Set Menu Ramadan Tony Romas - Torched Honey Mustard 1/2 Chicken & Spicy Honey Glazed Crispy Australian Lamb Rib

Set Menu Ramadan Tony Romas
Set Menu Ramadan Tony Romas


Set Menu Ramadan Tony Romas - Torched Honey Mustard 1/2 Chicken & Spicy Honey Glazed Crispy Australian Lamb Rib |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Minggu lepas, MOMI bersama rakan-rakan Blogger Dik Bee, Mawardi Yunus, Penaberkala dan Sally Samsaiman ke Tony Romas untuk merasai menu-menu Ramadan untuk tahun 2022. Apa yang menarik tentang menu ramadan Tony Romas tahun ini? Mari MOMI kongsikan.

Set Menu Ramadan Tony Romas 2022
Untuk tahun ini, menu Ramadan Tony Romas menghidangkan resipi istimewa dari Cef Selebriti, Dato' Fazley Yaakob. Menu yang di-highlight-kan sempena Ramadan ini ialah 'Torched Honey Mustard ½ Chicken', 'Honey Glazed Crispy Australian Beef Ribs', 'Brown Butter Pesto Australian Lamb Ribs', 'Frozen Romarita - Mango' dan 'Frozen Romarita - Strawberry'. Antara menu-menu ini, MOMI berkesempatan untuk rasai beberapa menu seperti berikut : 

Torched Honey Mustard ½ Chicken
Ayam yang dihidangkan separuh dan dibakar didepan mata MOMI. Disajikan pula bersama coleslaw dan brokoli. Sememangnya rasa yang sempurna.  

Set Menu Ramadan Tony Romas
Set Menu Ramadan Tony Romas


Honey Glazed Crispy Australian Beef Ribs
Rusuk daging lembu digoreng & dimasak dengan sempurna, dihidangkan bersama 'mashed potatoes' dan brokoli. Ini memang menjadi kegemaran MOMI sebab madu dan sedikit kepedasan yang sangat sebati. Rasa nak repeat lagi yang ini. Memang recommended!

Set Menu Ramadan Tony Romas
Set Menu Ramadan Tony Romas

'Frozen Romarita - Mango' dan 'Frozen Romarita - Strawberry'
Tidak lengkap rasanya kalau makan tanpa pesan air. Sempena Ramadan ini, Tony Romas menghidangkan Frozen Romarita Mangga dan Strawberi yang boleh anda cuba.  Rasanya yang segar memang sesuai dimakan bersama menu menu di Tony Romas. 


Set Menu Ramadan Tony Romas - Torched Honey Mustard 1/2 Chicken & Spicy Honey Glazed Crispy Australian Lamb Rib
Set Menu Ramadan Tony Romas

Memang puas rasa dua menu utama sempena Ramadan dari Tony Roma's ini. Menu Ramadan ini boleh didapati di semua cawangan Tony Roma's di seluruh Malaysia bermula 2 April hingga 31 Mei 2022. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa ikuti media sosial mereka di Facebook dan Instagram. Selamat menjamu selera guys!


Post a Comment

2 Comments

Sis Lin said…
Perghh gigil nengok menu TR ni wuiiii.. semua sedap-sedap....
Rafzan Tomomi said…
ye sisss. sedappp :D