudah dan tak perlu jumpa tuan rumah. Sebelum masuk ke EST Bangsar, anda perlu bayar RM50 untuk deposit dan akan dapat semula apabila checkout nanti. Parkir dekat EST Bangsar adalah percuma dan berkonsepkan 'siapa cepat dia dapat' sebab parkirnya diluar bangunan sahaja. Bagi anda yang naik kenderaan awam, anda boleh menggunakan LRT dan berhenti di stesen LRT Bangsar. Ia berada disebelah LRT Bangsar dan boleh menggunakan jenjantas yang disediakan.

Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar
Staycation Di Simple Cozy Loft, EST Bangsar

Di dalam rumah Simple Cozy Loft ini lengkap dengan ruang tamu, dapur, bilik dan tandas. Menariknya, dekat sini ada balkoni tau dan bolehlah hirup udara segar di Kuala Lumpur. Yang menariknya, Simple Cozy Loft ini turut sediakan Wi-Fi dan mesin basuh. Jadi tak perlu susah-susah nak pergi dobi kalau stay lama dekat sini. Bagi MOMI Simple Cozy Loft, EST Bangsar ini sangat selesa dan seronok untuk staycation bersama pasangan suami isteri atau kawan-kawan.

Jika anda berminat untuk staycation dekat Simple Cozy Loft, EST Bangsar, anda boleh tempah melalui aplikasi Airbnb cari "Simple Cozy Loft, EST Bangsar". 

Post a Comment

1 Comments

REEF OMAR said…
Menarik tempat ni. Thanks Momi for sharing!